Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
March 2010
February 2010
January 2010
December 2009
August 2009
July 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003000
Visits

Saturday, 31 January 2009

JELMAAN HITAM BERMATA MERAH GANGGU SEKOLAH DI UTARA


Seorang guru wanita di dalam bilik guru terpinga-pinga apabila melihat tiga orang murid darjah lima menjerit memanggilnya sambil berlari-lari dalam keadaan cemas.Sebaik teba di hadapannya,ketiga-tiga murid itu tercungap-cungap memberitahu,mereka melihat satu kejadian pelik ketika sedang mengemas makmal sains yang berada di tingkat dua.“Kami nampak kerusi bergerak sendiri,cikgu!Eee..takut!!”beritahu ketiga-tiga muridnya tersebut.Guru wanita itu tersenyum.Ah,budak-budak,entah ya entah tidak.Lalu, guru itu mengikuti muridnya berjalan menuju ke makmal tersebut.Sebaik tiba, guruitu melihat tidak ada apa-apa yang berlaku.Segalanya tersusun elok. “Tengok tu,tak ada apa pun,” kata guru itu kepada murid-muridnya tadi.Namun, ketiga-tiga murindnya beria-ia bahawa mereka nampak dengan mata kepala mereka sendiri,kerusi makmal tiba-tiba bergerak dengan sendirinya.



“Tak apalah.Kamu semua masuk kelas dulu,biar cikgi susun kerusi,tutup suis kipas dan lampu,”arah guru wanita itu.Setelah menutup lampu dan suiz,guru berkanaan itu membetulkan dua buah kerusi yang masih belum ditelangkupkan ke atas meja.Kemudian, guru wanita itu memegang daun pintu makmal untuk menguncinya.TANG! TANG! TANG! Bunyi benda jatuh yang kuat itu membuatkan guru tersebut tersentak.Dia meninjau semula ke dalam makmal .Tiba-tiba... TANG! TANG! Memang sah apa yang dikatakan oleh anak muridnya itu bukan khayalan.Guru wanita berusia 40-an itu terus terpaku.Kakinya terasa lembik Dua buah kerusi yang disusunnya tadi,sudah jatuh ke lantai.Sebuah lagi kerusi bergerak-gerak sendiri,seolah-olah ada orang yang sedang menggoncangnya!Ia dihentak dan diseret-seret ka lantai.Tanpa berlengah ,guru tersebut menutup pintu makmal dan bergegas ke bilik guru semula.Badannya menggigil.Guru wanita serta-merta teringatkan laporan-laporan akhbar harian yang memaparkan kisah budak-budak sekolah diserang histeria kerana ternampak makhlus halus di siang hari.Nampaknya,kini,kejadian itu berlaku di sekolahnya sendiri


 


KEJADIAN KEDUA


Pukul 6.30 pagi, kelihatan seorang lelaki berhenti sejenak di tingkat empat bangunan sekolah kerana berasa lelah memanjat tangga.Sebagai guru jasmani,dia terpaksa hadir awal pagi untuk menyelia latihan sukan anak-anak muridnya, bagi persediaan menghadapi sukan sekolah yang akan berlangsung dua minggu lagi.Setelah lelahnya hilang,dia berjalan melintasi deretan kelas di tingkat empat itu.Ketika sedang melangkah,tiba-tiba guru ini terlihat kelibat seorang budak perempuan keluar dari bilik perpustakaan lalu berlari pantas masuk ke bilik ke stor tempat menyimpan barangan sukan,di hujung bangunan tingkat empat tersebut.Guru itu tergamam.Eh, siapa pula yang datang pagi-pagi buta seperti ini?Lagipun, apa pula yang dibuat murid perempuan itu seorang diri di tingkat empat bangunan ini?Perpustakaan belum dibuka lagi.Guru lelaki itu munuruti kelibat kanak-kanak tadi.Kebetulan dia memang mahu ke stor untuk mengambil beberapa barangan yang akan digunakan semasa pendidikan jasmani nanti.Sampai di perpustakaan,dia mula berasa pelik sebab,pintu perpustakaan itu berkunci.Tiba di depan pintu stor,bulu romanya terus berdiri.Masakan tidak,pintu itu juga berkunci!Guru itu semakin pelik.Tadi dia nampak dengan jelas,kanak-kanak itu berlari dari perpustakaan ,lalu masuk ke bilik stor yang hanya berselang satu kelas dari perpustakaan.Ditinjaunya keliling.Tiada kelibat manusia yang dilihat.Namun guru tersebut yakin,budak permpuan itu masuk ke dalam stor sukan tersebut.Stor itu berada di hujung bangunan ,jadi mustahil budak tersebut dapat turun ke bawah atau menyorok tanpa dapat dilihatnya.Perlahan-lahan,guru lelaki itu membuka mangga pintu biliksukan tersebut.Gelap.Dia meraba-raba suiz lampu,dan....TAP! “Ya Allah!!!” guru lelaki iti separuh menjerit seraya berundur dua tiga tapak ke belakang.Di hadapannya , kelihatan seorang budak perempuan sedang duduk bersila dengan rambut yang panjang mengerbang menutupi sebahagian wajahnya.Guru lelaki itu dapat melihat ,wajah budak permpuan tersebut hitam legam manakala bibirnya menguntumkan senyuman yang mengerikan.Dicelah bibir budak perempuan itu terjulur taring yang tajam.Disebalik juraian rambut makhluk tersebut,jelas kelihatan dua biji matanya yang merah tersembul dam merenung tajam ke arah guru berkenaan!DAM!!!Tanpa berlengah guru tersebut menghempas pintu lalu berlari pantas menuruni tangga dan terus balik kerumah.Akibat kejadian itu,guru tersebut demam selama seminggu.Peristiwa menakutkan itu mula menjadi buah mulut di kalangan guru dan pekerja sekolah berkenaan.


 


TOLONG JANGAN DEDAHKAN NAMA SEKOLAH


Lelaki berbadan tegap,berkulit hitam manis di hadapan kami ini mengusap-usap mukanya.Sebenarnya lelaki inilah yang mendedahkan kepada Mastika, bahawa di sekolah tempatnya mengajar kini diserang makhluk halus.Kami bertemu dengannya ketika bertugas di utara tanah air.“Sekarang,banyak cerita budak-budak sekolah kena histeria dan kena rasuk.Hah! Kali ini, sekolah saya pula kena serang!” jelasnya.Tambah lelaki tersebut lagi, setelah dua kejadian seperti yang diceritakan itu berlaku, banyak lagi gangguan yang menyusul.Kini, mereka semua dalam ketakutan kerana gangguan-gangguan itu berlaku tanpa mengira masa. “Tapi, saya minta tolong sangat pada Mastika, jangan dedahkan nama sekolah kami.Guru besar sudah beri amaran , jangan heboh-hebohkan perkara ini, bimbang nanti pelajar tak mahu datang ke sekolah,” jelas guru berkenaan.Guru yang berbadan tegap itumenceritakan , dua bulan lalu, ada seorang pelajar darjah dua terserempak dengan lembaga budak perempuan berambut panjang ketika mengambil buku di perpustakaan.Semenjak terserempak dengan makhluk itu, sampai ke hari ini, pelajar tersebut tidak datang ke sekolah kerana demamnya masih tidak sembuh-sembuh.Ada kalanya pelajar itu akan meracau seperti dirasuk.


Mengapakah gangguan itu berlaku?


Menurut guru-guru yang sudah lama bertugas di sekolah tersebut, bilik perpustakaan dan stor itu agak 'keras'.Enam atau tujuh tahun lepas, ramai guru dan pelajar sekolah berkenaan diganggu ketika berada di dalam bilik itu.Tetapi gangguan menakutkan itu berakhir seketika setelah pihak sekolah mendapatkan bantuan seorang bomoh.“Sekarang benda tu datang mengganggu balik.Apa yang menakutkan kami,ia mengganggu tidak mengira masa.Baru-baru ini pelajar tahun tiga beritahu, sewaktu melintasi perpustakaan untuk pergi ke kantin pada waktu rehat, tiba-tiba mereka terdengar suara orang memanggil.Bila ditoleh, rupa-rupanya lembaga menyerupai budak perempuan berambut panjang dan bermata merah!Apalagi, budak-budak itu pun menjeritlah,” uajr guru lelaki itu serius.Beberapa minggu lalu, ketika seorang guru sedang mengajar, tiba-tiba seorang pelajarnya memberitahu, dia nampak satu busut besar bersebelahan dengan kelasnya.Apa yang diberitahu itu memang pelik kerana tiada busut di tempat yang ditunjukkan oleh murid tersebut.Selepas berkata demikian, tidak semena-mena murid lelaki itu bersilat di dalam kelas.Habis bertabur kerusi meja ditendangnya.Setelah hampir setengah jam mengamuk, akhirnya pelajar itu jatuh pengsan.Selain itu, sejak akhir-akhir ini kejadian ternampak kelibat bayang-bayang melintas di cermin tingkap kelas atau bilik guru sudah menjadi perkara biasa bagi guru, pelajar atau pekerja sekolah tersebut.Pengawal keselamatan di sekolah itu juga selalu memberitahu, pada waktu malam, lampu dan kipas di bilik perpustakaan akan terbuka dengan sendirinya.Ketika mula-mula bekerja dahulu, pengawal keselamatan tersebut memberanikan diri naik dan menutup semula lampu serta kipas yang terbuka.Tetapi, setiap kali dia kembali ke pondok pengawal, lampu di bilik perpustakaan itu akan kembali menyala.


Kami berasa pelik, apa sebenarnya punca perkara ini?Sebelum ini, jarang kita mendengar pelajar-pelajar sekolah dirasuk atau terkena histeria beramai-ramai.Tapi sejak akhir-akhir ini, ada saja pelajar sekolah yang terkena histeria akibat diganggu makhluk halus.“Entahla.Mungkin sekolah itu dibina atas tapak yang tak berapa sesuai.Mungkin dulu-dulu di situ ada kubur, atau tempat pemujaaan.Tapi apa-apa pun, yang penting semangat mesti kuat.Makhluk halus ini kelemahannya cuma satu, ayat-ayat Quran.Kalau guna jampi serapah, mungkin hilang sekejap, lepas tu muncul balik.Contohnya macam di sekolah saya.Bagi saya, keputusan sekolah untuk sembelih binatang konon-kononnya untuk diberikan kepada halus itu, sebenarnya perbuatan syirik.Korban hanya untuk Allah dan tidak boleh dibuat untuk selain dari Allah.Sebab itu benda itu kacau balik.” ujar guru tersebut.Mastika kemudian dibawa melihat sekolah berkenaan,bagaimanapun dari jauh sahaja kerana kata guru lelaki tersebut, dia tidak berani membawa orang luar masuk ke sekolahnya.Dia bimbang nanti ada sesiapa yang melihat, dan apabila kejadian itu disiarkan oleh media, dia akan dipanggil oleh guru besar.“Saya ceritakan hal ini dengan harapan ada pihak yang boleh bantu menghalau gangguan itu.Saya kesian tengok pelajar-pelajar kami, ada yang sampai takut henda ke sekolah,” kata guru berkenaan sambil menunjukkan tempat-tempat yang lembaga menakutkan sering muncul.


(RUJUKAN MASTIKA BULAN OKTOBER 2008,MUKA SURAT 66-70)

fiszah posted @ 06:06 - Link - comments
Friday, 23 January 2009


Mereka rogol,liwat.lompat dan pijak gadis itu




Tubuh itu sudah tidak bernyawa lagi.kaku.Terbujur di atas tanah tanpa seurat benang.hanya daun-daun kering yang menutupi sebahagian tubuh itu.Sudah semalaman mayat gadis itu terbiar.Saya lihat wajahnya penuh darah yang sudah kering.Ia nampak di pipi.Bekas-bekas darah itu meleleh dari hidung dan mulutnya semuanya sudah kering.


Saya seluruhi lagi mayat itu.Ia mulai bengkak,tetapi dadanya agak leper.tulang-tulang dadanya kelihatan remuk,dan nampak berbonjol-bonjol di bahagian dada.Ya!itu tandanya gadis ini telah mati dibunuh.


Pada bahagian perut dan pahanya ada tompokan darah.paling banyak di bahagian paha.Lalu saya periksa di celahan peha,terlalu banyak tompokan darah.Pada tompokan darah itu pula ada cecair pekat berwarna putih jernih dan berbuih.Cecair itu adalah air mani.


Itu tandanya gadis itu telah di rogol sebelum di bunuh!!


Pembunuh ini memang kejam.Gadis itu telah di rogol dengan ganas sekali.Sebab itu kemaluan gadis tersebut teruk terkoyak,seperti telah di gunting dan di siat-siat.Amat teruk.


Bukan itu sahaja,Saya dapati gadis ini telah di liwat dengan teruk sekali.Sehingga lubang duburnya turut terkoyak dan tersembul.Macam mana di bunuh masih dalam permikiran lagi untuk mendapatkan jawapan yang tepat,mayat gadis ini telah di hantar ke Unit Patologi untuk di bedah siasat.


Setelah ujian DNA di lakukan.ada lima sampel air mani yang berlainan dalam kemaluan gadis itu.Maknanya lima orang yang terbabit merogol gadis ini.maka mereka juga membunuh secara kejam.Saya di beritahu kematian gadis ini di sebabkan hentakan yang terlalu kuat pada dadanya.banyak tulang yang patah.


Tidak sampai seminggu ,pembunuh ini dapat di jejaki.Sewaktu di soal siasat mereka mengaku membunuh dan merogol gadis berkenaan.Sebagai Ketua Seksyen Tempat Kejadian,makmal Forensik PDRM,saya terlibat secara langsung dalam siasatan kes ini.


Dalam keterangan penjenayah-penjenayah itu,mereka bertemu dengan gadis tersebut di sebuah kawasan perumahan di Gombak.Waktu itu,gadis berkenaan bersama teman lelakinya.Mereka tidak mengenali gadis tersebut..Pembunuhan gadis ini bukan sebab motif dendam.atau pergaduhan,tetapi bermotifkan rogol semata-mata.


Daripada keterangan pemuda-pemuda tersebut ,malam itu,mereka telah perdayakan teman lelaki si gadis dengan melakukan penyamaran sebagai anggota polis.Mereka menangkap teman lelakinya kemudian melarikan gadis itu.Teman lelaki gadis itu telah di bunuh cekik sampai mati.


Mulanya dia bertiga sahaja.Dua orang kawannya lagi bersama teman lelaki gadis itu.Selepas membunuh teman lelakinya barulah mereka datang ke tempat si gadis di keroyok.


Kata anak muda itu lagi,dia bersama dua rakannya merogol dan meliwat gadis itu bergilir-gilir.Ada kala berdua serentak.Sementara menunggu dua orang lagi rakan sampai ,mereka melakukan berulang-ulang kali.Kemudian apabila rakannya yang lain datang,gadis ini di rogol lagi.


Cara gadis ini di bunuh.Mereka memanjat pokok dan terjun ke atas badan gadis itu.Secara bergilir-gilir.Itu yang menyebabkan tulang badan gadis itu patah dengan teruk.


Untuk kes ini saya sentiasa doakan agar roh gadis itu meninggalkan dunia ini dengan aman.Syukur...lelaki yang meragut kesucian dan nyawanya telah di jatuhkan hukuman mandatori,gantung sampai mati!


fiszah posted @ 16:18 - Link - comments


Jenazah Kamariah ditumbuhi bulu




Kamariah yang sentiasa memberi cerita sensasi yang menggemparkan penduduk kampung di daerah Beluran,Sandakan Sabah yang menghilangkan diri dari kampung berbulan-bulan pergi menuntut ilmu.Ilmu apa?Saya tak tahu.Apa yang saya tahu Kamariah begitu percaya sungguh pada ilmu-ilmu kecantikan.


Lagipun kamariah memang anak dara yang paling cantik dan manis di dalam kanpung tu.Ramai lelaki yang berkenan tapi tiada seorang pun yang boleh memikat hatinya.Sebab itu kamariah jadi anak dara tua.


Bila adik-beradik yang lain dah kahwin tinggallah kamariah sendirian di kampung.Wajah Kamriah makin cantik dan berseri-seri.Kulitnya halus melepak,susuk tubuh kekal bergetah bak anak dara walhal kawan-kawan sebayanya dah gelebeh sana,gelebeh sini.


Bukan sedikit yang menaruh hati pada Kamariah tetapi ramai,yang bujang sampai laki orang dan ramailah wanita menaruh dendam dengan Kamariah.Setiap hari ada saja kata-kata kesat di lemparkan pada wanita ini.


Dalam diam saya merisik.Akhirnya saya tahu juga apa yang kamariah lakukan.Wanita itu sebenarnya mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan akidah.kamariah percaya pada benda karut-marut.Semua ini berlaku kerana arwah ibunya banyak turunkan ajaran sesat dan syirik pada Kamariah.Ibunyalah yang beria-ia mahukan kamariah mengamalkan perbuatan-perbuatan syirik itu.


Penghujung 2002,saya tinggalkan Beluran dan pulang ke kampung di pekan perancangan Nagoh,Sandakan,Sejak itu saya tak lagi dengar cerita panas tentang Kamriah.


Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Kamariah hinggalah setahun apabila saya terima khabar yang benar-benar mengejutkan,Kamariah meninggal dunia!Saya di minta ke rumahnya untuk menguruskan jenazah.Bila ditanya pada kawan-kawan meninggal di sebabkan apa?Meninggal bukan sakit tetapi amalan-amalan syirik yang di amalkan.


Katikasaya dan empat sahabat yang lain tiba di rumah arwah,saya terkejut lagi melihat suasana rumah si mati.Tiada seorang pun penduduk kampung saya lihat datang menziarahi arwah walhal


banyak lagi perkara yang belum di uruskan.


Kubur pun belum di gali hanya kerana tak puas hati dengan apa yang telah dilakukan jenazah.Saya berjumpa dengan kenalan lama.memberi nasihat dan akhirnya beberapa pemuda membantu menggali kubur.Saya meneruskan manidi jenazah yang masih belum selesai.


Saya bersihkan jenazah dengan kawan saya memandangkan tiada seorang ahli keluarganya yang ingin membantu,kami putuskan melakukannya tanpa mereka.Anehnya sebaik di jirus air ke tubuh jenazah,saya lihat kulir arwah perlahan-lahan jadi mengerepot..Pipinya yang halus dan putih melepak tidak semena-mena bertukar kehitam-hitaman.Kulit nampak hodoh dan kedut seribu.


Semasa saya memegang kulit arwah,saya terasa tajamKetika itu jantung saya mula berdegup kencang.Tapi kami meneruskan juga.habis mandikan jenazah kami mulakan kerja mengapan.Seluruh tubuh arwah akan dibaluti kain putih,kecuali muka.Yang terperanjatnya semasa ingin merenjiskan wangian saya dapat melihat bulu berwarna hitam tumbuh di seluru muka.


Tanpa berlengah lagi urusan jenazah di lakukan secepat mungkin.Rupa-rupanya Allah Maha Besar...sebaik jenazah diturunkan ke liang lahad saya dengar ahli keluarga yang sedang memangku jenazah mengaduh kesakitan.Kata salah seorang daripada mereka,bagai ada jarum menusuk lengan mereka.Jenazah pun terlalu berat seperti mengangkat bongkah batu.Selesai urusan di dalam kubur,tanah pun di kambus menutupi pusara dan ketika itulah air mata saya mengalir.Saya menangis bukan mengingati pemergian kamariah tetapi sedih mengenangkan apa yang telah berlaku ke atas jenazahnya.Di saat itu saya hanya mampu berdoa semoga salah silap Kamariah di ampunkan Allah.




Aninah Janang


 


fiszah posted @ 16:16 - Link - comments


Hanya Dia yang Selamat


Petir tahu ketiga-tiga suami Dang Bulan mati pada malam pertama.badan mereka dipenuhi kesan gigitan binatang yang berbisa seperti kala jengking,ular,lipan dan pelbagai lagi yang tidak di ketahui namanya.


Kematian tersebut sangat menggemparkan kerana kesemua suami Dang Bulan meninggal dunia cara yang sama.Suaminya hanya sempat meniduri Dang Bulan semalam sahaja.


Petir seorang jejaka di kampung itu juga cair apabila terpandang wajah Dang Bulan.Dia menyampaikan hasrat pada ibunya untuk menjadi suami Dang bulan yang keempat tapi di tentang.


Tentangan ibunya akhirnya Petir membawa diri ke sebuah pulau,dia mengisi dadanya dengan pelbagai ilmu.


“Dia menuntut ilmu persilatan dan juga ilmu kebatinan termasuk ilmu agama dengan seorang kiai di pulau tersebut.Petir benar-banar handal.Dia bukan budak kampung seperti dulu sebaik pulang dari mempelajari ilmu di pulau iti,”Cerita Zakaria Hassan


petir juga mempelajari petua untuk berhadapan dengan Dang Bulan yang telah mengorbankan tiga orang lelaki.


Sekali lagi dia menyampaikan hajat untuk memperisterikan Dang Bulan.akhirnya emaknya setuju.Pinangan Petir di terima.Penghulu telah mengarahkan supaya menggali kubur sebelah kubur tiga suami Dang Bulan.


Pada malam itu seperti diminta Tok Kiai Petir begitu berhati-hati apabila berhadapan dengan Dang bulan.


Tiba-tiba petir ternampak beberapa ekor ulat tedung keluar dari badan Dang Bulan.diikuti lipan bara,kala jengking dan pelbagai lagi.Semua menghurung tubuh badan Petir yang hanya mamakai seluar pendek sahaja.badannya dipenuhi ribuan binatang berbisa,”Cerita Zaklaria lagi


Petir hanya membaca doa yang di ajar Tok Kiai,perlahan-lahan binatang berbisa itu turun dari badannya.Binatang tersebut semuanya berkumpul pada tubuh Dang Bulan,dia kemudiannya menggeliat sambil mengerang kesakitan.badannya bermandi peluh.Keesokan paginya semua selamat.


Sebenarnya ketika Dang Bulan di lahirkan di dalam gua kerana penghulu Bokar bersembunyi dari tentera Siam ketika itu Dang Bulan telah di hurungi pelbagai jenis binatang berbisa.hal ini di rahsiakan,hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu.


Zakaria


fiszah posted @ 16:15 - Link - comments


Masjid Ranjau Hantu tak berhantu




Masjid Ranjau Hantu yang terletak di kawasan kampung Parit,Kuala Pilah ini sekali pandang memang tidak ada bezanya dengan masjid yang lain.Namun ,ada cerita menarik tentang masjid ini sehingga masih menjadi bualan penduduk setempat.Popular Misteri kebetulan terjumpa Penduduk lama di kawasan kampung terbabit,Nurdin Dato Bodok atau Pak Uteh,72.Beliau adalah penduduk asal kampung berkenaan sudi berkongsi mengenai masjid terbabit.


Menurut Pak Uteh,Masjid Ranjau hantu itu di bina sekitar 1910.Tapak asal masjid ini adalah di kampung Parit Sabarang.


“Namun,pada tahun 1910 masjid berkenaan di pindahkan ke tapak sekarang ini.Kebetulan pula terdapat sebatang pokok,di panggil pokok jolok Hantu di tapak masjid berkenaan.Pokok itu bersaiz besar,berduri di sekelilingnya seperti duri limau.


“jadi ,bila masjid bari dibuat bagi menggantikan masjid sedia ada,iaitu sekitar 1938,maka kata putus di ambil untuk menamakan masjid berkenaan dengan nama Masjid Ranjau hantu.Sempena nama pokok berkenaan,”Katanya pada Popular Misteri.


Namun,jelas beliau lagi,sebelum masjid baru di bina terdapat kejadian aneh berlaku di masjid tersebut.,Iaitu semasaberlaku kejadian banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia sekitar 1917.


Pelik sungguh,masjid ini terletak berhampiran tebing sungai tetapi semasa kejadian air bah itu masjid ini sedikit pun tidak memasuki air.Ia seolah-olah di hadang oleh sesuatu.sedangkan kawasan sekitarnya ditenggelami air.


Kejadian aneh ini sehingga hari ini masih belum di temui jawapan.bagi kami penduduk setempat menganggap ia sebagai kuasa Tuhan.maklumlah masjidkan rumah Allah.Mungkin juga sebagai petunjuk kepada semua akan kebesaran Tuhan dan juga sebagai peringatan agar sentiasa mengunjungi masjid,”katanya penuh insaf.


fiszah posted @ 16:14 - Link - comments


Bawa getah seluar dalamnya


Shahriman mati akal.Sesekali dia tertanya-tanya dayuskah aku?Persoalan ini beku di dalam kepala suami muda yang baru di anugerahi dua orang cahaya mata.Anak sulong lelaki dan seorang lagi perempuan.Anak-anak merekalah penyejuk kemarahan Shahriman.Inilah senjata yang di gunakan ayu,Isteri Shahriman.Dia mengambil kesempatan dari kelemahan suaminya untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki lain bukan seorang tetapi ramai lagi seperti bohsia.


Ikutkan kata hati memang dah lama di ceraikan isterinya tetapi bila di fikirkan anak-anak dan sayangkan isteri,Shariman pekakkan telinga saja apa yang orang nak cakap.


“Ada caranya,bawa getah seluar dalam dia kemari,Saya ikhtiarkan,”Tok Kencana memecah kebuntuan Shahriman.Dia ditemukan dengan pakar minyak pengasih ini oleh seorang rakan baiknya.


Tidak buang masa Shariman menggeledah dan terus jumpa dengan Tok Kencana. “kalau Allah izinkan,biar saya ikat ketujuh-tujuh lapis nafsunya dengan getah seluar dalam ini,sabarlah,”Pesan tok Kencana.


Upacara pun bermula,Tok Kencana terpaksa beramal selama tujuh malam berturut-turut selepas itu satu simpul pada getah di buat.Untuk jadikan tujuh simpul ,dia terpaksa beramal selama 49 malam tanpa henti.


“kalau ketujuh-tujuh nafsunya di kunci,dia hanya teringatkan suaminya sahaja,”Jelas Tok Kencana.


“Selepas 49 malam saya akan pulangkan getah tersebut dan ia mesti di tanam atau di hanyutkan ke sungai,laut dan tasik tetapi kesannya sangat menakjubkan.Memadailah dengan di tanam,”Ujar Tok Kencana.


Shariman nekad membalingkan getah seluar dalam Ayu ke sungai.Ia reput di makan ikan.Tak tau ke mana,getah itu tak di temui lagi.


Dangan kuasa Allah ,genap tiga hari,Isterinya memasak untuk mereka sekeluarga.Selepas tujuh hari.Tak ada dengar deringan telefon lagi.Perubahan tersebut sangat menggembirakan Shahriman yang menderita bertahun-tahun lamanya kerana perbuatan curang Ayu.Kini dia tidak lagi mengulangi perbuatan sumbangnya tetapi menjadi isteri yang baik.



Mastika November


fiszah posted @ 16:12 - Link - comments
Monday, 12 January 2009

Hantu raya menyerupai tuan rumah


Hari ini merupakan hari ulang tahun adik aku yang ke-17, jadi kami sekeluarga buatlah majlis ringkas untuknya. Mak aku masak pulut kuning dan rendang ayam. Memang sedap aku tengok tapi adik aku tak heran pun sebab dia khusyuk melihat kek harijadinya yang dipenuhi krim coklat kegemarannya. Lagipun dia memang tak suka makan ayam..


Selesai doa selamat kami sama-sama menjamu selera. Disebabkan perut aku dah lapara sangat maka aku terus meluru makan. Tengah aku berselera makan, tiba-tiba aku tengok adik aku yang menyambut harijadinya makan semeja dengan aku. Dengan lahapnya aku tengok dia makan ayam rendang masakan mak. Terus aku mengusik “ banyaknya kau makan ayam, sampai berketul-ketul kau ambil, tak habis nanti baru tau”. Tapi dia makan je tanpa hiraukan aku. Agaknya lapar sangat.......


Selesai makan aku pergi basuh tangan di dapur dan aku nampak adik aku tengah duduk makan kek di dapur. Takde pun aku tengok dia tengah makan ayam. Aku tanya lagi pada adik aku “cepatnya kau makan ayam”.Adik aku jawab, “bila masa pula aku makan ayam, dari tadi aku mengadap kek dengan budak-budak ni. Sampai dah tak larat aku nak makan lagi, apa lagi kalau nak makan ayam, lagilah tak lalu.”


Terlepas pinggan yang aku makan tadi dari tangan aku. Nasib baik tak pecah. Aku pun mengintai ke arah meja depan yang aku duduk makan dengan 'adik' aku. Aku tengok takde sesiapa pun duduk di meja tu....


Siapakah yang makan tadi? Kenapa tetiba dia hilang? Benarkah apa orang kata, adanya hantu raya......


Rujukan : Pengalaman seorang kakak yang melihat 'hantu raya' menyerupai adiknya


*Moral of the Story : Nasib baik hantu raya tu tak menyamar jadi nenek kebayan ke, atau along minta hutang. Kalau tak habis huru hara rumah tu.


 

fiszah posted @ 06:27 - Link - comments

Jelmaan Dalam Tandas Asrama


Malam tu aku nak pergi ke tandas, adalah dalam pukul 3 pagi. Aku keluar dari bilik dengan keadaan tergesa-gesa. Sesampai ke tandas, aku pun melepaskan hajat aku.... Tengah aku mencuci tangan aku terdengar bunyi air di toilet sebelah dan sambil dia menyanyi-nyanyi. Lalu aku menegur sebab suara tu macam suara kawan sebilik aku yang sedang menyanyi.


“Anne, kamu ke?”. Dengan yakinnya dia menjawab “ha, aku lah ni”.. Lalu aku memberitahu yang aku masuk ke bilik dulu.


Aku pun berjalan ke bilik, lalu semasa aku membuka pintu dengan terkejutnya aku melihat kawan sebilik aku sedang lena tidur diulit mimpi....fikiran aku dah terbayang kisah-kisah seram yang pernah aku dengar.


Aku selubung dalam selimut dan terfikit siapa yang jawab pertanyaan aku?.........................................


Rujukan : Pengalaman Seorang pelajar di sebuah IPT.

fiszah posted @ 06:25 - Link - comments