Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
March 2010
February 2010
January 2010
December 2009
August 2009
July 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003005
Visits

Tuesday, 29 December 2009

Buaya Vs Badak Air


 
Seorang jurugambar hidupan liar telah menangkap gambar semasa seekor buaya dibunuh selepas terperangkap di dalam sekumpulan badak air. Vaclav Silha, jurugambar dari Czech, telah mengatur peralatan kameranya di tebing sungai Grumeti di Serengeti National Park, Tanzania, untuk mengambil gambar 50 ekor badak air mandi yang sedang mandi di dalam sungai.

Tetapi keadaan yang aman pada mulanya menjadi kucar kacir apabila diganggu oleh seekor buaya. "Keadaan saling menghormati antara binatang-binatang ini biasanya pergaduhan seperti ini sangat jarang sekali berlaku," kata Vaclav, 45 tahun. "Satu daripada sebab-sebabnya berlakunya konflik adalah jika badak air itu mempunyai anak kecil dan bimbang ianya terancam. Itu apa sebenarnya berlaku di sini.

"Buaya yang leka itu berada terlalu hampir dengan badak air betina menyebabkan keseluruhan kumpulan itu berkumpul dan menjadi defensif. Ia amaran keras untuk penceroboh supaya keluar. "Saya tidak tahu mengapa, buaya itu tidak semena-mena merentasi di atas belakang badak air itu. Saya fikir mungkin buaya itu menjadi panik dan mencari jalan keluar. Saya tidak dapat mempercayai mata saya.

"Ia adalah keputusan yang teruk diambil oleh reptilia itu bagi memastikannya lepas. Sekumpulan badak air itu mula mengamuk, saya melihat buaya itu digigit berulang kali oleh mulut mereka yang sangat.." Buaya mempunyai kulit perisai bersadur, menjadikan kulit tegap dan mempunyai "scutes" - sisik-sisik halus di luar badan.

Tetapi binatang itu tidak bernasib baik untuk melawanan badak air yang sudah naik radang itu. Seolah-olah seekor makhluk paling agresif, tetapi seekor badak air dewasa boleh menggigit sekuat beberapa tan tekanan dalam satu gigitan. "Buaya yang tahan lasak itu tidak boleh telah menahan jika berulang kali digigit seperti itu," kata Vaclav. "Tidak ada cara untuknya lepas. Beberapa saat kemudian tubuh kejangnya tergelincir di bawah air dan tidak kelihatan lagi."


KEsiankan dengan Buaya tu....baru dia thu sp lagi kuat..hahahahahahaahaha.Tongue out

fiszah posted @ 08:28 - Link - comments

Bapak Tikus....Wow Besar punya...kikikikikiFoot in mouth


Tikus Terbesar


Tikus tersebut, di mana beratnya 6 pound dan ekor sepanjang 12 inci telah ditangkap pada satu hujung minggu di kawasan perumahan Fuzhou, di mana bandar yang mempunyai lebih 6 juta penduduk.


Mr Xian, orang yang bertanggungjawab dalam menangkap tikus  terbabit berkata semasa beliau sedang menyapu di jalan raya di depan rumahnya, beliau ternampak segerombolan orang berkumpul seperti melihat sesuatu yang pelik. Beliau yang kemudiannya terus bergegas ke situ dan melihat seekor tikus gergasi sedang cuba untuk meloloskan diri dari pandangan orang ramai.


Beliau juga memberitahu kepada wartawan, mungkin binatang ini adalah satu jenis haiwan yang jarang ditemui dan mampu menjadi penemuan spesis baru, beliau mula mendapat semangat untuk menangkapnya. “Ya! Saya berjaya. Saya berjaya menangkap tikus sebesar seekor kucing ini!” katanya sejurus sahaja berjaya menagkap tikus itu di genggaman tangannya.


Pihak universiti tempatan telah mengkaji haiwan tersebut dan mendapati haiwan ini tergolong di dalm jenis ‘bamboo rat’ berdasarkan gambar yang diperolehi mereka. Namun begitu kata mereka lagi, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan bahawa benar tikus ini tergolong dalam golongan tersebut.


Tikus golongan ini amat jarang ditemui di mana-mana dan ianya mungkin berasal dari negeri selatan China, Burma ataupun Vietnam. Namun begitu, ‘bamboo rat’ yang pernah dijumpai di Sumatera masih lagi memegang rekod tikus terbesar di mana ukuran panjangnya mampu manjangkau sehingga 30 inci panjang dan juga seekor tikus yang ditemui di negara Afrika yang mana panjangnya dipercayai dilaporkan sepanjang 36 inci.


Ni buat sup sedap ni....hahahaha..gurau jew..


fiszah posted @ 08:01 - Link - comments

Ular Berkaki Dua.....Sealed


ajolote - Unexplained-mysteries


Badannya mirip ular tapi ada dua kaki di depannya. Sesiapa yang pertama kali melihatnya, pasti akan takut dan geli melihatnya. Binatang reptilia ini adalah satu-satunya yang terdapat di dunia ini. Haiwan yang menyerupai ular ini diberi namanya Ajolote dan berasal dari Mexico.  Hidupnya di dalam tanah. Biasanya kaki depannya itu digunakan untuk menggali tanah.


Pelik BUkan?...tapi inilah kuasa tuhan dan segala mahluk yang terdapat di atas bumi ini adalah ciptaannya..

fiszah posted @ 07:50 - Link - comments

Hantu Helmet...Foot in mouth



Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi,
jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan
gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat
jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,
mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop
mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut
panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat
awek tu ” saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?”
awek tu jawab ” saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah
saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?”
“errrr…bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare”, mamat ni
takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror
dia..alamak !!! mana pegi awek ni…” aaaaaaaaahhhhhhhh…tak kepala!!!
hantu tak de kepala!!!!
aaaaahhhhhhhhhhh!!!!” mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada
hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai
kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah
mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia “naper abang pecut,
sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah
saya”, rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna
hitam, memanglah tak nampak kepala….


ahahahahahahahaha......Laughing

fiszah posted @ 07:36 - Link - comments
Thursday, 24 December 2009

Makhluk Hodoh Penunggu Rumah


Laila bukanlah peminat cerita seram dan jarang menonton setiap kali cerita tersebut ditayangkan di kaca televisyen.Begitu pun,anak lelakinya,Adam yang berusia 8 tahun cukup meminatinya sehinggakan setiap kali ada cerita seram,pasti dia adalah orang terawal berada di hadapan televisyen.


Sebenarnya,Laila bukanlah takut dengan cerita seram,cuma peristiwa yang berlaku pada dirinya setahun lalu membuatkan dia fobia dan tidak lagi berani menontonnya. Awal tahun lepas,Laila dihantar menjalani latihan praktikal sebagai guru di salah sebuah negeri pantai timur.Walaupun terpaksa berpisah seketika dari suami dan anak,namun demi tugas Laila rela.Mujurlah juga rumah ibu mentuanya berdekatan dengan sekolah tempat dia mengajar.



Suatu hari,dia bersama seorang rakan diberi tugas mengendalikan program sukan di sekolah.Dek kerana keletihan dan terpaksa pulang lewat,Laila dan rakannya mengambil keputusan untuk menumpang tidur di kuaters guru yang diduduki Yati,seorang lagi rakannya yang kebetulan memang tinggal di sana bersama dua lagi rakan lain.


Setibanya di kuaters,jam baru menunjukkan pukul 10 malam tetapi suasana begitu sunyi kerana ramai penghuni rumah itu sudah tidur.Oleh karana kepenatan,Laila mengambil keputusan untuk terus mandi dan kemudian lena. Setelah mencapai tuala dia terus ke bilik air.Tapi entah kenapa hatinya berasa tidak sedap,bulu romanya meremang dan berasa seram sejuk.Tak mahu berfikir negatif,Laila terus mandi.


Tak sampai lima minit berada di bilik air,kedengaran bunyi seolah-olah orang membuka pintu tandas yang berada di sebelah bilik air.Dia lantas menegur untuk bertanyakan siapa yang berada di dalam tetapi tiada sebarang sahutan. Memikirkan ia mungkin yati atau rakan serumahnya tidak mahu bercakap ketika berada di dalam tandas,Laila terus membersihkan diri.Setelah selesai mandi,ia menjenguk ke tandas di sebelah tapi yang hairannya tiada orang di dalamnya.


Dia mula berasa musykil kerana baru sebentar tadi dia terdengar bunyi orang memasukinya.Setelah siap berpakaian Laila keluar manuju ke ruang tamu di mana Yati dan Ima,seorang lagi rakan serumahnya duduk sambil berborak.Dia mengajukan pertanyaan kalau-kalau mereka ada pergi ke tandas sebentar tadi.Tetapi kedua-duanya menggelengkan kepala.


Jawapan itu terus membuatkan Laila tergamam dan mula terasa tak sedap hati.Lantas hal yang berlaku sebelum itu diceritakan hal.Kedua-duanya membisu sambil berpandangan antara satu sama lain.Kelihatan wajah Yati sudah berbeza dari sebelum itu.


Bagi mengelakkan sebarang prasangka Laila memberitahu dia mungkin tersilap dengar.Setelah lama bersembang,dia meminta izin untuk masuk tidur memandangkan badan sudah penat dan mata mula layu.Ima dan Yati pula masih lagi mahu bersembang sambil menonton. Ketika Laila mula meletak kepala di bantal,kedengaran pintu diketuk dari luar.Pada awalnya dia menyangka Ima yang tidur sebilik dengannya mengetuk.Pantas Laila bersuara menyuruh Ima masuk kerana pintu tidak berkunci.Sebaik habis bersuara,tiba-tiba pintu bilik terbuka namun tiada orang di luar.


Laila sekali lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku itu,sesaat kemudian,pintu tersebut kembali tertutup dan terbuka seolah-olah ada orang bermain-main dengannya.Melihatkan keadaan tersebut Laila menjerit memanggil Ima dan Yati.Tetapi suaranya tidak terkeluar.Akhirnya tanpa suara dia membaca ayat-ayat suci al-Quran yang diingati,sejurus selepas itu pintu kembali tertutup rapat.Sewaktu cuba menenangkan diri,tiba-tiba Yati terdengar suara orang mengerang di belakangnya.Dia pantas menoleh dan melihat lembaga yang cukup hodoh berambut panjang duduk berteleku sedang memandang ke arah Yati.Belum sempat berbuat apa-apa dia sudah terjelepok pengsan.


Sedar-sedar dia sudah barada di atas katil di kelilingi oleh dua bersama seorang ustazah yang dipanggil oleh Yati bagi memulihkannya.Rupa-rupanya,Laila bukanlah orang pertama yang diganggu oleh lembaga tersebut.Sudah ramai yang terkena.Tetapi hairannya,sepanjang Yati tinggal di kuaters itu belum sekali pun dia diganggu.Sebaliknya,kejadian tersebut beglaku hanya kepada tetamu yang tidur di bilik berkenaan.Dek kerana kejadian tersebut juga,Yati mengambil keputusan untuk berpindah biarpun dia tidak pernah diganggu.


 

fiszah posted @ 07:17 - Link - comments

Berlumba Dengan Kereta Tanpa Pemandu


ghostwolf.jpg Ghost image by akcirca


Jarum jam hampir menunjukkan 11.30 malam.Faizal memerhatikan lebuh raya yang hampir lengang.Sekali sekala keratanya ditemani pemandu lain dari belakang mahupun di kiri kanannya,namun hanya sebentar sahaja.Semuanya memecut laju memandangkan jalan lengang.Mungkin masing-masing mahu cepat sampai apatah lagi sudah hampir lewat malam


Faizal pula ,tida mood mahu memandu laju.Badannya keletihan,mata pula hampir terpejam.Malas mahu berhenti berehat.Seboleh-bolehnya dia juga mahu cepat sampai ke kampung cuma tidak terdaya.Dia hanya kuatkan semangat dan mata dibuka luas-luas agar sampai juga di destinasinya.Dalam perkiraannya,dengan pemanduan sekitar 60 km/j lebih kurang sejam nanti tibalah dia di kampung halamannya.


Tiba di susur keluar ke kampungnya.sebuah kereta kecil memecut laju dan mahu memotongnya.Matanya yang memberat ketika itu serta merta terbuka luas.Bimbang juga dia terbabas dek silau lampu tinggi yang dinyalakan kereta belakang.”ceh,tak menyempat-nyempat.Tak jumpa tandas ke?,”gerutu Faizal kurang sabar dengan sikap sesetengah pemandu yang sering menyalakan lampu tinggi sebegitu.


Setelah membayar sejumlah wang di plaza tol,Faizal meneruskan perjalanannya.Kali ini dia memandu lebih berhati-hati kerana biasanya kawwasan Felda jalannya kecil dan tiada lampu jalan.Memikirkan agak jauh untuk sampai ke kampungnya,Faizal cuba meningkatkan sedikit kelajuannya.Bimbang juga dia sendirian memandu di jalan yang gelap.


Tiba-tiba terdetik sesuatu yang kurang enak di fikirannya.Jantung berdegup kencang memikirkan kemungkinan-kemungkinan menghadapi gangguan.Apatah lagi,di selekoh tajam 100 meter di hadapannya nanti.Banyak kemalangan berlaku di sekitar kawasan tersebut.


Bermacam-macam cerita yang didengarinya dan boleh dikatakan semuanya berkaitan denga lembaga putih yang sering muncul secara tiba-tiba di kawasan itu.Mengigati cerita-cerita tersebut,meremang bulu tengkuknya.Seram sejuk ddirasakan,lain macan sahaja.Cepat-cepat Faizal beristighfar dan membaca ayat-ayat pendinding serta berdoa agarn dijauhkan segala ganguan syaitan.


Sedang asyik berdoa sambil menyedapkan hati sendiri' Tiba-tiba kereta yang cuba memintasnya sambil memberikan lampu tinggi di susur keluar lebuh raya tadi sekali lagi memintasnya.Hon kereta dibunyikan,lampu tinggi masih lagi dinyalakan dan enjin kereta sengaja dibunyikan sekuat-kuatnya.


Perasaan takut yang dirasakannya sebentar tadi hilang diganti pula dengan perasaan marah yang membuak-buak.”Apa,kau ingat Au tak boleh bawa laju ke? Nak lumba kat trek la,bukan kat sini.Gila,dah nak sampai selekoh pun ada hati nak bawa laju.Kau tak tau apa ada kat depan tu.Ni kampung Au,tahulah akum,”bebel Faizal kuat-kuat seolah-olah pemandu tadi boleh mendengar kata-katanya.


Hampir Terbabas


Sambil cuba menekan minyak dan mendahului kereta tadi.Tak boleh dibiarkan orang sebegitu.Mujurlah dia sudah memahami selok-belok jalan di situ.Jadi,tiada masalah baginya memintas kereta di hadapannya tadi. Sambil tersenyum bangga dengan kemampuannya memintas kereta tadi,Faizal memandang ke tepi dengan harapan untu melihat wajah pemandu berlagak tadi.Mahu juga ditunjukkan wajahnya agar pemandu tadi tidak bangga seolah-olah jaguh di jalan raya.


Sebaik menurunkan cermin kiri keretanya,tersentak Faizal tatkala melihat tiada pemandu yang memandu kereta tadi.Hampir dia menekan brek mangejut apabila menyedarinya.Mahu saja dia berhenti di tepi,tetapi akal warasnya berkata teruskan sahaj perjalanan. Bimbang nanti jika berhenti entah apa pula lagi yang akan dialaminya.Takut memikirkan kemungkinan lain yang bakal mengoyahkan semangatnya yang tak berapa ada.Kejar-mengejar masih berlaku tapi Faizal sedaya upaya menandingi kereta tadi.Doanya agar dia tidak terbabas dan menemui maut tanpa sempat berjumpa ibu bapanya.


Dia mahu cepat sampai sebelum sisa-sisa akhir kekuatannya habis digunakan.Ketika itu sekali lagi bermacam doa dan ayat-ayat pendinding diri tidak putus-putus dibaca Faizal.Hingga tiba hampir di selekoh kedua berdekatan dengan pintu masuk kampungnya,tiba-tiba kereta tanpa pemandu yang berlumba-lumba dengannya tadi hilang dari pandangan.


“Tak ada masa Au anak tengok.Biarlah hilang ke mana pun asalkan Au sampai rumah.Alhamdulilah syukur,tak jadi apa-apa pada aku,”ucap Faizal sebaik tiba selamat di depan rumahnya.Mungkin kerana sisa terakhir kekuatan semangatnya digunakan sehabisnya malam itu,Faizal sengal-sengal badan dan hampir demam keesokannya.Sumpah dia tak akan balik lewat-lewat lagi ke kampungnya biar apa pun terjadi.

fiszah posted @ 06:53 - Link - comments

Hentian Lebuh Raya Berhantu



Tugas sebagai seorang pemandu lori menyebabkan Hussin terpaksa merantau merata tempat tak kira siang mahupun malam.Biarpun sedar,ia harus meninggalkan anak dan isteri di rumah,namun Hussin terpaksa demi mencari sesuap nasi.Apatah lagi,dia tidak memiliki kelulusan yang tinggi bagi membolehkan dia mencari pekerjaan lain yang lebih baik


Suatu hari,Hussin diarahkan untuk menghantar barang ke pantai timur bersama seorang rakan,Rahman.Perjalanan yang memakan masa lebih empat jam menyebabkan Hussin dan Rahman terpaksa berhenti rehat seketika di hentian lebuh raya.Ketika itu,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan Hussin masih belum dapat melelapkan diri sedangkan Rahman sudah pun mula berdengkur


Suasana ketika itu sunyi sepi,kenderaan lalu lalang juga kurang.Angin yang bertiup sederhana kencang menyebabkan suasana agak sejuk.Kiri dan kanan hentian tersebut kosong tiada kenderaaan lain.Yang ada hanyalah lori Hussin.


Melihatkan keadaan tersebut,terlintas di fikiran Hussin akan cerita yang dibawa oleh beberapa rakan lain mengenai hentian tersebut yang dikatakan 'berhantu' dan pemandu yang berhenti di situ pasti akan 'diusik'.Badan Hussin mula seram sejuk.Lantas dia cuba melelapkan mata,,namun masih tidak berjaya.


Mahu tak mahu,Hussin terpaksa berjaga sambil matanya liar memerhati kawasan sekeliling.Sesekali tanganya menekan punat radio untuk mencari siaran.Tetapi tidak berjaya,yang kendegaran hanyalah bunyi seolah-olah tiada liputan sedangkan sebelum itu boleh mendengar.


Mahu tak mahu Hussin terpaksa menutup radio lalu matanya berkelip-kelip memandang cermin lorinya.Tiba-tiba terlintas satu bayang di hadapannya seolah-olah sehelai selendang putih lalu terbang ke udara dan hilang dalam sekelip mata.Hussianyang terkejut lantas menggosok-gosok matanya bagi memastikan dia tidak tersalah lihat,tetapi sayangnya bayang itu terus lesap.


 


Bunyi tapak kaki


Disebabkan tak puas hati Hussin memberanikan diri keluar dari lori untuk melihat kawasan sekeliling.Biarpun perasaan takut menerjah di hatinya,namun dia memberanikan diri.Niat di hati mahu mengejutkan Rahman yang sedang tidur,tetapi tak sampai hati memandangkan sekejap lagi Rahman akan mengambil alih tugas memandu,jadi Hussin membiarkan Rahman tidur.


Turun dari lori,Hussin menjenguk ke atas dan ke bawah lori dengan hati yang cuak.Namun tiada apa-apa.Lantas dia terus naik semula ke atas lori.Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan di belakang lori.Hati Hussin mula berdebar-debar.Seminit dua menanti namun tiada bayang orang menghampiri.Lalu, Hussin sekali lagi mengambil keputusan untuk menjenguk bagi memastikan apakah benda tersebut.Namun dia hampa kerana tidak ada sebarang tanda


Melihatkan situasi itu,Hussin mula berdebar-debar,bulu romanya berdira tegak.Dalam fikirannya mula terbayang akan sesuatu yang buruk bakal berlaku.Cerita rakan-rakan yang pernah diusik ketika berhenti rehat di hentian tersebut mula tergiang-ngiang di telinganya.Lantas,tanpa menunggu lama,hussin terus melompat ke atas lori dan menutup pintu dengan kuat sambil tangannya menaikkan tingkap.Terkejut dengan situasi tersebut Rahman tersedar dari tidurnya lantas bertanyakan kepada Hussin.


 


Lori bergegar


“Eh kau ni kenapa Hassan,kelam kabut je,macam orang kena kejar hantu pula.Terkejut Au dibuatnya.Kot ye pun,tutuplah perlahan sikit pintu tu,”marah Rahman pada Hussin kerana tidurnya terganggu tadi.”Maaflah Rahman,aku bukan sengaja nak tutup pintu kuat tadi.Tapi Au terkejut.Tadi Au ternampak macam ada selendang putih terbang.Bila ak periksa balik takde pula.Lepas tu aku dengar bunyi tapak kaki, bila Au jenguk ke belakang takde apa-apa.Itu yang buat aku takut,”jelas Hussin pada Rahman sambil matanya sesekali memandang ke luar.


Mendengar cerita Hussin,Rahman terus diam.Sememangya sejak awal lagi,dia sudah tahu hal itu akan berlaku.Malah.itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dia juga pernah mengalami hal yang sama.Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan dari belakang lori dan bunyi tapak kaki orang berjalan.Hussin dan Rahman berpandangan antara satu sama lain.


Peluh mula keluar walaupun penghawa dingin di pasang.Mereka membiarkan saja bunyi ketukan itu,lama-kelamaan bunyi tersebut makin kuat dan diikuti dengan gegaran pada lori.


Melihatkan situasi tersebut Hussin tanpa bertangguh lagi terus menghidupkan enjin lori.Entah kenapa puas dicuba namin tidak berjaya,sedangkan bunyi tapak kaki orang menghampiri mereka semakin jelas.Ayat Al-Quran yang diingati di baca oleh kedua-duanya.Akhirnya lori berjaya dihidupkan lantas mereka segera berlalu.Rahman yang ingin lihat apakah sebenarnya'benda' tersebut mula berpaling ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila terpandang satu lembaga putih berambut panjang sedang melayang-layang di udara.Sejak dari hari tersebut,setiap kali ke pantai timur,mereka tidak lagi berani untuk berehat di hentian tersebut.

fiszah posted @ 06:41 - Link - comments