|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003015
Visits
Kisah ini berlaku kira-kira beberapa tahun yang lalu ketika aku masih menuntut di salah sebuah IPTA, di Melaka. Masa tu kami semua masih lagi dalam minggu orientasi. Biasalah, macam-macam aktiviti kalau dalam minggu tu sampai penat kami dibuatnya. Setelah minggu terakhir, bermulalah latihan untuk persembahan malam penutup minggu suai kenal.Fasilitor-fasilitor pula masing-masing ingin memastikan setiap kumpulan membuat persembahan yang terbaik sebab tu lah kami kena berlatih sehingga larut malam. Setiap kumpulan diletakkan merata bangunan, kononnya nak mengelakkan idea-idea persembahan ditiru. Ada yang sampai kat belakang bangunan pun ada. Dah lah kat belakang tu ada hutan tebal.
Selesai latihan kira-kira pukul 12.30 malam,kami semua balik ke bilik masing-masing. Dah penat sangat sampai ada yang tidur tak tukar baju pun...Eeeii..punyalah letih sampai sanggup tidur tak mandi. Kalau ye pun basuhlah kaki dan muka. Dah tegur tapi dia pun buat tak endah je, jadi malaslah nak cakap banyak kali.
Malam tu, sebelum aku melelapkan mata, aku sempat memikirkan lirik yang sesuai dengan lagu kumpulan kami. Nak tau apa lagu yang kami pilih? Kami pilih lagu berjudul “Ulik Mayang”. Tak taulah idea sape tapi aku memang suka lagu ni. Tengah aku berfikir-fikir sambil dan hampir terlelap, tiba-tiba aku terdengar satu jeritan, jeritan tu dari bilik sebelah bilik kami. Aku betul-betul terkejut tapi aku tengok semua kawan-kawan aku tidur nyenyak macam takde apa-apa berlaku. Kecoh jugalah aku dengar kat luar bilik tu. Aku takut nak jenguk. Tapi biasalah kejadian ni kat mana-mana pun ada.
Dah reda sikit barulah aku mula melelapkan mata, sekali lagi aku terdengar satu jeritan. Kali ni lagi kuat dan garang. Yang pastinya bukan dari bilik berdekatan aku.Aku rasa tubuh aku menggigil dan peluh menitis dari dahi aku. Aku rasa seperti ada sesuatu sedang menuju ke arah aku, dalam keadaan bilik yang gelap aku seperti nampak mukanya hodoh sangat. Perlahan-perlahan dia ke arah aku. Keadaan di luar kecoh tapi dalam bilik aku tiada siapa yang terjaga melainkan aku. Aku membaca Al-Fatihah berulang-ulang kali, aku tak tau nak baca ayat apa sebab aku terlalu takut ................dan akhirnya aku terlena....
Keesokan harinya, aktiviti berjalan seperti biasa cuma kami diarahkan pulang ke bilik lebih awal dalam anggaran pukul 6 petang. Ingatkan keadaan ok, tapi kejadian histeria berulang lagi, kali ni lebih teruk dan ianya berlaku pada waktu maghribserta membabitkan pelajar-pelajar lelaki. Sebab asrama lelaki berdepan dengan asrama perempuan. Memang huru-hara sangat sebab pelajar yang diserang histeria ini mengetuk semua pintu bilik. Kami rasa macam perang Dunia kat luar bilik kami. Punyalah takut sebab diorang ketuk pintu macam nak pecah. Aku dan kawan-kawan dalam bilik tu menahan pintu bilik Tapi yang peliknya bilik kami takde sorang pun yang terkena histeria.......................????
Kenapa ye ?????????????
Adakah disebabkan lagu “Ulik Mayang”???????????
Adakah betul apa yang dikatakan orang ramai tentang mitos “Ulik Mayang” atau tahyul semata-mata......
Fikir-fikirkanlah dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteri “Ulik Mayang”
Rujukan : Kejadian tahun 2001 yang diceritakan salah seorang pelajar IPTA tersebut