Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003013
Visits

Monday, 29 December 2008

Terlihat kelibat gadis misteri


Tanpa melengahkan masa,Irfan menghidupkan enjin kereta untuk pulang ke rumahnya.Terasa begitu penat sekali setelah seharian dia bekerja di pejabat.Dalam perjalanan pulang,Irfan masih terkenang wanita yang di temui tadi di dalam lif..Timbul perasaan ingin menyiasat siapakah wanita tersebut.Jadi keesokan harinya Irfan sengaja pulang lewat.Dia mahu bertemu wanita itu.


Sedang Irfan leka melakukan kerja di biliknya malam itu tiba-tiba dia terhidu bau haruman bunga kasturi sama seperti semalam.Irfan meneruskan kerja tanpa menghiraukan bau wangian tersebut sehinggalah dia terpandang kelibat seorang wanitaberbaju putih melintas di hadapan biliknya yang berpintu kaca.Dia menjenguk tapi malangnya tiada siapa pun kelihatan.


Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang saja. Sewaktu menuju ke keretanya, Irfan dapat merasakan seolah-olah diekori oleh seseorang.Namun ketika berpaling ke belakang sekali lagi dia melihat tiada sesiapa pun.Enggan melayan fikiran yang bukan-bukan dia terus memasuki kereta.Namun setelah duduk dan memandang cermin pandang belakang Irfan terkejut apabila melihat seorang wanita dengan wajah yang mengerikan berada di tempat duduk belakang.


Dia menjerit sekuat hati apabila makhluk tersebut cuba mencekik lehernya.Akibat terlalu takut,Irfan akhirnya pengsan.Ketika membuka matanya,dia lihat rakan sekerjanya berada di sampingnya.Dia di temui oleh pengawal keselamatan di tempat letak kereta seawal pagi.Sejak itu,Irfan tidak berani pulang lewat lagi kalau ada kerja sekali pun,semunya akan di bawa pulang ke rumah untuk disiapkan.


 


Mingguan Wanita 2008










 


 


 


 


 


 



 

fiszah posted @ 08:27 - Link - comments