Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003018
Visits

Wednesday, 10 December 2008

 


SUSU IBU TEWASKAN BISA ULAR TEDUNG


Kenneth Hampson sedang memandu di sebuah belukar di Bulawayo,Zimbabwe,pada 2 November 1982, apabila keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan.Lelaki itu turun lalu membuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan.Tetapi sebaik penutup bonet terbuka,dia terkejut apabila seekor ular tedung selar muncul dari celah-celah enjin kenderaannya.Ular tersebut tidak memagut Kenneth ,sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu.Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas.Penglihatannya juga menjadi kabur.


Kenneth bernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melalui kawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan.Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Kenneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi.Kemudian ,Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua belah mata lelaki itu.Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan,doktor memberitahu sesutu yang amat mengejutkannya.Kata doktor,tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadi buta.Menurut doktor tersebut ,semburan bisa dari ular tedung amat berbahaya.Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?Jelas doktor,ini terjadi kerana susu ibu boleh


meneutralkan neurotoxin,mencairkan racun serta melegakan kesakitan


 


(MASTIKA OGOS,2008)


 

fiszah posted @ 06:03 - Link - comments