|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
002998
Visits
Kedatangan Mak Long Senah,ibu saudara Jabar yang berusia lewat-70an itu kerumahnya seolah-olah menyembunyikan satu rahsia.Tambahan pula,ilmu perubatan yang dimilikiMak Long Senah cukup tinggi.Kenyataan ini diakui sendiri oleh ibunya.Jabar yang berfikiran moden pastinya tdak senang dengan tindak tanduk ibu saudaranya itu.Lebih-lagi apabila dia mengetahuinya tujuan sebenar Mak Long Senah berkunjung ke rumahnya.
Jabar yakin ilmu perubatan ibu saudaranya itu sudah terpesong dari akidah sebenar.Mak Long Senah ade membela”benda peliharaan”.Jadi sebab itulah apabila ibunya bersungguh-sungguh mahu Mak Long Senah datang mengubati adiknya Suraya yang sedang sakit,dia membantah keras.Dia mahu Suraya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.Tetapi ibunya tetap berdegil.Ibunya percaya hanya Mak Long Senah sahaja yang mampu mengubati penyakit Suraya.Masuk hari ini sudah tiga minggu Suraya meracau seperti orang gila.Ade ketikanya Suraya menangis dan menjerit sekuat hati.Perut Suraya juga sudah semakin besar.Tak ubah seperti orang mengandung enam bulan!Jabar cukup kasihan melihat keadaan Suraya,tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.Ibunya lebih mempercayai kepakaran Mak Long Senah!sudah empat hari Mak Long Senah bermalam di rumahnya.
Jabar akan terjaga dari tidurnya setiap kali tercium bau kemenyam yang diasapkan oleh Mok Long Senah.Bukan itu saja,Jabar juga sering Terdengar Mak Long Senah bercakap sendirian.Ade ketikanya,ia disulami dengan suara tangisan Suraya yang panjang.Mak Long Senah tahu Jabar tidak menyukai kedatangannya.Jabar tidak pernah senyum bila menengok mukanya!Akhirnya Mak long Senah memberi amaran kepada Jabar yang dia tidak akan menolong mengubati Suraya sekiranya Jabar terus dengan sikap sombonganya itu.”Kalau nak adik kau selamat,jangan buat hal.Perkara ini bukan dibuat main-main.Lambat dirawat buruk padahnya.”Keras sungguh kata-kata Mak Long Senah sebelum melangkah masuk kebilik Suraya sambil membawa semangkuk air rebusan air akar kayu,sebiji telur ayam kampung dan beberapa batang jarum paniti.Dari ruang tamu,Jabar dapat melihat dengan jelas setiap gerak-geri Mak long Senah terhadap adiknya.Bulu tengkuknya mereman apabila mendengar tangisan anak kecil!
Mak Long Senah memaksa Suraya meminum air rebusan air akar kayu yang telah dicampurkan dengan telur ayam kampung itu.Suraya menelan air itu dengan paksaan.Suraya hampir memuntahkan tetapi Mak Long Senah segera menahannya.Kemudian Mak Long senah menyuruh Suraya baring dan pejamkan matanya.Selepas itu Mak Long Senah meletakkan jarum peniti diatas perut Suraya sebelum menepuknya dengan kuat sekali.Mulutnya tak henti-henti membaca jampi yang tidak difahami oleh Jabar dan ibunya.
Suraya menjerit sekuat hati.Dia terasa perutnya seperti mahu terburai.Mak Long Senah menyuruh Suraya meneran dengan sekuat hati.Akhirnya Suraya termuntah dan Jabar melihat darah membasahi bahagian pangkal peha adiknnya.Perut Suraya yang memboyot itu menjadi kempis denga tiba-tiba,Suraya menangis lagi.Kali ini lebih kuat.”Mak!!!Abang!!!Tolong Su.Sakitnya...Ya Allah”Jerit Suraya berkali-kali Jabar cemas.Ape yang dibuat oleh Mak Long Senah sehingga Suraya jadi begitu.Tidak lama selepas itu Jabar dapat merasakan rumahnya seperti kapal dipukul gelombang.Peluh jantan membasahi dahinya.Badannya juga rasa seram sejuk.Beberapa minit kemudian keadaan menjadi pulih seperti sediakala.Jabar menarik nafas lega apatah lagi,bila melihat adiknya Suraya beransur baik.Tiba-tiba Jabar rasa seperti ade orang lalu di sebelahnya.Bulu tengkuk Jabar kembali meremang.
Jabar tahu Mak Long Senah tidak berseorangan dalam melakukan kerjanya itu.Mak Long Senah menjeling tajam kearah Jabar seolah-olah dia tahu apa yang sedang Jabar fikirkan.Bagi Mak Long Senah semua itu tidak penting.Dia benar-benar ikhlas mahu membantu mengubati anak saudaranya yang ditiduri oleh makhluk halus”Siapa yang membantunya,biarlah menjadi rahsianya sampai bila-bila!