|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003023
Visits
Malam sudah semakin lewat.Jarum jam menunjukkan pukul 10.00.Dollah menyamping-nyampingkan di muka pintu bengkel tempatnya bekerja di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin,Sungai Besi Kuala Lumpur..hampir setengah jam dia tercangak di situ.Tiba-tiba saja angin berhembus kuat.Dia memandang pokok rendang berhampiran bengkel tersebut.Dahan pokok itu bergoyang-goyang..Tubuh Dollah mula menyejuk.
Dibengkel tersebut Dollah memang selalu ternampak kelibat-kelibat makhluk yang menghuni alam yang satu lagi itu terutamanya selepas maghrib dan tengah-tengah malam buta.
Sejak kecil lagi.Seingat Dollah,sewaktu dia berumur lima atau enam tahun.Sebutlah apa-apa sahaja spesies makhluk dan suku sakatnya,Dollah cukup kenal.Kalau nampak macam bayang-bayang sekalipun,Dollah boleh tahu mana perempuan atau lelaki.bayang-bayang putih adalah perempuan,bayang-bayang hitam lelaki.
Pihak mastika membawa Dollah jalan kononnya nak tengok juga.Pergi ke kubur,bangunan lama tapi tak jumpa langsung.Setelah menunggu begitu lama akhirnya.
“Niat kalau nak cari makhluk itu,memang tak jumpalah.Bukan senang nak jumpa.Lagipun pun macam saya katakan tadi jumpa secara kebetulan.Tak pun terserempak saja,”Katanya lagi.
Shamran Sarahan
Rujukan: Mastika