Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003022
Visits

Monday, 29 December 2008

Bawa getah seluar dalamnya....


Shahriman mati akal.Sesekali dia tertanya-tanya dayuskah aku?Persoalan ini beku di dalam kepala suami muda yang baru di anugerahi dua orang cahaya mata.Anak sulong lelaki dan seorang lagi perempuan.Anak-anak merekalah penyejuk kemarahan Shahriman.Inilah senjata yang di gunakan ayu,Isteri Shahriman.Dia mengambil kesempatan dari kelemahan suaminya untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki lain bukan seorang tetapi ramai lagi seperti bohsia.


Ikutkan kata hati memang dah lama di ceraikan isterinya tetapi bila di fikirkan anak-anak dan sayangkan isteri,Shariman pekakkan telinga saja apa yang orang nak cakap.


“Ada caranya,bawa getah seluar dalam dia kemari,Saya ikhtiarkan,”Tok Kencana memecah kebuntuan Shahriman.Dia ditemukan dengan pakar minyak pengasih ini oleh seorang rakan baiknya.


Tidak buang masa Shariman menggeledah dan terus jumpa dengan Tok Kencana. “kalau Allah izinkan,biar saya ikat ketujuh-tujuh lapis nafsunya dengan getah seluar dalam ini,sabarlah,”Pesan tok Kencana.


Upacara pun bermula,Tok Kencana terpaksa beramal selama tujuh malam berturut-turut selepas itu satu simpul pada getah di buat.Untuk jadikan tujuh simpul ,dia terpaksa beramal selama 49 malam tanpa henti.


“kalau ketujuh-tujuh nafsunya di kunci,dia hanya teringatkan suaminya sahaja,”Jelas Tok Kencana.


“Selepas 49 malam saya akan pulangkan getah tersebut dan ia mesti di tanam atau di hanyutkan ke sungai,laut dan tasik tetapi kesannya sangat menakjubkan.Memadailah dengan di tanam,”Ujar Tok Kencana.


Shariman nekad membalingkan getah seluar dalam Ayu ke sungai.Ia reput di makan ikan.Tak tau ke mana,getah itu tak di temui lagi.


Dangan kuasa Allah ,genap tiga hari,Isterinya memasak untuk mereka sekeluarga.Selepas tujuh hari.Tak ada dengar deringan telefon lagi.Perubahan tersebut sangat menggembirakan Shahriman yang menderita bertahun-tahun lamanya kerana perbuatan curang Ayu.Kini dia tidak lagi mengulangi perbuatan sumbangnya tetapi menjadi isteri yang baik.


 


Mastika November

fiszah posted @ 07:40 - Link - comments