|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
002996
Visits
Sudah tiga bulan Irfan terpaksa pulang lewat dari pejabat.Semuanya gara-gara tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikannya melaksanakan projek Mega di syarikat tempat Irfan bekerja sejak lima tahun yang lalu.Kepercayaan yang di beri oleh pihak atasan memberi peluang untuk Irfan menunujukkan bakat dan komitmen bagi menyiapkan projek bernilai Jutaan Ringgit
Akibatnya setiap hari Irfan terpaksa pulang lewat kerana menyiapkan tugasan.Ada kalanya sehingga waktu dinihari barulah Irfan berpeluang untuk pulang ke rumah dan hanya sempat tidur beberapa jam sahaja sebelum masuk semula bekerja.Suatu malam ,Irfan tertidur di pejabatnya akibat terlalu keletihan.Dia hanya terjaga ketika jam menunjukkan ke angka 11 malam.
Tapi pada masa yang sama tidak semena-mena dia terhidu bau yang amat wangi di dalam biliknya.Berdiri bulu roma Irfan apabila bau wangi itu semakin memenuhi ruang biliknya serta menusuk hidung.
Irfan terus mencapai begnya dan terus bergerak ke arah lif untuk pulang.Ketika dalam perjalanan ke lif,tiba-tiba dia terpandang kelibat seorang wanita menuju ke arah tandas wanita. Hairan juga Irfan kerana setahunya,hanya dia seorang sahaja yang pulang lewat pada malam itu.
Sebaik memasuki lif,tiba-tiba pintunya disekat oleh seseorang,rupanya wanita berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam lif.Wajahnya tidak kelihatan.Dia hanya tunduk memandang lantai lif.Irfan cuba memandang wajah wanita misteri itu tapi terlindung dek selendang putih yang menutupi wajahnya.Haruman bunga kasturi semerbak di dalam lif hingga menyebabkan Irfan beberapa kali bersin.
Sampai di tempat parkir kereta,Irfan melangkah keluar menuju ke keretanya.Namun apa yang menghairankan Irfan ialah apabila wanita itu tidak keluar dari pintu lif sebaliknya dia naik atas kembali.Ini membuatkan Irfan semakin curiga.
Rujukan: Mastika