|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003009
Visits
Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian, seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambungkan kepada sebiji loceng kecil tapi kuat bunyinya.
Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan loceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24 jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.


Pada 4 Mac 1996, pesawat DC8 milik Canadian Pacific Airline mengalami kecelakaan ketika mendarat dalam keadaan cuaca buruk dan penglihatan yang terbatas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo.
Daripada 72 orang penumpang dan anak kapal, hanya lapan orang yang selamat. Dua daripada mereka adalah sepasang suami isteri yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Hong Kong.
Para penumpang yang terselamat segera diberikan rawatan kecemasan. Mereka yang ingin meneruskan perjalanan, dibenarkan melakukannya dengan menaiki pesawat lain. Begitu juga dengan pasangan pengantin baru ini. Mereka meneruskan perjalanan ke Hong Kong dengan menaiki pesawat British Overseas Airways Corporation (BOAC) Flight 911, menggunakan Boeing 707.
Bagaimanapun, selepas 18 jam terselamat dalam kecelakaan kali pertama di Tokyo, dan baru beberapa puluh minit berlepas, pesawat BOAC Flight 911 pula mengalami kemalangan. Ia berlaku ketika pesawat berkenaan berada di sekitar Gunung Fuji yang laluannya dipilih bagi memberikan pemandangan indah kepada para penumpang.
Ketika berada di udara pengudaraan itu, ribut tiba-tiba melanda menyebabkan pesawat berkenaan gagal dikawal, lalu terhempas. Kali ini, pasangan pengantin baru itu tidak bernasib baik. Mereka meninggal dunia bersama 122 penumpang dan anak kapal yang lain.
Petikan Mastika Januari 2009
Oppss.......Tersilap Tikam!!!Nak tahu kisah menarik ni? Kisah ni dah tercatat di dalam buku What Way To Go : Some of the Strangest Death on Record, buku ni menceritakan tentang kematian aneh seorang hipnosis. Dalam buku tu takdelah dibagitau nama orang ni. tapi 1 petang ni dia ni buat hipnosis dia dengan seorang lelaki namanya Karoly Szani. Ni caranya lelaki ni buat hinopsis iaitu Szani disuruh kosongkan fikiran, bermeditasi dan dihanyutkan ke satu dimensi asing. Bila Szani ni dah dalam keadaan tak sedarlah kiranya, maka lelaki hipnosis tu keluarkan 1 arahan. " Sekarang ni ada pisau di tangan saya, ambil pisau ni." Lelaki yang tak sedar diri tu ambil pisau tapi tak menentu hala dibuatnya. Maka lelaki hipnosis tu berkata "Musuh kamu datang, musuh yang telah merampas kekasihmu, hati-hati dia hendak menyerang kamu". Serta merta Szani meluru ke hadapan dan melepaskan tikaman. Nak tahu tikaman tu terkena kat sape???Emmmm.... fikirkanlah........ Jangan biarkan anda diselubungi tanda soal..HEEE...Heeee....Heee
|

Menyalak kepada bulan, membunuh dan memakan daging manusia
PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?
Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.
Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.
Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.
Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!
Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.
Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.
Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.
Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.
Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.
INFO: Serigala jadian
Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.
Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.
Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

LONDON: Saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa) dikatakan bingung dan tergamam dengan imej makhluk menyamai manusia, yang dirakam salah satu robot peninjau di planet Marikh.
Media tempatan melaporkan, imej makhluk dengan susuk tubuhnya jelas, dengan salah satu tangannya diletakkan di atas lutut, sedang duduk di atas batu sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet Merah berkenaan. Ia dikatakan dirakam salah satu daripada dua robot peninjau - Spirit Nasa pada akhir tahun lalu.
Nasa sememangnya mempunyai misi Planet Marikh yang beroperasi di planet berkenaan sejak empat tahun lalu. Penemuan imej berkenaan bukan setakat mencetuskan tanda tanya, tetapi menimbulkan rasa teruja peminat astronomi dan Marikh khususnya yang berminat mengetahui misteri di sebalik planet berkenaan serta kemungkinan benar teori mendakwa wujudnya hidupan di situ.
Berita penemuan imej misteri itu turut menjadi topik utama perbincangan di internet yang kini mendakwa kemungkinan Marikh mempunyai hidupannya tersendiri.
Namun tidak kurang yang menganggap ia cuma satu ilusi optikal yang dipantulkan bentuk muka bumi planet itu. Pemeriksaan awal Nasa tidak menunjukkan sebarang objek aneh, tetapi penelitian secara terperinci oleh pakar astronomi amatur mencetuskan kehadiran makhluk serba hijau itu.
“Gambar ini amat mengagumkan. Saya tidak mempercayainya apabila melihat kelibat seorang lelaki bogel di Marikh,” kata salah seorang peminat astronomi dalam komen di laman web akhbar Times. Selain Spirit, satu lagi robot kembar peninjau adalah Opportunity yang mendarat di Marikh pada 2004 untuk merakam imej permukaan Marikh.
Misi penerokaan Nasa ke Marikh itu bernilai kira-kira AS$820 juta (RM2.7 b). Pada awal misinya, kedua-dua robot itu ditugaskan mencari kawah Gusev Crater yang saintis percaya boleh menjadi bukti bekas tasik lama yang sudah kering.
Ini mengukuhkan lagi andaian saintis yang mendakwa bukti kewujudan air sebagai petunjuk kemungkinan adanya hidupan di planet berkenaan.
Assalamualiakum w.b.t. Terlebih dahulu dimaklumkan, gambar ini bukan diambil sendiri oleh saya hehe. Ini sekadar iklan, untuk menambah keyakinan bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukannya seperti yang ditekadkan oleh para atheist dan mereka yang tidak beriman. Mari kita cuba perhatikan gambar di atas, iaitu gambar seekor lalat. Dan sebelum itu sila klik gambar itu untuk perbesarkan dan perhatikan matanya.
Pada matanya itu ada susunan bintik2 bulat, yang tersusun kemas. Semua itu adalah kaedah MATEMATIK sebenarnya. Maka cuba tanya diri anda, adakah semua itu terjadi dengan sendiri?
Adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali ianya terjadi dengan sendiri. Mesti ada yang menyusunnya dan mereka cipta senibina tubuh lalat tersebut. Kerana amat mustahil boleh terjadi dengan sendiri sesuatu yang tersusun sekata, sejajar, selari. Dan Pencipta itu ialah Tuhan kita iaitu Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Betapa Maha Seni dan Maha Halus ciptaan2Nya. Macam lalat ni, dah lah halus, dengan rekabentuk yang canggih (termasuk bulu-bulu dan warna-warna), pastu dapat bergerak dan terbang merata2, makan minum dan sebagainya pulak tu, ih ih ih. SubhanAllah …….
Oleh itu wahai para Atheist, mereka2 yang tidak beriman dan tidak percaya bahawa dunia ini ada penciptanya, marilah sama2 kita renung kembali, fikir sedalam2nya, jangan ambil mudah dan mahukan kebebasan semata2, mari lah kita beriman kepada ALLAH S.w.t, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Yakinilah bahawa Allah itu ada, dan akan menghakimi kita di akhirat nanti dengan apa yang kita perbuat di atas dunia yang sementara ini. Maha suci Engkau ya Allah, tidak lah Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka, amiin …….

Bigfoot merupakan saki baki haiwan peninggalan pra-sejarah iaitu dari spesies monyet gergasi yang didakwa masih hidup sejak zaman kuno iaitu daripada jutaan tahun dahulu hingga kini namun misteri kebenarannya masih menjadi tanda tanya. Bigfoot yang bersaiz dua kali ganda manusia biasa dikenali oleh sesetengah masyarakat sebagai Siamang, Orang Mawas atau Hantu jarang gigi yang dikatakan haiwan pemalu dan sentiasa menjauhkan diri daripada kehidupan manusia. Dunia yang dahulunya luas lama kelamaan semakin mengecil dari hari ke hari akibat penerokaan hutan oleh manusia menjadikan kehidupan golongan ini sangat terhad. Namun, misteri kemunculan Bigfoot bukanlah perkara baru tetapi telah lama diketahui masyarakat dahulu kala. Hanya mereka yang bernasib baik sahaja dapat melihatnya. Bermacam-macam kisah cerita telah didengar, pelbagai gambar telah disiarkan dan banyak penemuan saiz tapak kaki telah direkodkan termasuklah bukti-bukti lain yang boleh menyokong tanda kewujudannya dari seluruh dunia. Jika difikirkan, mungkin ada logiknya kerana setakat ini pun masih terlalu banyak kehidupan alam yang belum diterokai, dan setiap hari pastinya ada penemuan baru.
Akan tetapi, ada pihak yang mendakwa kononnya Bigfoot bukanlah dari jenis monyet gergasi tetapi sebenarnya adalah sejenis jin atau hantu raya dan makhluk halus ciptaan tuhan. Teori ini diperkuatkan lagi, bahawa sehingga kini tiadanya bukti penemuan tulang temulang Bigfoot apatah lagi untuk menangkapnya. Andai kata teori ini benar, maka segala bukti tentang kemunculan Bigfoot merupakan cerita rekaan semata-mata oleh sesetangah golongan yang cintakan publisiti murahan dan jika semua ini berlaku, ianya merupakan satu penipuan besar kepada dunia amnya. Namun kita tidak boleh menafikan terus menerus kisah cerita tentang Bigfoot kerana ianya merupakan suatu kisah misteri sejak azali dan kisah misterinya pasti tidak akan hilang ditelan zaman. Bagaimana pula dengan anda? Percayakah anda dengan kewujudan Bigfoot?
Fikir-fikirkan lah....
Selamat beramah 
Pengalaman menyeramkan ini berlaku pada tahun 1991, di tingkat bawah rumah aku. Aku tidur di atas sofa panjang ruang tamu, dan memang sebenarnya itulah tempat tidur aku. Rumah aku ni ada empat bilik, tapi semuanya berpenghuni. Dengan rela hatinya aku tidur kat situ, bertemankan kucing yang hari-hari berebut sofa tu dengan aku. Dah dia pun tidur situ jugak.
Malam tu, macam biasa je, aku letak kepala sambil mulut terkumat-kamit baca doa tidur. Entah macam mana, mata aku tak rasa mengantuk sangat. Jadi, aku layan la lebih kurang. Tah sampai ke mana, tak tau la aku. Sedar tak sedar, aku rasa dah macam terawang-awang, antara tidur dan jaga, tapi aku masih sedar lagi masa tu. Kat sebelah sofa tempat aku tidur tu ada sepohon pokok plastik yang tingginya lebih kurang sama dengan aku. Pokok tu dibuat daripada akar pokok besar, dan dipasang daun plastik di sekelilingnya. Selalu aku tengok orang buat macam pokok bonsai tu. Ada banyak bunga berwarna merah di setiap hujung ranting pohon tu.
Mata aku yang semakin layu tegak memerhatikan pohon tu. Aku rasa macam tak boleh nak pejam sepenuhnya sebab bunga-bunga merah kat pohon tu mula bertukar warna kepada oren secara perlahan-lahan. Aku cuba bangun, tapi tak boleh! Cuba pulak pusing kepala, rasa macam boleh, tapi tak berpusing pun! Bunga-bunga tu pula dah berubah bentuk. Aku tak nampak bunga lagi, tapi aku nampak suatu benda kecil seperti kelawar sedang bergayut di situ. Kenal kelawar tak? Takkan tak kenal, kan. Kelawar biasa warnanya hitam, tapi kelawar ni berwarna oren. Siap dengan taringnya menyeringai ke arahku. Aku dah tak tau nak buat apa melainkan cuma terus memandang ke arah kelawar yang banyak tu. Aku cuba baca ayat kursi, tapi tak menjadi. Rasa macam dah betul, tapi tak betul. Kalau orang tengok aku masa tu, orang akan kata aku dah tidur, tapi sebenarnya aku sedar apa yang berlaku di sekeliling. Cuma aku tak boleh bertindak. Buktinya, tak lama lepas tu mak aku lalu situ. Spontan mata aku terbuka dan objek tadi bertukar menjadi bunga semula.
Aku tak tahu nak kategorikan apa cerita aku ni, tapi sebenarnya adalah kisah benar. Aku ada dengar jugak beberapa orang cerita mengatakan rumah aku tinggal tu memang agak keras. Entah, tak tahulah nak kata. Selain daripada cerita ni, ada jugak benda lain yang berlaku. Ada sekali tu aku dengar bunyi air melimpah dari bilik air atas. Aku naik, spontan bunyi tu hilang dan berpindah ke bilik air tingkat bawah pulak. Begitulah sebaliknya bila aku turun ke bawah. Aku malas cakap banyak, terus keluar naik motor. Waktu tu baru je lepas asar. Semua orang tak ada kat rumah. Adik aku pun pernah tengok pintu dapur yang berkunci terbuka sendiri. Pernah jugak aku dengar dari penghuni rumah sebelum ni ada menceritakan ada sekali dulu dia pernah ternampak hantu pocong bergolek-golek kat ruang tamu tu, lepas satu-satu macam main golek-golek pulak hantu tu. Tapi sekarang ni tak tau lah aku semenjak pindah ni macammana pulak ceritanya rumah tu sekarang. Wassalam.
Cerita Asal : Ahmad Kamal Fauzi (Sg Merab), RUJUKAN : TRIPOD
Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.
Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.
"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.
Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!
Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.
"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!
Cerita Asal : Raja Rohani ( Perak ) Rujukan : Tripod