|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003028
Visits
Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga dibuat daripada marmar. Para pengunjung yang datang dari seluruh dunia memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut...
Lantai marmar : Patung....ini memang tidak adil!! mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan dan memuji-muji diri kamu? Tak adil!!
Patung marmar : sahabatku..masihkah kamu ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?
Lantai marmat : Ya, aku ingat! Sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza
patung marmar : kalau begitu masihkah kau ingat saat seorang pengukir datang untuk mengukirdiri kamu, tetapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan-peralatan yang digunakannya?
Lantai marmar : Ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu!! dia menikam, mengetuk dan
memecahkan badan aku! Ia sungguh menyakitkan!
Patung marmar : Betul, itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir diri kamu.
Lantai marmar : jadi...??
patung marmar : Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan jadi suatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi, aku relakan diriku untuk dilakukan apa saja olehnya, sekalipun seluruh badanku berasa amat sakit sekali. Sahabatku.... kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kmu itu....
Petikan ; mastika/mac2008/ms19