|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003031
Visits
Aydi merupakan seorang lelaki yang tampan dan bermulut manis.Pantang melihat perempuan cantik,pasti Aydi tak melepaskan peluang sehingga berjaya mendapat ape yang dicita-citakan.Kerjaya sebagai eksekutif pemasaran memberi peluang padanya untuk mencari mangsanya.
Mangsa terbaru Aydi ialah seorang gadis bernama Yati.Kecantikan Yati membuat tidurnya sering bermimpikan Yati dan dia bercita-cita untuk menawan hati Yati.
Sejak itu,Aydi sering berulang-alik menemui Yati walaupun jarak antara tempat kerjanya dengan kampung Yati begitu jauh.Kasih-sayang yang ditunjukkan Aydi akhirnya berjaya menawan hati Yati.Biasanya,setiap kali bertandang kesana,Aydi akan bermalam dirumah Yati.
Malangnya,sikap berbudi bahasa dan ramah daripada keluarga Yati yang menerima kehadirannya sebagai bakal suami Yati telah dibalas dengan tuba.Tengah malam itu,disaat semua orang sudah tidur,Aydi menyelinap masuk ke bilik tidur Yati.Aydi mula memainkan peranan memujuk rayu Yati.
Oleh kerana sayangkan Aydi dan tidak sanggup kehilanganya ,Yati menyerahkan mahkota yang dipertahankannya selama ini.Kedua-duanya bergaul selayak orang yang sudah dinikahkan malah setiap kali Aydi kesana,setiap kali itu juga mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.
Hari berlalu tanpa terasa Aydi semakin lupa janjinya pada kedua orang tua Yati untuk memperisterikan anak mereka.Malah dia sudah jarang bertamu Yati dengan alasan sibuk bekerja.Kedua orang tuaYati resah menanti kata putus Aydi,apatah lagi Yati yang sudah mengandung akibat ketelanjuran mereka.
Aydi enggan bertanggungjawab dan tidak mengaku pernah meniduri Yati.Namun tidak pernah disangkanya,keluarga yati terlebih dahulu telah memasang perangkap untuk mengenakan ilmu hitam padanya.Mereka mengenakan ilmu hitam kepada Aydi melalui makanan yang dihidangkan.Bukan itu sahaja,Aydi teleh terlangkah barang-barang yang telah dipuja yang diletakkan dimuka pintu.
Semakin hari Aydi terasa semakin aneh kerana setiap langkahnya dirasakan seakan diekori.Pernah beberapa kali Aydi terlihat bayangan hitam yang besar dan bermata merah.Setiap pergerakannya membawa kesakitan yang teramat sangat seolah-olah ditoreh dengan benda tajam seperti pisau.
Disebabkan tidak tertahan kesakitan yang dialaminya Aydi jatuh pengsan.Dia dibawa ke hospital namun doktor gagal menemui punca penyakitnya.Mengikut kata doktor Aydi sihat tetapi mungkin kerana tidak cukup tidur yang membuatkanya pengsan.
Setiap malam Aydi meracau-racau hinggakan dia terpaksa dibawa berjumpa bomoh dan pawang.Bermacam-macam air jampi telah dicuba tetapi raungan dan jeritannya semakin memjadi-jadi saban hari.Keadaan semakin teruk malah dalam setiap racauannya,Aydi menjerit meminta agar dia tidak dibunuh.Berita Aydi sakit terkena buatan orang sampai ke pengetahuuan kenalan bapa saudaranya.
Kenalan bapa saudarnya Safuan cuba merawat Aydi.Menurutnya,Aydi sentiasa diekori hantu raya yang mengawasinya akibat perbutannya yang merosakkan anak dara orang.Hantu raya tersebut enggan melepaskan Aydi dan memaksa Safuan bertarung demi menyelematkan nyawa Aydi.
Saat dia meletakkan tangan di atas kepala Aydi sambil mencengkamnya,terdengar lolongan suara jeritan yang kuat,padahal Safuan lansung tidak memegang kepalanya.
Didepan mata semua orang, mereka melihat Safuan seakan berkelahi dengan seseorang,tetapi tidak jelas di alam nyata.Memang jin kafir yang dihantar untuk memusnahkan hidup Aydi sangat jahat dan Safuan hampir-hampir tewas.Ternyata ilmu ALLAH melebihi segala-galanya,dan jin itu dapat ditewaskan malah dia bersedia untuk kembali pada tuan yang menghantarnya.