Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
March 2010
February 2010
January 2010
December 2009
August 2009
July 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003004
Visits

Monday, 23 February 2009







 Jelmaan Pontianak



Cerita ni masa aku kecik-kecik dulu, aku dengan abang dan adik aku pergi kedai runcit. Masa tu umur aku kira-kira 12 tahun. Mak aku kirm macam-macam barang termasuklah beli lampu suluh. Katanya nak buat suluh ayam kat dalam reban.


Kitorang nak pergi kedai tu kena lalu kat sebelah kebun.Jalan gelap, takde lampu pun. Motor pun dua tiga kerat je. Tapi biasalah budak kampung, dah tak takut pun. Sampai kat kedai, aku carilah barang -barang yang mak aku kirim termasuklah lampu suluh. Bukan main seronok kitorang dapat lampu suluh.


Masa balik tu kitorang main-mainlah 'torchlight' baru. Suluh sana, suluh sini.Tiba-tiba......abang aku tersuluh satu benda putih dan benda tu plak terus ketawa mengilai macam ni, “hiiiiieee...hiiieee...hiiieeee......” Apalagi aku pun lari lintang pukang. Aku dah cakap dengan abang aku jangan main suluh-suluh. Dahlah aku bawa barang banyak, kena lari lagi plak tu, yang tak tahannya kena jerit. Nak buat pengumuman ada pontianak kacau kitorang. Lari punya lari akhirnya aku semua sampailah kat rumah, aku jerit panggil mak tapi tak menyahut pun. Keliling rumah dah cari ni tapi tak jumpa .Tiba-tiba aku dengar tapak kaki berbunyi, dengan 'confidentnya' aku intailah, tengok-tengok rupanya mak aku lah....


Jadi, sebenarnya yang 'mengilai' tadi bukanlah pontianak. Tapi mak aku yang buat-buat jadi “jelmaan pontianak”,,Haaaaaiiii..... buat suspen jer.


Rujukan : Pengalaman misteri Kuntilanak


fiszah posted @ 10:24 - Link - comments
Friday, 20 February 2009

Misteri Kekasih Azlan


Waktu malam merupakan acara bebas bagi pelajar-pelajar universiti.Cuma dalam seminggu sekali dua sahaja diadakan kuliah pada sebelah malam.Itu pun merupakan kuliah ganti yang tidak dapat diadakan pada sebelah siang kerana sesuatu aral yang mana pensyarah tidak dapat memenuhi jadual asal.maka kulih ganti perlu diadakan bagi memenuhi jadual pengajian untuk setiap sesi pengajian.


Azlan pelajar tahun dua di sebuah universiti tempatan.gemar berkunjung ke bangunan fakulti pada sebelah malam.Tujuannya adalah untuk menelefon teman wanitanya.malah saban malam dia menggunakan telefon awam berdekatan dengan pejabat dekan.Bagi azlan disitu tiada sebarang gangguan dan bolehlah dia berbual lebih lama dengan kekasihnya.


Dan malam ini seperti biasa Azlan pergi ke tempat itu.jam baru menunjukkan pukul 10.00 malam.malam masih muda,kata mereka yang gemar berjaga sehingga ke pagi.Hanya dengan sekali dail sahaja,talian di sebelah sana disambungkan.gagang diangkat dan apabila mendengar suara manja teman wanitanya,maka terlerailah rasa rindu yang membuak di jiwa muda.Tiada yang lebih indah pada ketika zaman remaja membara dengan perasaan cinta.Cinta itu lambang keindahan walaupun dikatakan buta.


Lebih sejam berbual di telefon,Azlan mula merasa mengantuk.lagi pula assignment perlu disiapkan seberapa segera kerana tarikh akhir ditetapkan pensyarah pada minggu depan.


“Oklah,Seha.malam esok abang call lagi,”Kata Azlan.Duit syiling semakin berkurangan dan hampir habis.


“Lah...kan baru pukul 11.30 malam.Awal lagi ni,”Ujar Seha merengek manja.


“Ini last syiling ni.Ngam-ngam seringgit je lagi,”lembut tutur kata Azlan.Sebenarnya memujuk.Risau kalau-kalau Seha merajuk.


“Em...oklah.Jangan lupa call malam besok tau,”Seha tetap manja apabila berkata-kata.Namun dia terpaksa jua menghentikan perbualan dan sabar menunggu panggilan malam esok.


Perbualan mereka berakhir di situ.Azlan balik semula ke kolej yang tidak berapa jauh dari bangunan fakulti.Sekadar berjalan kaki untuk sampai.hanya kolej kediamannya sahaja yang berkedudukan hampir dengan fakulti.

fiszah posted @ 03:36 - Link - comments

Kerana Dendam anak di Santau 


Pagi itu,Mariam rasa badannya kurang sihat lantas membatalkan niat untuk ke pasar.Pun begitu Mariam tetap menyiapkan sarapan pagi untuk anak dara kesayangannya,Fiha. Gelagat Fiha yang kelam kabut bersiap ke sekolah mencuit hati Mariam.


Bukan dia tidak tahu semalam Fiha menonoton tv sehingga lewat malam,itulah sebabnya Fiha terbangun lewat pagi ini. Mulut Fiha tidak henti-henti mengomel.


“Ish mak ni bukan nak kejutkan Fiha,tengok sekarang dah pukul berapa.Nanti mesti kena denda kutip sampah dengan cikgu Sudin pasal lambat.”ujar Fiha sambil berlari ke pintu utama.


“Nanti dilu Fiha,mak dah siapkan nasi goreng telur ni.Makanlah sikit penat mak buat tau.”


Mendengar rayuan ibunya,Fiha bergegas ke meja makan.Dia makan tergopoh-gapah sehingga air milo tumpah terkena baju sekolah.


“Ayah cepatlah...Fiha dah lambat ni,”jerit Fiha sambil memakai kasut.


Kurus kering


Sementara Azman mengambil kunci kereta,Fiha berjalan menuju ke pintu pagar.Sebaik melangkah keluar dari pintu pagar,badan Fiha menjadi panas.Dia berasa begitu lemah,pandangan Fiha menjadi gelap.


Saat itu juga Fiha rasa perutnya memulas-mulas,tekaknya seperti ingin memuntahkan sesuatu.Fiha tidak dapat bertahan lagi,dia menjerit memanggil ayahnya.Azman dan Mariam yang mendengar jeritan bergegas mendapatkan Fiha.Mereka dapat melihat dengan jelas,darah membuak keluar daripada mulut Fiha.Fiha semakin lemah ,dia terbaring lesu.


Mariam sudah tidak dapat menahan perasaan,air matanya berjurai di pipi.Dia tidak sanggup melihat anaknya menderita.Mereka kemudiannya menuju ke hospital.Selepas melakukan pemeriksaan,doktor mengesahkan Fiha tidak menghidap sebarang penyakit.kata doktor mungkin Fiha keracunan makanan.


Sudah dua minggu Fiha tak bercakap,dia hanya mengurung diri di dalam bilik.Setiap hari dia menangis,badannya kurus kering.Setiap hari,Fiha muntah darah.Perkara ini membuatkan Azman dan mariam bimbang.


Fiha kemudiannya dibawa bertemu doktor pakar.Sama seperti jawapan pihak hospital.doktor pakar juga mengesahkan Fiha sihat.Dia tidak mempunyai penyakit yang merbahaya.


Lebih memilukan hati Azman dan Mariam,doktor mengatakan Fiha mengalami tekanan perasaan dan mengesyaki Fiha mencderakan dirinya sendiri.Selepas puas berusaha menggunakan kaedah moden akhirny Azman mencuba perubatan tradisional atas nasihat teman baiknya.


Cara perubatan Islam


Ustaz Amin terkejut melihat keadaan Fiha.Dia kesal kerana Azman dan Mariam lambat membawa anak mereka berubat cara kampung.


“Kenapalah kamu biarkan budak ini menderita lama. Dia bukan sakit apa-apa sebaliknya dia kena buatan orang.Sebenarnya orang ni nak buat pada Mariam tapi Fiha yang terkena.Orang ni selalu perhatikan pergerakan Mariam,dia tahu kamu orang pertama yang keluar rumah setiap pagi jadi dia letak `benda' di depan pintu pagar.Tapi pada hari tersebut bukan kamu yang keluar dulu tapi Fiha. Jadi Fiha lah yang menjadi mangsa buatan orang,”jelas Ustaz Amin panjang lebar.


“Saya tak sangka ada yang sanggup berbuat begini kepada keluarga saya.kami tidak pernah bermusuh dengan orang,”ujar Azman


“Ada yang simpan perasaan pada isteri kamu tapi dia tak dapat memiliki Mariam kerana kamu berdua berkahwin dan berpindah jauh dari kampung. Tapi orang itu masih belum puas hati, dia jejak kamu sehingga ke sini. Baginya jika dia tak dapat mariam biar kamu pun berputih mata.”


“jadi bagaimana dengan Fiha,ustaz?Bolehkah dia diubati?”tanya Mariam.


“Saya tidak mampu,ilmu hitam yang diguna sangat hebat.Tapi jangan bimbang,saya akan dapatkan bantuan kawan saya dari Tanah Seberang iaitu Pak malim.Dia mengamalkan perubatan Islam untuk pulihkan orang yang terkena santau.


“Buat masa ini,kamu pulang dulu.jangan tinggalkan anak sendirian,sentiasa temani dia walaupun ketika dia tidur.Jangan lupa banyakkan baca ayat Al-Quran dan solat jemaah di rumah,”pesan Ustaz Amin


Kaca,miang buluh dan tanah kubur


Akhirnya hari yang dinanti tiba jua,pak Malim minta Fiha dibawa ke rumah Ustaz Amin.Di sana Pak malim sudah membuat persiapan rapi. Fiha dimandikan dengan air limau dan air bunga.


Mulut Pak Malim tak henti-henti membaca ayat Al-Quran sepanjang tempoh rawatan.Ketika air terakhir disiram ke tubuh Fiha,anak gadis itu menjerit sekuat hati menahan sakit.


Darah keluar dengan begitu banyak dari mulut Fiha.Diikuti segumpal kain kuning.Pak Malim lantas membuka kain kuning tersebut,di dalamnya terdapat miang buluh,kaca,paku dan tanah kubur.


“Inilah yang menyebabkan anak kamu muntah darah.Aku harap selepas ini kamu anak beranak pindah saja ke tempat lain.Nanti Aku akan tolong pagar rumah baru kamu.Orang yang dengki dengan kamu masih belum berpuas hati,dia sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan keluarga kamu,”ujar Pak Malim


Azman dan Mariam mengangguk tanda faham.Mereka menuruti nasihat Pak Malim untuk berpindah rumah.Bagi Mariam dan Azman,rumah baru boleh dicari tapi nyawa Fiha tiada galang gantinya.


Mingguan Wanita

fiszah posted @ 03:34 - Link - comments

Ulat keluar dari wajah kerana langgar pantang



MALAM ITU MUNAH MENJERIT LAGI DAN KALI INI LAUNGANNYA TIDAK SEPERTI SELALU.NYARING DAN SEDIKIT MENYERAMKAN.BOLEH DIKATAKAN HAMPIR SETIAP MALAM JERITAN MUNAH MEMECAH KESEPIAN MALAM KAMPUNG TANJUNG ARA. HABIS SUDAH BOMOH DI KAMPUNG,BOMOH LAIN PULA MENJADI SASARAN'.SENANG CERITA PANTANG DENGAR ADA YANG HEBAT,PAK HUSIN DAN MAK TIJAH PASTI MENJADI ORANG PERTAMA.


“Kesian betul Aku tengok si Munah tu. Muka cantik,perangai baik tetapi terpekik terlolong tengah-tengah malam. Entah apa la nasibnya sampai boleh jadi macam itu sekali,”kata Jali di warung Pak Mat.


“Yang engkau susah hati tu kenapa,dah memang kena pada tempatnya.Sombong sangat.Bila dah kena pada batang hidung sendiri baru tahu langit itu tinggi atau rendah,”ujar Johari sambil tersenyum sinis sambil segera mengangkat punggungnya.


Tak faham kenapa Munah sering jadi pujian sedangkan dia bukanlah sebaik yang disangka. Ringan sahaja mulut ini untuk mendedahkan hal yang sebenar tetapi bila terikat dengan janji,semua yamg ingin dikatakan bagaikan terkunci.


Dia berjalan pulang dan dalam perjalanan hatinya terdetik untuk singgah ke rumah Munah. Perasaan berbelah bahagi sama ada untuk singgah bertanya khabar atau pergi begitu sahaja. Kalau ikutkan ego dan benci,tak ingin kaki dijejakkan ke situ lagi tetapi di sebabkan perasaan kasih masih berbaki di hati,semua yang buruk di buang ke tepi.


Sampai di tangga rumah,laungan salam Johari di sambut oleh Pak Husin dengan wajah yang tidak bermaya.Setelah menjelaskan maksud kedatangan,Johari kemudiannya dijemput naik ke rumah.


“Pak Husin,saya minta maaf kalau-kalau apa yang di sampaikan ini menyinggung perasaan pak cik.Rasanya saya tahu punca Munah berubah laku,menjerit-jerit macam orang nampak hantu. Selama ini saya simpankan sahaja sebab tak mahu dikatakan menjaga di tepi kain orang tetapi bila keadaan Munah jadi tak tentu arah,rasanya adalah lebih baik saya ceritakan semuanya,”kata Johari dengan wajah yang serius.


Ulat jatuh dari wajah


Johari kemudiannya menjelaskan hal yang sebenar.katanya setahun sebelum kejadian,dia pernah bertemu Munah bagi menyatakan perasaan cinta yang terpendam di jiwa tetapi semuanya sia-sia belaka apabila Munah menolak bulat-bulat.Dia mula menyimpan dendam kerana rasa dimalukan dan dari situlah gerak-geri Munah diperhatikan.


“Suatu malam,di belakang semak depan rumah pak cik dan rasanya waktu itu sekitar jam 12 setengah malam. Memang saya pasang niat untuk bertemu Munah malam itu tetapi semuanya terhenti begitu sahaja bila kelibatnya muncul di hadapan mata. Munah berjalan tergesa-gesa sambil tangannya menutup bahagian kanan wajahnya.


Dalam kepekatan malam itu, saya mula mengekori Munah ke sebuah pondok usang yang letaknya di hujung kampung. Dari dinding rumah yang berlubang saya nampak Munah duduk bersimpuh di hadapan seorang perempuan tua yang usianya hampir separuh abad. Rasanya lima belas minit berlalu,saya nampak perempuan tua itu membacakan sesuatu lalu menyentuh sebahagian wajah Munah yang cuba disembunyikan tadi.


“Saya mungucap berkali-kali bila Munah mangalihkan tangan yang menutup sebahagian wajahnya. Kelihatan beberapa ekor ulat mula jatuh satu persatu dari wajah Munah yang buruk sebelah. Mungkin disebabkan itulah Munah berkunjung ke rumah perempuan tua itu. Sejam kemudian,Munah mula meminta diri untuk pulang. Tambah mengejutkan apabila ulat-ulat yang merayap di wajahnya hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan satu parut pun. Saya cuba kembali semula ke pondok tersebut tetapi hampa kerana perempuan tua itu dikhabarkan sudah meninggal dunia dua hari kemudiannya.”


Pak Husin ternganga seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Dia terus ke bilik Munah untuk mencari sebuah kebenaran.Tatkala soalan diajukan,air mata Munah menitik satu persatu. Dia tak mampu lagi menyembunyikan apa yang terjadi dan dengan suara yang tersekat-sekat,Munah menceritakan kebenaran yang tersimpan sekian lama.


Ternyata apa yang disampaikan itu benar belaka. Munah mengakui bahawa dia bertemu perempuan tua itu untuk menanam susuk berlian di wajahnya agar mampu kelihatan jelita sentiasa.Tapi apa yang diharapkan tidak berjalan seperti yang diharapkan bila dia melanggar pantang tanpa disedari. Wajahnya bertukar rupa dan dia segera mencari perrempuan itu. Selepas jampi serapah dibaca wajahnya kembali seperti sedia kala. Oleh kerana terlalu genbira dengan perubahan yang berlaku dia terlupa juga untuk patuh kepada pesanannya dan untuk kali yang kedua`sengsara' itu datang semula. Ketika pergi ke rumah perempuan itu dengan harapan untuk pulih semula tetapi apa yang di harapkan berkecai ditengah jalan.Perempuan tua telah meninggal dunia dan kini terpaksa menanggung derita. Walaupun ulat-ulat tidak kelihatan namun sakitnya sukar untuk di ungkapkan.


Mendengar pengakuan yang di sampaikan oleh Munah,Pak Husin terus menemui Ustaz Zamri yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah anaknya. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Esa,Munah pulih seperti sedia kala dan sejak hari itu tiada lagi kedengaran jeritan yang menganggu penduduk Kampung Tanjung Ara.


 


Mingguan Wanita February

fiszah posted @ 03:32 - Link - comments

Misteri Teman Sebilik


SETELAH BERJAYA MENGGENGGAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN, AZIZUL MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT IJAZAH. NASIBNYA BAIK APABILA MENDAPAT TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE SALAH SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN.KEGEMBIRAAANNYA DIKONGSI BERSAMA AYAH DAN IBU YANG SELAMA INI MENJADI PENDORONG ATAS KEJAYAAN AZIZUL.


Tiba masa untuk mendaftar di universiti,Azizul bersiap seadanya mengikut kemampuannya. Bapanya memutuskan untuk bertolak malam agar sampai pada keesokan harinya dan terus mendaftar. Biarpun perjalanan dari utara ke selatan tanah air terasa jauh dan memenatkan tetapi tidak ada keluhan keluar dari mulutnya. Azizul begitu teruja.


Sesudah pendaftaran, Azizul diarahkan membawa barang-barang peribadinya ke asrama yang disediakan. Ibu bapanya bertolak pulanh kerana bimbang akan tiba lewat ke rumah. Kawasan sekitarnya sunyi sepi kerana Azizul antara pelajar terawal mendaftar. Kebetulan, bilik berhadapan dengan kawasan belukar. Ketiadaan pelajar lama menjadikan suasana bertambah sunyi.


Jam menunjukkan pukul 6 petang. Azizul yang sememangnya seorang pembersih meneruskan kerja mengemas. Ketika asyik berkemas, Azizul terlupa dia masih belum menunaikan solat Asar.


Sewaktu pintu ditolak, tersirap darahnya apabila terpandang sebatang tubuh berdiri betul-betul di muka pintu. “Ya Allah!” Getus Azizul. Hilang semangatnya buat seketika.


“maaflah jika saya buat kamu terkejut,” Sela seorang pelajar lelaki yang masih berdiri di hadapannya. Azizul mengusap dada sambil beristighfar.


“Tak mengapa. Saya fikir tidak ada orang. Mungkin saya terlalu sibuk mengemas hingga tidak perasan ada yang masuk ke rumah ini,”ujar Azizul.


“Awak sampai lambat ke tadi?”soalnya ramah. Namun lelaki itu tidak bersuara,seolah-olah tidak mendengar pertanyaan Azizul.


“Siapa nama awak?”Azizul bertanya lagi dengan harapan pemuda itu akan berbual-bual dengannya. Setidak-tidaknya dia sudah punya kenalan di tempat baru ini.


“Ahmad,”balas lelaki itu pendek. Azizul tertanya-tanya. Mengapa begitu dingin sekali layanan Ahmad padanya?


“Maaf, saya jenis tidak banyak cakap,”katanya seolah-olah mampu membaca apa yang bermain difikirannya.


Azizul memeruskan niatnya untuk menunaikan solat Asar walaupun sudah agak terlambat. Selepas mendirikan solat,Azizul memikirkan Ahmad yang pendiam itu. Fikirnya,pasti suatu hari nanti dia akan dapat memahami peribadi dan perasaan Ahmad memandangkan mereka tinggal sebilik dalam jangka masa yang panjang.


 


Animated, Animations


Pulang lewat malam


 


Selama hampir seminggu,sikap Ahmad masih seperti itu. Tidak ada langsung tanda-tanda akan berubah. Malah Ahmad nyata semakin pendiam dan jarang pergi ke kelas bersama walaupun dalam jurusan yang serupa. Setiap kali bangun tidur, Ahmad sudah meninggalkan bilik.


Suatu malam,Ahmad pulang agak lewat daripada biasa. Ketika itu,jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Angin bertiup kencang menandakan hujan bakal turun membasahi bumi.


Suatu malam, Ahmad pulang agak lewat daripada biasa. Ketika itu, jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Angin bertiup kencang menandakan hujan bakal turun membasahi bumi.


Kedengaran jelas bunyi daun pintu dikuak orang. Fikir Azizul,tentulah teman sebiliknya itu pulang dan dia bingkas bangun untuk melihat rakannya.


Sebaik bangun Azizul dapat melihat wajah Ahmad yang pucat. Rambutnya kusut masai seperti sudah lama tidak bersikat. Gerak gerinya pula nampak terlalu lemah.


“Ahmad,awak sakit ke?Pergi mandi dahulu. Nanti demam selesema pula,”saran Azizul namun tidak endahkan Ahmad. Dia terus masuk dan berbaring di katil.


Belum sempat Azizul menginjak ke katil dia kemudian terdengar bunyi erangan. Lantas dia menoleh untuk melihat Ahmad. Ketika itu Ahmad mengangkat tangan kirinya, sedikit demi sedikit tangan pemuda itu memanjang. Semakin lama semakin panjang hingga membolehkan jemarinya menyentuh siling.


 


Pengsan


Azizul tiba-tiba rasa kaku. Hendak berlari tetapi kakinya seplah-olah ditahan. Sejenak dia dapat mendengar nafas kasar. Semakin lama semakin hampir membuatkan nafas Azizul sesak. Sedaya boleh dia cuba membaca ayat-ayat suci al-Quran yang diingatnya. Namun sia-sia dan akhirnya dia pengsan hingga ke pagi.


Sebaik tersedar tanpa berlengah,dia bangun lalu berlari ke bilik seorang rakannya untuk bertanya tentang peristiwa yang dialaminya semalam


“kamu mana ada rakan sebilik lagi. Kan urusetia cakap hanya ada seorang pelajar baru dibilik itu dan bakinya pelajar lama akan masuk mulai esok. Kamu ni bermimpi ke?,”sambung Zamri.


Jawapan Zamri itu ternyata memeranjatkan. Azizul sukar mempercayai tetapi itulah hakikatnya, Jika dia bermimpi,kenapa sehingga seminggu?


Siapa sebenarnya Ahmad? Azizul kebingungan dan apabila dia pulang ke rumah dan menjenguk ke bilik Ahmad,ternyata bilik itu kosong tanda tidak pernah didiami. Kerana bimbang, Azizul segera memohon ditukarkan ke bilik Zamri kerana bimbang diganggu sekali lagi. Baginya biarlah itu pengalaman petama dan terakhir kepadanya.


Mingguan Wanita February

fiszah posted @ 03:29 - Link - comments

 Perjalanan Pulang..........


Kisah ini telah berlaku pada sekitar tahun 2006, namaku Yani seorang pegawai penyelia di sebuah syarikat swasta. Diantara kalangan rakan-rakan, Aku merupaka orang yang telah berjaya mengejar cita-cita Au. Akan tetapi masa berlalu begitu pantas sekali sudah setahun lebih aku tidak pulang ke kampung halaman bertemu dengan rakan-rakan.



Entah mengapa pada 26/06/2006 Aku rasa teringin sangat untuk kembali ke kampung halaman di Kuala Lipis Pahang, Aku telah memohon cuti selama 1 minggu untuk pulang ke kampung. Aku bertolak pada pukul 6.00 petang selepas waktubekerja. Aku sampai kekampung agak lewat lebih kurang pukul 11 malam. Malam itu keadaan agak suram dengan cuaca yang tidak mengizinkan Aku untuk membawa kenderaan dengan agak laju.


Dalam keasyikkan memandu Aku ternampak seseorang yang Aku kenali,Siti di sebuah pondok menunggu bas.Aku mempelawanya masuk ke dalam kereta Aku. Dalam hatiku terdetik juga ingin bertanya kenapa Siti duduk keseorangan di situ tapi Aku tidak dapat meluahkan apa yang Aku ingin katakan. Sepanjang perjalanan untuk menghantar Siti, dia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya senyum memandang Au. Kata Siti, `Kita dah lama tak jumpa.Siti rindu sangat dengan Yani. Aku hanya tergelak kecil. Aku hantar Siti sampai di hadapan rumahnya dan berjanji untuk menemuinya pada keesokan harinya. Seperti yang telah dijanjikan Au ke rumah Siti.Ternyata jawapan ibubapa Siti mampu merobohkan seluruh urat saraf dan jantung Au.


Jadi, siapakah Siti yang aku temui malam semalam sedangkan Siti telah meninggal dunia dua bulan yang lepas di pondok bas kerana di rempuh sebuah lori minyak semasa menunggu kepulangan Aku. Aku tidak tahu perkara itu telah terjadi pada Siti.Memang Aku pernah berjanji tetapi Aku tidak dapat pulang kerana ada urusan kerja. Namun Aku terlupa untuk memeberitahunya. Aku tak sangka Siti akan menunggu Au malam itu. Aku sungguh terkilan dan terkejut sekali mendengar berita ini.


Semoga rohmu dicucuri rahmat, sahabatku dunia akhirat.


 


Oleh


Yani


Shah Alam,Selangor

fiszah posted @ 03:26 - Link - comments
Thursday, 12 February 2009

 Penemuan Mumia di Peru



 


Tim arkeologi Peru yang dipimpin oleh Alfredo Narvaez terakhir ini telah menemukan sekitar 40 mumia yang diperkirakan berusia 1200-1500 tahun.Mumia- mumia tersebut terkubur pada satu lokasi yang berdiameter 24 inchi didalam struktur El Tintero. El Tintero berisi enam bangunan yang melingkar, yang diduga menjadi rumah penduduk pada zaman itu. Mumia laki-laki dan perempuan dari segala umur itu berada ada di kedua sisi dalam dan luar bangunan. kemungkinanya kerana tidak ada waktu untuk menguburkan mereka semua.
Dugaan lain mumia- mumia itu merupakan korban dari suatu wabak penyakit atau akibat dari serangan yang berakhir dengan pembantaian massal.


Selain mumia terdapat pula benda-benda lainnya pada lokasi tersebut. Diantaranya kalung panjang disekitar leher, benang emas, alat tenun, dan peralatan pembuat perhiasan dari logam. Selain itu juga ditemukan dua gada besar dan 23 tombak.
Penemuan mumia selengkap itu belum pernah diketahui berada pada makam Moche, para ahli menduga kombinasi perhiasan dan senjata perang tersebut menggambarkan kedudukan mumia pada masanya. Menurut Hohn Verano, seorang anthropolog dari Universiti Tulane New Orleans, Louisiana - AS yang turut terlibat dalam penelitian mengungkapkan bahawa senjata gada adalah sebagai simbol kekuatan dan bukan sekedar alat untuk menyerang.


Dari makam Moche yang ditemui sebelum itu tidak ada satupun yang memiliki ciri-ciri tersebut. Mumia yang berada pada situasi pemakaman kuno El Brujo yang ditemui buat pertama kalinya oleh tim peneliti yang dipimpin oleh Regulo Franco pada akhir tahun lalu.


Makam tersebut berada di puncak sebuah piramid Huaca Cao Viejo yang telah rosak. Puing-puing piramid itu berada di dekat kota Trujilo dan telah diketahui keberadaannya sejak zaman kolonial.


Rujukan:  misteridigital


 

fiszah posted @ 07:39 - Link - comments

Lukisan Batu ICA - Peru


 




 


Di dataran utara Nasca, Peru, terdapat sebuah desa bernama ICA yang memiliki sebuah muzium batu. Di dalam muzium tersebut terdapat lebih dari 10.000 batu misteri yang terukir pelbagai gambar, sejumlah besar gambar yang sulit dipercaya, yang tercatat adalah sebuah peradaban manusia purbakala yang sangat maju yang telah musnah, gambar-gambar batu ini disebut prasasti batu ICA.


Menurut laporan media setempat, batuan-batuan yang terukir gambar yang disimpan di muzium tersebut mulai ditemukan dalam skala besar ketika bendungan di Sungai ICA jebol. Gambar yang terukir di atas batu tersebut diantaranya adalah galaksi angkasa, binatang purbakala, daratan prasejarah, bencana dahsyat zaman dulu dan beberapa goresan kategori lain.


Menurut ahli pengkaji batu, batu yang dikumpulkan ini mungkin sudah ribuan tahun sejarahnya. Ahli terkait telah mengadakan ujian kimia pada batu tersebut, dan hasilnya menunjukkan, bahawa batu-batu tersebut berasal dari sungai setempat dan merupakan batu Gunung Andes, permukaannya ditutupi dengan selapisan oksida. Menurut ahli saintis Jerman ia disifatkan bahawa bekas ukiran di atas batu tersebut sudah sangat lama sejarahnya, dan batu yang ditemukan disekitar gua tersebut adalah fosil organisme jutaan tahun silam.


Rujukan:  misteridigital


 


 


fiszah posted @ 07:17 - Link - comments