Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003002
Visits

Thursday, 18 December 2008

MANUSIA BODOH ATAU HAIWAN YANG BIJAK 


Haiwan terancam kerana manusia. Tetapi hakikatnya manusia adalah haiwan. Dari sekolah rendah, dalam mata pelajaran sains, kita diajar, benda terbahagi kepada benda hidup dan benda tidak hidup. Benda hidup terbahagi kepada dua, tumbuhan dan haiwan.


Tetapi tidaklah diajar bahawa benda hidup terbahagi kepada tiga iaitu tumbuhan, haiwan dan manusia. Ini kerana manusia adalah haiwan. Haiwan pula terbahagi kepada mamalia, reptilia, burung, ikan dan macam – macam lagi.dalam dunia haiwan, manusia hanya salah satu daripada mamalia. Manusia adalah mamalia istimewa kerana ia menghasilkan teknologi, mendirikan tamadun dan mendominasi planet bumi. Sebab ape? Kerana manusia ada otak? Haiwan lain pun ada otak, tetapi tidaklah sama dengan manusia.


Memang otak manusia adalah istimewa. Tetapi lain – lain haiwan juga mempunyai otak yang istimewanya berbeza daripada manusia. Dalam hal – hal tertentu, otak haiwan lain lebih istimewa daripada manusia, sebab itu spesies tertentu boleh melakukan sesuatu yang manusia tidak boleh buat.


Tetapi kelebihan manusia dengan haiwan lain terletak juga pada tekak, mulut, tangan dan kaki. Hanya manusia yang mempunyai tekak mampu untuk membentuk bahasa. Itu kata sains arus perdana. Sementara mulut manusia pula mampu memakan banyak benda yang mandatangkan khasiat dan zat berbeza, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh haiwan lain. Daripada itu, otak pun memperoleh nutrien istimewa untuk menjana pemikiran, yang tidak dapat dihasilkan oleh haiwan – haiwan lain.


Maka persaingan manusia dengan haiwan – haiwan lain adalah fitrah alam, masing – masing mahu hidup dan menyambung hayat serta zuriat. Tetapi tengok, gayanya tidak seperti haiwan – haiwan lain, manusia dengan menggunakan otak, sama ada kepandaian atau kebodohannya mampu memusnahkan planet ini.


Bermula dengan kemampuan memupuskan spesies – spesies tumbuhan dan haiwan, menyebabkan pemanasan global hinggalah meletupkan planet ini menggunakan senjata nuklear. Maka ketika haiwan – haiwan lain berusaha memanjangkan hayat dan menyambung zuriat masing – masing, manusia pula membunuh dirinya dengan memusnahkan spesies – spesies lain, dan bumi ini sendiri.


 


Rujukan ; mastika/mac2008/ms59


 

fiszah posted @ 05:36 - Link - comments