|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003008
Visits
Pukul 2.00 pagi, Fendi terjaga dari tidur. Rasa mahu membuang air kecil mengganggu lenanya. Dia memandang ke sebelah. Isterinya, Rozi sedang lena dibuai mimpi. Fendi melangkah keluar dari kamar tidur menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah teresnya itu.
Selepas mebuang air, sebelum masuk ke kamar tidur, Fendi meninjau ke bilik tidur anaknya. Sepanjang perkahwinannya dengan Rozi, mereka dikurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sebaik sahaja Fendi menyelak pintu bilik anak perempuannya, Fifi, dia terperanjat apabila mendapati katil anaknya itu kosong fendi mengagak, mungkin anak bongsu yang baru berusia empat tahun itu tidur di dalam bilik abang-abangnya.
Fendi kemudiannya menuju ke bilik anak-anak lelakinya. Maklumlah rumah teres yang dibelinya kira-kira lima tahun lepas itu hanya mempunyai tiga bilik. Tetapi, sebaik membuka lampu, lelaki berusia 30-an menjadi lebih terperanjat apabila mendapati katil dua tingkat anaknya juga kosong.
Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan anak-anaknya yang sedang tidur itu. Kesemuanya sedang meniarap fendi memetik suis lampu ruang tamunya.
“Eh! Ke mana perginya budak-budak ni?” fendi mula cemas. Dia bergegas ke ruang tamu. Hatinya yang sudah mulai cemas menjadi lega semula apabila melihat keempat-empat anaknya itu ada di ruang tamu. Mereka tidur beriringan sambil ditutupi selimut sehingga ke paras dada.
Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan keadaan anak-anaknya yang sedang tidur itu. Kesemuanya sedang meniarap. Fendi memetik suis lampu ruang tamunya. “Eh!!??” sekali lagi lelaki itu terperanjat sebaik saja cahya menerangi ruang tamu rumahnya itu. Dia melihat ada sesuatu bergerak-gerak di dalam selimut anak-anaknya itu. Ada dua atau tiga 'benda' yang sedang 'bermain-main' di bawah selimut itu, ia bergerak ke sana ke mari.!
Tanpa berlengah Fendi berlari ke dapur dan mengambil sebilah parang panjang yang terletak di sebelah sinki. Kemudiannya, Fendi bergegas semula ke ruang tamu. Dia kemudiannya dengan berhati-hati memegang bucu selimut itu dan...zapp!!dengan pantas, Fendi menarik dan mencampakkan selimut itu ke tepi. Namun sebaik sahaja dia terpandang 'benda' yang bergerak di bawah selimut anaknya itu, jantung Fendi bagaikan terhenti. Lututya merasa lemah. Serasa parang yang dipegangnya hampir terlepas.
Apa yang dilihatnya memang sukar untuk diterima akal, hingga Fendi berasa sangsi apakah ini realiti, atau dia sedang bermimpi. Fendi menyangka benda yang bergerak di dalam selimut anknya itu ialah ular, tetapi....!!!!
Fendi lihat, ada tiga makhluk kecil seperti bayi yang baru berusia lima bulan. Ketiga-tiga budak itu sedang merangkak bermain-main di sekeliling anaknya itu. Apabila menyedari kehadiran mereka dilihat oleh Fendi, makhluk itu terus berdiri. Mata mereka bulat dan berwarna merah, berkilat seperti biji saga. Ketiga-tiga makhluk itu marah kerana Fendi mengganggu mereka bermain.
Beberapa saat kemudian, ketiga-tiga makhluk itu tiba-tiba ghaib! Fendi tergamam. Dia berjalan menuju ke sofa di hadapan anaknya itu, lalu duduk tersandar. Peristiwa itu menguatkan lagi syak Fendi terhadap seseorang, yang dianggap menjadi punca kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya. Anak-anaknya kini turut di ganggu! Dia tidak boleh berdiam diri lagi. Sebelum ini hanya dia sahaja yang kena.
Yang mengganggu Fendi bukan kawan-kawannya. Bukan juga jiran dan saudara-maranya. Tetapi orang yang disyaki oleh Fendi itu ialah keluarga terdekat dan paling rapat dengannya, iaitu isterinya sendiri!! fendi mengesyaki Rozi adalah pewaris saka keturunan keluarganya. Sejak dari mula lagi, dia tahu Rozi sebenarnya mewarisi saka itu, dan kni telahannya semakin jelas. Perkara ini bukan baru, dia sudah mula sedar sejak dari awal perkahwinan mereka lagi.
Ada beberapa perkara pelik yang berlaku sejak10 tahun dia dan Rozi berumah tangga, dan ia terus berlaku sehingga ke hari itu. Fendi masih ingat lagi, suatu malam di awal perkahwinan mereka, ketika mahu bermesra dengan isterinya, tiba-tiba dia melihat wajah Rozi bertukar menjadi wajah makhluk yang amat menggerunkan.!!
Muka Rozi dilihatnya bertukar menjadi hitam dan dia merenung Fendi dengan mata terbeliak kemerahan. Gigi Rozi seolah-olah bersiung sambil air liurnya meleleh-leleh. Fendi hampir terjatuh daripada katil kerana terlalu terkejut. Peristiwa itu Fendi ceritakan kepada isterinya, namun Rozi buat tidak peduli. Kata Rozi, itu semuanya bayangan dan bukannya betul.
Mungkin Fendi terlalu penat, atau terlalu terpengaruh dengan cerita hantu ketika berborak dengan rakan-rakannya di pejabat, hujah Rozi menyangkal cerita Fendi. Beberapa malam selepas itu, Fendi terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi mendesir seperti seekor ular. Kali ini, Fendi benar-benar jatuh dari katilnya apabila melihat Rozi berubah menjadi seekor ular tedung yang bersedia untuk mematuk mangsanya.!!
Satu lagi perkara yang membuatkan Fendi berasa yakin bahawa Rozi merima saka dari keluarganya, apabila Rozi gemar menyimpan tuala wanita yang sudah digunakannya. Untuk apa!!?? adakah darahnya itu untuk diberikan kepada saka tersebut?? apabila ditanya, Rozi menafikannya. Kejadian-kejadian pelik yang berlaku itu membuatkan Fendi bertambah yakin, Rozi ada masalah. Sudah puas Fendi berbincang dari hati ke hati dengan Rozi tentang perkara tersebut, namun isterinya tetap mengatakan bahawa itu hanyalah sangkaan Fendi sahaja.
“Sehinggalah sampai pada peristiwa anak-anaknya pula diganggu olek saka isterinya itu. Fendi sudah tidak boleh sabar. Tidak lama selepas itu, Fendi dan isterinya bercerai,” jelas Haji Amli Ebong, peguam syarie yang mewakili Fendi dalam kes penceraian tersebut. Haji Amli sudah berpengalaman selama hampir 13 tahun dalam mengendalikan kes-kes penceraian. Selama menjadi peguam syarie, beliu telah berhadapan dengan pelbagai kes penceraian yang berpunca daripada ilmu hitam. Ada-ada kes-kes yang melibatkan saka dan ada juga punca perbuatan dengki serta khianat orang-orang tertentu terhadap pasangan tersebut.
Malah Haji Amli menceritakan, ketika menjadi peguam mewakili pelanggan dalam kes-kes seumpama ini, dia turut menerima tempiasnya. “pernah ketika saya mengendalikan satu kes penceraian akibat ilmu hitam, ketika saya mahu bertolak dari rumah menuju mahkamah, badan saya tidak semena-mena rasa seram sejuk. Bulu roma saya meremang sepanjang perjalanan saya ke mahkamah. Tapak tangan jadi berpeluh-peluh. Saya kuatkan hati, baca ayat-ayat suci dan syukur alhamdulillah, bila tiba di kawasan mahkamah, semua gangguan itu hilang,” ujar Haji Amli ketika menceritakan pengalaman anehnya itu sewaktu ditemui di Taman Setiawangsa, baru-baru ini.
Petikan ; mastika/mac2008/ms 20-23