Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
March 2010
February 2010
January 2010
December 2009
August 2009
July 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003010
Visits

Saturday, 09 January 2010

Kaki Dalam Otak


Di Colorado, Amerika Syarikat pakar bedah otak, Dr. Paul Grabb, terkejut dengan penemuan sepasang kaki yang hampir sempurna dalam otak seorang kanak-kanak yang bernama Sam Equible, tiga tahun. Pada peringkat awal, Paul Grabb mengandaikan objek pelik pada filem X-ray yang dibuat keatas Esquible menunjukkan tumor yang jarang-jarang berlaku. Tapi selepas ujian MRI, andaian Paul Grabb meleset. Objek yang disangkanya tumor itu rupa-rupanya sepasang kaki. Bukan itu saja, ketika melakukan pembedahan pada 3 Oktober 2008, Dr. Grabb megeluarkan kaki kecil di otak Esquible, turut ditemui juga beberapa bahagian tubuh lain seperti sepotong tangan dan paha. Menurut Grabb, kejadian ini berlaku disebabkan janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Pada kes Sam, janin kembarnya tumbuh di otaknya dan ia adalah kes pertama di dunia selepas kes lelaki mengandungkan kembarnya di dalam perut selama 30 tahun yang berlaku di India.


Rujukan : Majalah Infiniti/Jun 2009



Pelikkan..Foot in mouth.renung2kan lah ya....

fiszah posted @ 04:53 - Link - comments

Kehebatan Melolot Mata


Claudia Pinto, 48 dapat membuat kedua-dua matanya melolot hingga 4 sentimeter atau mengeluarkan 95 peratus daripada keseluruhan kedua-dua bola matanya. Sehubungan itu, Pinto telah diuji berulang kali dan semua doktor mengatakan mereka tidak pernah melihat bahawa adanya orang yang boleh melolot mata sehebat Pinto. Dia yang berasal dari Belo Horizontal, Brazil berkata, melolot mata adalah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Dakwa Pinto kebolehan melolot mata sehingga 4 sentimeter ini adalah hadiah dari tuhan yang memberkatinya.


Rujukan : Majalah Infiniti/ Jun 2009



 

fiszah posted @ 04:45 - Link - comments
Monday, 04 January 2010

Zakuan terkulai dalam pelukan pontianak



Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya.  Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya.  Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya.  Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.


Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis.  Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.


Peperiksaan semestar telah pun berakhir.  Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.


Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan.  Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan.  Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum hawa.  Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu.  Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.


Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.


"Bosannya malam ni.  Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan.  Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.  Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.


Sambil mendengar alunan muzik,  Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya.  Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.


"Ini sudah bagus.  Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.


"Abang boleh tumpangkan saya tak.  Saya terlepas bas.  Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.


"Boleh apa salahnya.  Cepatlah naik.  Lagipun hari nak hujan.  Nanti kalau kena hujan, demam pula." Zakuan sempat menjeling pada gadis itu. Wah, seksi jugak gadisni.  Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.


"SAudari ni dari mana sebernarnya.  Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni." "Saya dari kelas tuisyen.  Tapi saya keluar agak lewat malam ni.  Sebab tu saya terlepas bus.  Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan. Emmm...ini sudah bagus.  Respon baik nampaknya awek sorang ni.


Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan.  Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.


Kalau aku dapat awek ni, memang bagus.  Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan  gadis itu. Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu.  Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya.  Anehmya, gadis itu tidak membantah.  Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan. Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.

Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan.  Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.

Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar.  Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam.  tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah.  Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.

Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa.  Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.


Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan.  Zakuan seolah olah sesak nafas.  Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya.  Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu  bertukar wajah ,enjadi hodoh.  Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.


Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri.  Zakuan ketakutan.  Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu.  Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu. Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu.  Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan.  Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.


Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah.  Zakuan cuba menjerit meminta tolong.  Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong. Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya.  Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam.  Zakuan semakin sukar untuk bernafas.  Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.


Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai.  Menurut ibunya,  Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu. Zakuan pengsan selama 3 hari.  Selepas dibenarkan keluar dari hospital,  Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya.  Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita.  Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.


Rujukan :  www.kisahseram.blogdrive.com

fiszah posted @ 05:02 - Link - comments

Tersimpan misteri yang tak terungkap


"Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita.  Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah.  Rasanya sesuai untuk kita berdua.  Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar," ujar Amil kepada isterinya, Niza.

  "Rumah kat mana bang.  Senang ke saya nak pergi kerja," tanya Niza membalas cakap suaminya.  "Di kampung seberang.  Sewanya pun murah, RM400 sebulan.  Rumah ters dua tingkat.  Masa pusing pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa.   Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa.   Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain.  Lagipun tak seronoklah dududk dirumah mak.  Sekurang kurangnya kita perlu berdikari," jelas Amil bersungguh sungguh.

  Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari.  Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya apabila tinggal bersama.  Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif.  Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah.  Biarpun keluarga mertuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mertua.



Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu.  Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap.  Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar debar yang alang kepalang.  Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur.  Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangundari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya.  Semamsa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi.  Dia menjerit ketakutan.  Matanya meliar.  Puas dia memangdang kiri dan kanan.  Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup.  Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas.  Suaminya masih lagi tidur selena lenanya.  Malam itu sepicing pun dia tidak dapat melelapkan matanya.

  "Kenapa mata sayang nampak sembap.  Tak lena tidur ke dududk rumah baru," gurau suaminya.

  "Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika.  Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat.  Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun kebawah untuk minum air.  Tak semena mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri.  Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini," jelasnya.

  "Ada ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa.  agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal dirumah baru.  Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia," gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.

  "Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid.  Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang.  Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu diluar negara lah," gurau amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.

  "Abang balik tak tengahari ni.  Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat."

  "Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat," guraunya lagi.  Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya.  Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang bayang seorang kanak kanak kecil sedang melompat lompat ruang tengah rumah.  Gementar hatinya.  Mana ada budak kecil tinggal disini, fikir hatinya.  Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.

  Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit.  Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak kanak melompat lompat diruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan.  Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya.  Niza meracau racau apabila terpandang wajah hodoh itu.  Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras.  Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran.  Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isreinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya.  Mengikut Ustaz amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebab kan tidak tahan didera suaminya.  Dia telah nmengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.

  Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal.  rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.


Rujukan : www.kisahseram.blogdrive.com

fiszah posted @ 04:48 - Link - comments

kaki Arwah mencari jasad


Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.


"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.




Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Rujukan : Majalah Seri Dewi & keluarga

fiszah posted @ 04:08 - Link - comments

Diari dukun dara



Aku ingat lagi masa aku duduk menyewa kat rumah lama. Masa first time masuk rumah tu. Bila kaki aku melangkah masuk je rumah tu bulu roma aku berdiri. Ini bukan berdiri perlahan tapi dia punya seriau tu memang zupp naik ke atas tengkuk terus ke kepala tapi aku tebalkan jiwa dan kuatkan semangat untuk tinggal kat rumah tu sebab aku fikir biasalah tempat baru mestilah takut sikit. Jadi aku tak nak ikutkan perasaan aku.


“Ally, kau tak rasa rumah ni semacam ke?” Katie juga merupakan housemate aku dulu.


“Hish! Kau ni ada-ada aje.” Kata aku yang memang dah takut. “Ally, Ally, Katie, Katie.” Ada suara memanggil kitaorang. Aku dan Katie berpendangan. Ada orang memanggil kitaorang dari dapur, pintu belakang. Siapa pula yang nak datang maghrib-maghrib ni? Lagipun kitaorang tak kenal jiran-jiran lagi. Katie dan pegang tangan aku.


“Kau pergilah tengok,” Kata Katie.


“Hish! Tak mahulah, lain macam je suara orang tu. Perasan tak macam sayup-sayup.” Kata aku.


“Katie, Katie, Ally, Ally.” Suara tu makin mendayu-dayu memanggil nama aku dan Katie.


iMak!!!!i Katie terus merangkul lengan aku.


“Jauhlah, jom kita pergi tengok sama-sama. Kita intai kat tingkap je. Manalah tahu jiran sebelah tu dia tahu nama kita dan panggil sebab nak cakap sesuatu.” Telahan aku memang tak logik sebab kitaorang memang tak kenal lagi dengan jiran sebelah.


Perlahan-lahan aku dan Katie ke dapur untuk mengintai siapa yang memanggil kami. Bila aku menjengah dan tengok, memang takde sesiapa pun. Aku dan Katie apa lagi, Start enjin dan keluar. Memang amat menyeramkan. Kitaorang tidur rumah kawan, siang baru balik. Lepas tu dua tiga hari kemudian takde apa-apa. Masuk hari ketiga pula bila aku nak bagun subuh, aku tak boleh bangun. Macam ada benda hempap aku. Aku pun sukar nak bernafas. Aku nak jerit tak boleh. Masa tu tuhan jelah tahu betapa aku takut. Aku nak baca bismillah pun berat mulut aku nak sebut. Akhirnya tekeluar juga perkataan auzubillahiminasyaitannirrajim, itu pun aku menjerit. Lepas tu nasib baik aku boleh bangun.


“Eh! Ally kenapa kau jerit-jerit baca auzubillah tu?” Katie kehairanan.


Aku malas nak cerita kat Katie nanti dia takutlah pulak. Sebab aku tak boleh ingat macam mana aku kena hempap dan tak boleh bergerak. Aku pun cadang hujung bulan tu nak cau dan cari rumah lain. Petang tu bila kami balik kerja sekali lagi ada orang memanggil-memanggil nama kami. Waktu tu memang nak maghrib.


“Ally, Ally, Katie, Katie...” Suara perempuan tu mendayu-dayu.


Ya Allah!!! Aku dan Katie punyalah takut. Mana taknya suara tu mendayu-dayudan meleret-leret. Aku dan Katie dah berpegangan tangan.


“Ally, aku nampak ada kelibat putih kat belakang.” Kaite terus tutupkan muka dia.


Alamak! Pintu belakang kitaorang tak tutup lepas masak tadi.


“Katie...Ally...” Suara tu memanggil-memanggil.


Nak tak nak aku kena bangun untuk menutup pintu belakang. Masa nak tutup tu mata aku ni berani sangat nak tengok. Aku memang terkejut gila bila nampak ada perempuan pakai baju putih, rambut panjang kusut masai dan berwarna putih dan bergayut kat pagar memandang ke arah aku. Aku pegang dada aku. Jantung aku berdegup laju tak terkata. Aku tutup cepat-cepat pintu tu.


“Jom kita keluar dari rumah ni, aku takut sangatlah Ally. Aku tak boleh muka perempuan tu. Jomlah!” Ajak Katie.


Aku pun takut sangat, aku rasa macam dah lemah semngat tapi masa tu aku teringat kata mak aku supaya membaca ayat kursi untuk pelindung diri. Aku baca banyak kali sehingga aku berani bangun dan keluar dari rumah tu.


Tak sampai sebulan kitaorang cari rumah lain dan pindah. Rupanya kata jiran sebelah rumah tu tanah dia memang keras, tempat laluan kaum kerabat dialah. Jadi benda tu saja nak mengacau aku dan Katie.


 


Rujukan : Majalah Ujang/September 2007

fiszah posted @ 03:55 - Link - comments

Arwah berkebaya



[Clown+1.jpg]


SEJAK dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

"Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,"soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

"Dulu, masa arwah tok kamu masih ada... dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya," kata Kamariah.

"Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?" tanya Shidah.

"Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Ngah Bibah yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi parit tu. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Sungai Sengkela tapi merantau ke sini dari Pattani.

"Arwah Mak Ngah Bibah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Bidin. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran 'ratu', orangnya mestilah cantik molek. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Bidin kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Ngah Bibah menjadi mangsa Pak Bidin melepaskan amarahnya.

"Semua orang kampung tahu Pak Bidin mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Bidin samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Ngah Bibah, dia kembali menjadi 'singa' lapar.

"Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Bidin menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din Tukang. Anak Pak Din tu baru je lepas universiti. Sementara menunggu peluang kerja, dia menolong ayahnya bertukang menyiapkan rumah orang kampung.

"Ketika membesarkan dapur rumah Pak Bidinlah, Mak Ngah dituduh main mata dengan budak bujang tu. Puaslah Mak Ngah menafikan tuduhan liar suaminya tapi Pak Bidin sedikit pun tak ambil peduli. Hari tu, berbiratlah badan Mak Ngah dirotan oleh Pak Bidin. Dia memukul isterinya macam budak kecil.

"Puas melihat Mak Ngah kesakitan kena rotan, Pak Bidin terus menambah kesakitan dengan sepak terajang pula. Meraung panjang Mak Ngah hari tu. Orang sekeliling yang mendengar terus memanggil polis. Bila dah jadi kes polis, kisah Mak Ngah merebak hingga ke hujung kampung. Barulah Pak Bidin menyesal dan rasa malu yang teramat sangat. Tapi nasi dah jadi bubur. Mak Ngah dah tawar hati dengan perangai suaminya.

"Kekecewaan Mak Ngah semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Bidin. Dia tunjukkan gambar-gambar Pak Bidin yang ada dalam simpanannya. Hancur-luluh hati Mak Ngah Bibah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu.

"Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Bidin tiada di kampung, mayat Mak Ngah Bibah dijumpai tergantung di dalam bilik tidurnya. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Ngah Bibah membunuh diri.

"Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Bidin balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu. Katanya hantu Mak Ngah selalu mengganggunya," jelas Kamariah dengan panjang lebar.

"Masa bila pulak orang kampung terserempak dengan hantu Mak Ngah tu?" soal Shidah lagi. Bersungguh-sungguh dia hendak tahu cerita Mak Ngahnya itu.

"Arwah tok kamu pernah terserempak dengan perempuan cantik memakai kebaya ketika hari senja. Waktu tu, dia sedang menghalau lembu ke dalam kandang. Kebetulan pula, kandang lembu tu didirikan berdepan dengan pokok kundang. Perempuan cantik tu berjalan laju melintas di depannya dan terus berlalu ke arah kebun Haji Busu. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sekali toleh sahaja bayangan perempuan cantik itu sudah menghilang.

"Selain daripada arwah tok, Haji Busu pun pernah terserempak dengan perempuan berkebaya sewaktu balik daripada majlis tahlil di rumah Pak Uteh. Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Ngah Bibah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Ngah Bibah, tiada siapa yang tahu," ujar Kamariah.

Selepas bercerita panjang lebar, Kamariah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini. Masing-masing melopong mendengar cerita seram Kamariah.

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Solehin berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk-Pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah. Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Kamariah dan suaminya untuk menghantar Pak Uteh balik ke kampung seberang. Pak Uteh yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Kamariah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Ngah Bibah. Pak Uteh pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya. Sebaik sahaja menghantar Pak Uteh, suami Kamariah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Ngah Bibah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di kawasan kubur lama, Kamariah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai
kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki! Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Kamariah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Ngah Bibah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya itu.


Rujukan : Majalah Bicaria

fiszah posted @ 02:37 - Link - comments