|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003024
Visits
Petir tahu ketiga-tiga suami Dang Bulan mati pada malam pertama.badan mereka dipenuhi kesan gigitan binatang yang berbisa seperti kala jengking,ular,lipan dan pelbagai lagi yang tidak di ketahui namanya.
Kematian tersebut sangat menggemparkan kerana kesemua suami Dang Bulan meninggal dunia cara yang sama.Suaminya hanya sempat meniduri Dang Bulan semalam sahaja.
Petir seorang jejaka di kampung itu juga cair apabila terpandang wajah Dang Bulan.Dia menyampaikan hasrat pada ibunya untuk menjadi suami Dang bulan yang keempat tapi di tentang.
Tentangan ibunya akhirnya Petir membawa diri ke sebuah pulau,dia mengisi dadanya dengan pelbagai ilmu.
“Dia menuntut ilmu persilatan dan juga ilmu kebatinan termasuk ilmu agama dengan seorang kiai di pulau tersebut.Petir benar-banar handal.Dia bukan budak kampung seperti dulu sebaik pulang dari mempelajari ilmu di pulau iti,”Cerita Zakaria Hassan.Petir juga mempelajari petua untuk berhadapan dengan Dang Bulan yang telah mengorbankan tiga orang lelaki.
Sekali lagi dia menyampaikan hajat untuk memperisterikan Dang Bulan.akhirnya emaknya setuju.Pinangan Petir di terima.Penghulu telah mengarahkan supaya menggali kubur sebelah kubur tiga suami Dang Bulan.
Pada malam itu seperti diminta Tok Kiai Petir begitu berhati-hati apabila berhadapan dengan Dang bulan.
Tiba-tiba petir ternampak beberapa ekor ulat tedung keluar dari badan Dang Bulan.diikuti lipan bara,kala jengking dan pelbagai lagi.Semua menghurung tubuh badan Petir yang hanya mamakai seluar pendek sahaja.badannya dipenuhi ribuan binatang berbisa,”Cerita Zaklaria lagi
Petir hanya membaca doa yang di ajar Tok Kiai,perlahan-lahan binatang berbisa itu turun dari badannya.Binatang tersebut semuanya berkumpul pada tubuh Dang Bulan,dia kemudiannya menggeliat sambil mengerang kesakitan.badannya bermandi peluh.Keesokan paginya semua selamat.
Sebenarnya ketika Dang Bulan di lahirkan di dalam gua kerana penghulu Bokar bersembunyi dari tentera Siam ketika itu Dang Bulan telah di hurungi pelbagai jenis binatang berbisa.hal ini di rahsiakan,hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu.
Zakaria
RUJUKAN:MASTIKA