|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003020
Visits
Terdapat sebuah kristal yang di perbuat daripada batu quartz yang terkenal diseluruh dunia.Ia bukan bola kristal yang digunakan para psikik untuk menilik nasib.Tetapi ia adalah kristal quartz yang berbentuk tengkorak! .Tengkorak kristal yang ditemui pada tahun 1972 ini dipercayai berasal daripada zaman Aztec,Maya atau Atlanta.Ia dijumpai ketika sekumpulan ahli kembara nomad yang diketuai oleh F.A Mitchell-Hodges sedang meneroka runtuhan Lubaantun(Kota Batu Runtuhan)dalam hutan British-Honduras.Tanpa diduga setelah tiga tahun menggali di tapak tinggalan purba kaum Maya,Anna,iaitu anak angkat Mitchell-Hodges menjumpai tengkorak kristal tersebut di celah-celah runtuhan altar dan dinding kota berkenaan.Saiznya sama dengan saiz tengkorak manusia.
Tiga bulan kemudiannya,sebiji lagi batu kristal aneh ditemui 25 kaki dari situ.Kali ini berbentuk tulang rahang pula.Melalui satu kajian yang dijalankan oleh makmal Hewlett-Packard,sekurang-kurang 300 tahun diperlukan untuk menghasilakn tengkorak kristal itu.Itu pun jika ia ditangani oleh para artisan yang mahir kerana kristal quartz tersebut mempunyai tahap kekerasan yang tinggi,sedikit sahaja bezanya dengan berlian.Yang menjadi misteri ialah apakah kepentingan tengkorak kristal itu kepada pembuat dan pemiliknya sedangkan mereka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga kurun untuk menghasilkannya?Satu lagi misteri timbul.Apabila rahang kristal diletakkan betul-betul pada tengkorak itu,ia amat padan.Rahang itu boleh di buka dan dikatup seperti mulut manusia.
Bahagian ubun-ubunnya juga kadang-kadang bertukar ''suram'' menjadi warna putih susu.Pada ketika yang lain ia mengeluarkan aura menakutkan bewarna kekuningan dan berbentuk gegelang serta terapung membulat diatas tengkorak berkenaan.Selain itu mereka yang pernah menyimpan tengkorak kristal berkenaan dihantui kejadian-kejadian pelik damn menakutkan.Antaranya ialah bunyi-bunyi dan bau yang aneh.Yang lain pula didatangi lembaga menyeramkan.
Adakah tengkorak kristal itu dibuat kerana dipercayai mempunyai kuasa pelindung?Mungkin, kerana selama 30 tahun menyimpannya,Mitchell-Hodges pernah di ancam dengan serangan senjata tajam dan 18 tembakan.Namun dia bernasib baik kerana selamat.Mitchell-Hodges meninggal dunia pada 12 jun 1949 ketika usianya 75 tahun,tapi sebelum pergi dia telah memberi hak pewarisan kepada Anna, anak angkatnya.Tengkorak yang dianggaarka AS$250,000 itu kini berada dalam tangan orang yang mula-mula menjumpainya.
petikan : mastika / disember2005