|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003029
Visits
Selepas solat hajat... Rahim dikejar gadis yang dibunuhnyaSeperti kebiasaanya setiap malam Jumaat kita akan baca surah Yasin atau Al-Quran, tetapi lain pula ceritanya dengan sebuah keluarga ni yang membaca Surah Yasin, siap baca Tahlil lagi. Kenapa agaknya?..... Rupanya ada kehilangan di rumah tersebut iaitu seorang gadis bernama Azalina. Anggaran umur dalam 20-an, bekerja sebagai tukang sapu di sebuah klinik. Tahlil dan solat hajat dilakukan mengharap anak gadis tersebut pulang. Kemana gadis itu pergi? Kena culik ke? Atau dibawa lari? Atau melarikan diri bersam kekasih hati? Tapi kalau kena culik mesti ada panggilan telefon mengugut meminta wang tebusan, atau kalau ikut lari bersama kekasih hati, siapa pula kekasih hati gadis ini? Maka, kes ini di bawa ke pihak polis... Polis pun menjalankan kerja mereka iaitu menyiasat setiap maklumat yang diterima. Sehingga mendapat maklumat mengenai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Pengawal ni kenal dengan gadis ni sebab selalu dilihat sering berbual dengan pengawal ni. Boleh dikatakan rapat jugalah sebab ada juga dia bawa makanan untuk gadis. Usaha mencari lelaki ini diteruskan. Cari punya cari tetap tak jumpa lagi pengawal tersebut. DI BALAI POLIS, HARI KE-21 KEHILANGAN AZALINA Rahim tiba-tiba muncul di balai polis. Wajahnya pucat. “Encik, tolong saya, encik. Saya diganggu!” Rahim terketar-ketar memberitahu anggota polis yang bertugas di kaunter. “Siapa yang ganggu pakcik?” tanya anggota polis tersebut. “Perempuan!”jawab Rahim. Daripada raut wajah Rahim, kelihatan dia seperti dalam ketakutan. Dia gelisah, rambutnya kusut. Di tangan dan muka Rahim pula bercalar serta luka-luka kecil. Setelah itu, Rahim di bawa berjumpa dengan beberapa pegawai polis dan Rahim menceritakan, sudah lima, enam malam dia tidak dapat tidur. Sebab setiap kali dia pejam mata, seorang wanita akan muncul dan mengganggunya. Wajah wanita itu pula menakutkan dan mengejar Rahim mahu membunuhnya. Polis pun terus bertanya..... “Awak kenal tak wanita dalam mimpi tu?” tanya seorang anggota polis. “Kenal.” “Siapa.” “Tukang sapu tu!” “Azalina? Budak yang sudah tiga minggu hilang tu?” tanya polis lagi. “Ya. Azalina datang ganggu saya. Saya dah tak tahan lagi dah di ganggu sebab tu lah saya datang sini. Apalagi, polis pula mengesyaki si Rahim ni.Polis tu tanya kenapa calar-calar tangan dengan muka. Si Rahim yang ketakutan ini terus jawab dia lari dari polis. Sebab apa dia lari dari polis? Rupanya, angkara si Rahim inilah yang menyebabkan gadis bernama Azalina mati dibunuh dan dicampakkan ke dalam lubang najis sekolah, tempat si Rahim ni kerja. Betapa kejamnya, dah lah dibunuh dengan leher terjerut,di campak pula ke dalam tempat najis hanya kerana gadis ini tidak mahu memenuhi nafsu serakahnya. Akhirnya diri sendiri diganggu oleh jelmaan yang menyerupai gadis tersebut........... Oleh : Nasaie Ismail Rujukan : Majalah Mastika Februari 2008 ( m/s : 50-54 ) |