Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003012
Visits

Monday, 29 December 2008

BERTEMBUNG MAYAT YANG SUDAH DIKAFANKAN


Kerjaku sebagai pemandu ambulan disebuah hospital kerajaan menjadikan aku sudah biasa menyaksikan pelbagai kes pesakit yang dihantar ke hospital.Pelbagai keadaan aku lihat,ada kes kemalangan, kes sakit jantung dan macam-macam sehingga kadangkala menyentuh hatiku.Sudah hampir 20 tahun aku bergelumang dengan orang sakit.


Penah juga aku terfikir bila aku sakit nanti macam inilah juga keadaannya.Biasanya aku akan bekerja sehingga larut malam kerana kerjaku tidak menentu masa.Jarak rumahku dengan hospital ialah lebih kurang 5 KM.Aku berulang alik ke tempat kerja menaiki motorsikal.Pada hari itu,seperti biasa setelah selesai bekerja aku pun pulang.Namun hari itu aku terasa seram sedikit kerana malam itu aku baru sahaja membawa seorang pesakit yang diserang sejenis penyakit misteri yang doktor sendiri tidak pasti penyakit apa.Dia meninggal dalam perjalanan kehospital.Biasanya aku tidaklah sampai terbawa-bawa hingga waktu nak pulang tetapi hari itu,tiba-tiba peristiwa tersebut melekat difikiranku.Teringat aku,badan pesakit itu berbau busuk sekali.Tumbuh kudis-kudis di seluruh badan dan berulat.Semasa dalam ambulan,pesakit itu sedang nazak dan belum sempat sampai hospital dia sudah meninggal.


Man!Luruh jantungku mendengar Azam melaung namaku ”Kau ni betul-betul mengejutkan akulah.Bagilah salam ini tak main sergah je.Nasib baik aku tak mati sakit jantung ”Marahku pada Azam.Azam cuma tersengih mendengar bebelanku pada dia.Tanpa mempedulikannya aku meneruskan langkah menuju ke motorsikal.Tiba-tiba bulu romaku meremang dan aku terasa seperti ada yang mengekoriku dari belakang.Namun aku hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti tidak ada apa-apa berlaku.Aku terus mengambil motorku dan memecut keluar dari kawasan hospital tersebut.Saat itu ,aku terasa motor aku agak berlainan sedikit dari biasa.Sudah puas aku menekan minyak tetapi,motorsikal dirasa bergerak amat perlahan sekali.Hatiku terdetil”Kenapa pula dengan motor ni,janganlah buat hal tengah-tengah malam ni.”


Aku toleh kiri dan kanan.Tiada orang disekeliling.Sekirannya terjadi apa-apa pada motorku ini siapalah yang boleh aku harap membantu.Namun biarpun perlahan aku tetap meneruskan dengan harapan ia hanya perasaan aku sahaja.


Sampai sahaja diselekoh ke lorong rumahku,dari jauh aku terlihat satu lembaga putih datang bergolek dari semak berhampiran.Wajahnya tidak nampak begitu jelas.Apabila lembaga itu makin hampir barulah aku dapat melihat dengan jelas lembaga itu merupakan mayat yang telah siap dikafankan.Bau yang dikeluarkan busuk sangat sehingga loya tekakku.


Aku cuba memecut untuk pergi dari tempat itu tetapi aku terasa seperti lembaga putih itu mengekoriku dari belakang.Mahu berhenti beerti aku mencari nahas,Mahu diteruskan rasa kaku kakiku menekan minyak.Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.Terkumat kamit mulutku membaca doa mudah-mudahan hilanglah lembaga itu dari penglihatanku.Lagi 1 KM sampai kerumahku lembaga itu hilang dan aku sendiri tidak pasti kemana arah perginya lembaga itu. Aku mula memecut laju selaju yang mungkin tanpa memikir apa-apa lagi.Apa yang aku tahu aku mahu lari dari tempat itu secepat mungkin.Tanpa menoleh kebelakang lagi aku masuk kepekarangan rumahku,Apabila tiba dirumah badanku berpeluh-peluh dan lidah ku kelu tak terkata.Isteriku pelik melihat keadaan ku ketika itu.Bertubi-tubi soalan yang diajukan padaku tetapi aku tidak mampu menceritakannya.Badan ku lemah seperti tidak bermaya dan akhirnya aku rebah dikerusi sofa rumahku.


Dua hari aku tidak sedarkan diri,apabila aku sedar aku lihat isteriku berada di sebelahku dan aku berada dikatil hospital tempat aku bekerja.Melihat aku seperti tepinga-pingga,isteriku menjelaskan apa yang berlaku.Pada malm itu akan pulang dengan wajah yang pucat lesu dan apabila ditanya aku hanya membatukan diri sehinggalah aku pengsan disofa.


Pada waktu itulah,isteriku meminta bantuan jiran menelefon ambulan membawaku kehospital.Akhirnya dapat juga aku menaiki ambulan yang selalu kubawa.Setelah keluar dari hospital barulah aku dapat menceritakan kejadian yang berlaku pada isteri dan kawan-kawanku.


Ada yang seperti tidak percaya mendengar ceritaku itu namun itulah yang aku alami.Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana rasanya.Aku dahulu juga tidak mempercayai tentang makhluk halus tetapi bila aku sendirio alami,peristiwa itu menjadi peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai-bila-bila.


 

fiszah posted @ 08:38 - Link - comments