Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003030
Visits

Monday, 29 December 2008

Masjid Ranjau Hantu tak berhantu


Masjid Ranjau Hantu yang terletak di kawasan kampung Parit,Kuala Pilah ini sekali pandang memang tidak ada bezanya dengan masjid yang lain.Namun ,ada cerita menarik tentang masjid ini sehingga masih menjadi bualan penduduk setempat.Popular Misteri kebetulan terjumpa Penduduk lama di kawasan kampung terbabit,Nurdin Dato Bodok atau Pak Uteh,72.Beliau adalah penduduk asal kampung berkenaan sudi berkongsi mengenai masjid terbabit.


Menurut Pak Uteh,Masjid Ranjau hantu itu di bina sekitar 1910.Tapak asal masjid ini adalah di kampung Parit Sabarang.


“Namun,pada tahun 1910 masjid berkenaan di pindahkan ke tapak sekarang ini.Kebetulan pula terdapat sebatang pokok,di panggil pokok jolok Hantu di tapak masjid berkenaan.Pokok itu bersaiz besar,berduri di sekelilingnya seperti duri limau.


“jadi ,bila masjid bari dibuat bagi menggantikan masjid sedia ada,iaitu sekitar 1938,maka kata putus di ambil untuk menamakan masjid berkenaan dengan nama Masjid Ranjau hantu.Sempena nama pokok berkenaan,”Katanya pada Popular Misteri.


Namun,jelas beliau lagi,sebelum masjid baru di bina terdapat kejadian aneh berlaku di masjid tersebut.,Iaitu semasaberlaku kejadian banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia sekitar 1917.


Pelik sungguh,masjid ini terletak berhampiran tebing sungai tetapi semasa kejadian air bah itu masjid ini sedikit pun tidak memasuki air.Ia seolah-olah di hadang oleh sesuatu.sedangkan kawasan sekitarnya ditenggelami air.


Kejadian aneh ini sehingga hari ini masih belum di temui jawapan.bagi kami penduduk setempat menganggap ia sebagai kuasa Tuhan.maklumlah masjidkan rumah Allah.Mungkin juga sebagai petunjuk kepada semua akan kebesaran Tuhan dan juga sebagai peringatan agar sentiasa mengunjungi masjid,”katanya penuh insaf.


Rujukan : Mastika

fiszah posted @ 07:49 - Link - comments