Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
March 2010
February 2010
January 2010
December 2009
August 2009
July 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


002664
Visits

Monday, 29 December 2008

Histeria Berjangkit


Kisah ini berlaku kira-kira beberapa tahun yang lalu ketika aku masih menuntut di salah sebuah IPTA, di Melaka. Masa tu kami semua masih lagi dalam minggu orientasi. Biasalah, macam-macam aktiviti kalau dalam minggu tu sampai penat kami dibuatnya. Setelah minggu terakhir, bermulalah latihan untuk persembahan malam penutup minggu suai kenal.Fasilitor-fasilitor pula masing-masing ingin memastikan setiap kumpulan membuat persembahan yang terbaik sebab tu lah kami kena berlatih sehingga larut malam. Setiap kumpulan diletakkan merata bangunan, kononnya nak mengelakkan idea-idea persembahan ditiru. Ada yang sampai kat belakang bangunan pun ada. Dah lah kat belakang tu ada hutan tebal.


Selesai latihan kira-kira pukul 12.30 malam,kami semua balik ke bilik masing-masing. Dah penat sangat sampai ada yang tidur tak tukar baju pun...Eeeii..punyalah letih sampai sanggup tidur tak mandi. Kalau ye pun basuhlah kaki dan muka. Dah tegur tapi dia pun buat tak endah je, jadi malaslah nak cakap banyak kali.


Malam tu, sebelum aku melelapkan mata, aku sempat memikirkan lirik yang sesuai dengan lagu kumpulan kami. Nak tau apa lagu yang kami pilih? Kami pilih lagu berjudul “Ulik Mayang”. Tak taulah idea sape tapi aku memang suka lagu ni. Tengah aku berfikir-fikir sambil dan hampir terlelap, tiba-tiba aku terdengar satu jeritan, jeritan tu dari bilik sebelah bilik kami. Aku betul-betul terkejut tapi aku tengok semua kawan-kawan aku tidur nyenyak macam takde apa-apa berlaku. Kecoh jugalah aku dengar kat luar bilik tu. Aku takut nak jenguk. Tapi biasalah kejadian ni kat mana-mana pun ada.


Dah reda sikit barulah aku mula melelapkan mata, sekali lagi aku terdengar satu jeritan. Kali ni lagi kuat dan garang. Yang pastinya bukan dari bilik berdekatan aku.Aku rasa tubuh aku menggigil dan peluh menitis dari dahi aku. Aku rasa seperti ada sesuatu sedang menuju ke arah aku, dalam keadaan bilik yang gelap aku seperti nampak mukanya hodoh sangat. Perlahan-perlahan dia ke arah aku. Keadaan di luar kecoh tapi dalam bilik aku tiada siapa yang terjaga melainkan aku. Aku membaca Al-Fatihah berulang-ulang kali, aku tak tau nak baca ayat apa sebab aku terlalu takut ................dan akhirnya aku terlena....


Keesokan harinya, aktiviti berjalan seperti biasa cuma kami diarahkan pulang ke bilik lebih awal dalam anggaran pukul 6 petang. Ingatkan keadaan ok, tapi kejadian histeria berulang lagi, kali ni lebih teruk dan ianya berlaku pada waktu maghribserta membabitkan pelajar-pelajar lelaki. Sebab asrama lelaki berdepan dengan asrama perempuan. Memang huru-hara sangat sebab pelajar yang diserang histeria ini mengetuk semua pintu bilik. Kami rasa macam perang Dunia kat luar bilik kami. Punyalah takut sebab diorang ketuk pintu macam nak pecah. Aku dan kawan-kawan dalam bilik tu menahan pintu bilik Tapi yang peliknya bilik kami takde sorang pun yang terkena histeria.......................????


Kenapa ye ?????????????


Adakah disebabkan lagu “Ulik Mayang”???????????


Adakah betul apa yang dikatakan orang ramai tentang mitos “Ulik Mayang” atau tahyul semata-mata......


 


Fikir-fikirkanlah dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteri “Ulik Mayang”


 


Rujukan : Kejadian tahun 2001 yang diceritakan salah seorang pelajar IPTA tersebut


 

fiszah posted @ 10:18 - Link - comments

DIEKORI HANTU RAYA


Aydi merupakan seorang lelaki yang tampan dan bermulut manis.Pantang melihat perempuan cantik,pasti Aydi tak melepaskan peluang sehingga berjaya mendapat ape yang dicita-citakan.Kerjaya sebagai eksekutif pemasaran memberi peluang padanya untuk mencari mangsanya.


Mangsa terbaru Aydi ialah seorang gadis bernama Yati.Kecantikan Yati membuat tidurnya sering bermimpikan Yati dan dia bercita-cita untuk menawan hati Yati.


Sejak itu,Aydi sering berulang-alik menemui Yati walaupun jarak antara tempat kerjanya dengan kampung Yati begitu jauh.Kasih-sayang yang ditunjukkan Aydi akhirnya berjaya menawan hati Yati.Biasanya,setiap kali bertandang kesana,Aydi akan bermalam dirumah Yati.


Malangnya,sikap berbudi bahasa dan ramah daripada keluarga Yati yang menerima kehadirannya sebagai bakal suami Yati telah dibalas dengan tuba.Tengah malam itu,disaat semua orang sudah tidur,Aydi menyelinap masuk ke bilik tidur Yati.Aydi mula memainkan peranan memujuk rayu Yati.


Oleh kerana sayangkan Aydi dan tidak sanggup kehilanganya ,Yati menyerahkan mahkota yang dipertahankannya selama ini.Kedua-duanya bergaul selayak orang yang sudah dinikahkan malah setiap kali Aydi kesana,setiap kali itu juga mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.


Hari berlalu tanpa terasa Aydi semakin lupa janjinya pada kedua orang tua Yati untuk memperisterikan anak mereka.Malah dia sudah jarang bertamu Yati dengan alasan sibuk bekerja.Kedua orang tuaYati resah menanti kata putus Aydi,apatah lagi Yati yang sudah mengandung akibat ketelanjuran mereka.


Aydi enggan bertanggungjawab dan tidak mengaku pernah meniduri Yati.Namun tidak pernah disangkanya,keluarga yati terlebih dahulu telah memasang perangkap untuk mengenakan ilmu hitam padanya.Mereka mengenakan ilmu hitam kepada Aydi melalui makanan yang dihidangkan.Bukan itu sahaja,Aydi teleh terlangkah barang-barang yang telah dipuja yang diletakkan dimuka pintu.


Semakin hari Aydi terasa semakin aneh kerana setiap langkahnya dirasakan seakan diekori.Pernah beberapa kali Aydi terlihat bayangan hitam yang besar dan bermata merah.Setiap pergerakannya membawa kesakitan yang teramat sangat seolah-olah ditoreh dengan benda tajam seperti pisau.


Disebabkan tidak tertahan kesakitan yang dialaminya Aydi jatuh pengsan.Dia dibawa ke hospital namun doktor gagal menemui punca penyakitnya.Mengikut kata doktor Aydi sihat tetapi mungkin kerana tidak cukup tidur yang membuatkanya pengsan.


Setiap malam Aydi meracau-racau hinggakan dia terpaksa dibawa berjumpa bomoh dan pawang.Bermacam-macam air jampi telah dicuba tetapi raungan dan jeritannya semakin memjadi-jadi saban hari.Keadaan semakin teruk malah dalam setiap racauannya,Aydi menjerit meminta agar dia tidak dibunuh.Berita Aydi sakit terkena buatan orang sampai ke pengetahuuan kenalan bapa saudaranya.


Kenalan bapa saudarnya Safuan cuba merawat Aydi.Menurutnya,Aydi sentiasa diekori hantu raya yang mengawasinya akibat perbutannya yang merosakkan anak dara orang.Hantu raya tersebut enggan melepaskan Aydi dan memaksa Safuan bertarung demi menyelematkan nyawa Aydi.


Saat dia meletakkan tangan di atas kepala Aydi sambil mencengkamnya,terdengar lolongan suara jeritan yang kuat,padahal Safuan lansung tidak memegang kepalanya.


Didepan mata semua orang, mereka melihat Safuan seakan berkelahi dengan seseorang,tetapi tidak jelas di alam nyata.Memang jin kafir yang dihantar untuk memusnahkan hidup Aydi sangat jahat dan Safuan hampir-hampir tewas.Ternyata ilmu ALLAH melebihi segala-galanya,dan jin itu dapat ditewaskan malah dia bersedia untuk kembali pada tuan yang menghantarnya.

fiszah posted @ 08:41 - Link - comments

SURAYA DITIDURI MAKHLUK HALUS


Kedatangan Mak Long Senah,ibu saudara Jabar yang berusia lewat-70an itu kerumahnya seolah-olah menyembunyikan satu rahsia.Tambahan pula,ilmu perubatan yang dimilikiMak Long Senah cukup tinggi.Kenyataan ini diakui sendiri oleh ibunya.Jabar yang berfikiran moden pastinya tdak senang dengan tindak tanduk ibu saudaranya itu.Lebih-lagi apabila dia mengetahuinya tujuan sebenar Mak Long Senah berkunjung ke rumahnya.


Jabar yakin ilmu perubatan ibu saudaranya itu sudah terpesong dari akidah sebenar.Mak Long Senah ade membela”benda peliharaan”.Jadi sebab itulah apabila ibunya bersungguh-sungguh mahu Mak Long Senah datang mengubati adiknya Suraya yang sedang sakit,dia membantah keras.Dia mahu Suraya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.Tetapi ibunya tetap berdegil.Ibunya percaya hanya Mak Long Senah sahaja yang mampu mengubati penyakit Suraya.Masuk hari ini sudah tiga minggu Suraya meracau seperti orang gila.Ade ketikanya Suraya menangis dan menjerit sekuat hati.Perut Suraya juga sudah semakin besar.Tak ubah seperti orang mengandung enam bulan!Jabar cukup kasihan melihat keadaan Suraya,tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.Ibunya lebih mempercayai kepakaran Mak Long Senah!sudah empat hari Mak Long Senah bermalam di rumahnya.


Jabar akan terjaga dari tidurnya setiap kali tercium bau kemenyam yang diasapkan oleh Mok Long Senah.Bukan itu saja,Jabar juga sering Terdengar Mak Long Senah bercakap sendirian.Ade ketikanya,ia disulami dengan suara tangisan Suraya yang panjang.Mak Long Senah tahu Jabar tidak menyukai kedatangannya.Jabar tidak pernah senyum bila menengok mukanya!Akhirnya Mak long Senah memberi amaran kepada Jabar yang dia tidak akan menolong mengubati Suraya sekiranya Jabar terus dengan sikap sombonganya itu.”Kalau nak adik kau selamat,jangan buat hal.Perkara ini bukan dibuat main-main.Lambat dirawat buruk padahnya.”Keras sungguh kata-kata Mak Long Senah sebelum melangkah masuk kebilik Suraya sambil membawa semangkuk air rebusan air akar kayu,sebiji telur ayam kampung dan beberapa batang jarum paniti.Dari ruang tamu,Jabar dapat melihat dengan jelas setiap gerak-geri Mak long Senah terhadap adiknya.Bulu tengkuknya mereman apabila mendengar tangisan anak kecil!


Mak Long Senah memaksa Suraya meminum air rebusan air akar kayu yang telah dicampurkan dengan telur ayam kampung itu.Suraya menelan air itu dengan paksaan.Suraya hampir memuntahkan tetapi Mak Long Senah segera menahannya.Kemudian Mak Long senah menyuruh Suraya baring dan pejamkan matanya.Selepas itu Mak Long Senah meletakkan jarum peniti diatas perut Suraya sebelum menepuknya dengan kuat sekali.Mulutnya tak henti-henti membaca jampi yang tidak difahami oleh Jabar dan ibunya.


Suraya menjerit sekuat hati.Dia terasa perutnya seperti mahu terburai.Mak Long Senah menyuruh Suraya meneran dengan sekuat hati.Akhirnya Suraya termuntah dan Jabar melihat darah membasahi bahagian pangkal peha adiknnya.Perut Suraya yang memboyot itu menjadi kempis denga tiba-tiba,Suraya menangis lagi.Kali ini lebih kuat.”Mak!!!Abang!!!Tolong Su.Sakitnya...Ya Allah”Jerit Suraya berkali-kali Jabar cemas.Ape yang dibuat oleh Mak Long Senah sehingga Suraya jadi begitu.Tidak lama selepas itu Jabar dapat merasakan rumahnya seperti kapal dipukul gelombang.Peluh jantan membasahi dahinya.Badannya juga rasa seram sejuk.Beberapa minit kemudian keadaan menjadi pulih seperti sediakala.Jabar menarik nafas lega apatah lagi,bila melihat adiknya Suraya beransur baik.Tiba-tiba Jabar rasa seperti ade orang lalu di sebelahnya.Bulu tengkuk Jabar kembali meremang.


Jabar tahu Mak Long Senah tidak berseorangan dalam melakukan kerjanya itu.Mak Long Senah menjeling tajam kearah Jabar seolah-olah dia tahu apa yang sedang Jabar fikirkan.Bagi Mak Long Senah semua itu tidak penting.Dia benar-benar ikhlas mahu membantu mengubati anak saudaranya yang ditiduri oleh makhluk halus”Siapa yang membantunya,biarlah menjadi rahsianya sampai bila-bila!


 

fiszah posted @ 08:40 - Link - comments

BERTEMBUNG MAYAT YANG SUDAH DIKAFANKAN


Kerjaku sebagai pemandu ambulan disebuah hospital kerajaan menjadikan aku sudah biasa menyaksikan pelbagai kes pesakit yang dihantar ke hospital.Pelbagai keadaan aku lihat,ada kes kemalangan, kes sakit jantung dan macam-macam sehingga kadangkala menyentuh hatiku.Sudah hampir 20 tahun aku bergelumang dengan orang sakit.


Penah juga aku terfikir bila aku sakit nanti macam inilah juga keadaannya.Biasanya aku akan bekerja sehingga larut malam kerana kerjaku tidak menentu masa.Jarak rumahku dengan hospital ialah lebih kurang 5 KM.Aku berulang alik ke tempat kerja menaiki motorsikal.Pada hari itu,seperti biasa setelah selesai bekerja aku pun pulang.Namun hari itu aku terasa seram sedikit kerana malam itu aku baru sahaja membawa seorang pesakit yang diserang sejenis penyakit misteri yang doktor sendiri tidak pasti penyakit apa.Dia meninggal dalam perjalanan kehospital.Biasanya aku tidaklah sampai terbawa-bawa hingga waktu nak pulang tetapi hari itu,tiba-tiba peristiwa tersebut melekat difikiranku.Teringat aku,badan pesakit itu berbau busuk sekali.Tumbuh kudis-kudis di seluruh badan dan berulat.Semasa dalam ambulan,pesakit itu sedang nazak dan belum sempat sampai hospital dia sudah meninggal.


Man!Luruh jantungku mendengar Azam melaung namaku ”Kau ni betul-betul mengejutkan akulah.Bagilah salam ini tak main sergah je.Nasib baik aku tak mati sakit jantung ”Marahku pada Azam.Azam cuma tersengih mendengar bebelanku pada dia.Tanpa mempedulikannya aku meneruskan langkah menuju ke motorsikal.Tiba-tiba bulu romaku meremang dan aku terasa seperti ada yang mengekoriku dari belakang.Namun aku hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti tidak ada apa-apa berlaku.Aku terus mengambil motorku dan memecut keluar dari kawasan hospital tersebut.Saat itu ,aku terasa motor aku agak berlainan sedikit dari biasa.Sudah puas aku menekan minyak tetapi,motorsikal dirasa bergerak amat perlahan sekali.Hatiku terdetil”Kenapa pula dengan motor ni,janganlah buat hal tengah-tengah malam ni.”


Aku toleh kiri dan kanan.Tiada orang disekeliling.Sekirannya terjadi apa-apa pada motorku ini siapalah yang boleh aku harap membantu.Namun biarpun perlahan aku tetap meneruskan dengan harapan ia hanya perasaan aku sahaja.


Sampai sahaja diselekoh ke lorong rumahku,dari jauh aku terlihat satu lembaga putih datang bergolek dari semak berhampiran.Wajahnya tidak nampak begitu jelas.Apabila lembaga itu makin hampir barulah aku dapat melihat dengan jelas lembaga itu merupakan mayat yang telah siap dikafankan.Bau yang dikeluarkan busuk sangat sehingga loya tekakku.


Aku cuba memecut untuk pergi dari tempat itu tetapi aku terasa seperti lembaga putih itu mengekoriku dari belakang.Mahu berhenti beerti aku mencari nahas,Mahu diteruskan rasa kaku kakiku menekan minyak.Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.Terkumat kamit mulutku membaca doa mudah-mudahan hilanglah lembaga itu dari penglihatanku.Lagi 1 KM sampai kerumahku lembaga itu hilang dan aku sendiri tidak pasti kemana arah perginya lembaga itu. Aku mula memecut laju selaju yang mungkin tanpa memikir apa-apa lagi.Apa yang aku tahu aku mahu lari dari tempat itu secepat mungkin.Tanpa menoleh kebelakang lagi aku masuk kepekarangan rumahku,Apabila tiba dirumah badanku berpeluh-peluh dan lidah ku kelu tak terkata.Isteriku pelik melihat keadaan ku ketika itu.Bertubi-tubi soalan yang diajukan padaku tetapi aku tidak mampu menceritakannya.Badan ku lemah seperti tidak bermaya dan akhirnya aku rebah dikerusi sofa rumahku.


Dua hari aku tidak sedarkan diri,apabila aku sedar aku lihat isteriku berada di sebelahku dan aku berada dikatil hospital tempat aku bekerja.Melihat aku seperti tepinga-pingga,isteriku menjelaskan apa yang berlaku.Pada malm itu akan pulang dengan wajah yang pucat lesu dan apabila ditanya aku hanya membatukan diri sehinggalah aku pengsan disofa.


Pada waktu itulah,isteriku meminta bantuan jiran menelefon ambulan membawaku kehospital.Akhirnya dapat juga aku menaiki ambulan yang selalu kubawa.Setelah keluar dari hospital barulah aku dapat menceritakan kejadian yang berlaku pada isteri dan kawan-kawanku.


Ada yang seperti tidak percaya mendengar ceritaku itu namun itulah yang aku alami.Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana rasanya.Aku dahulu juga tidak mempercayai tentang makhluk halus tetapi bila aku sendirio alami,peristiwa itu menjadi peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai-bila-bila.


 

fiszah posted @ 08:38 - Link - comments

Gasing unik berputar sendiri


Hujan lebat disertai kilat sabung-menyabung membuatkan hati Azim kecut tidak semena-mena.Suasana ketika itu tidak ubah seperti dialaminya setahun lalu ketika dia dan adiknya menghabiskan cuti di kampung ayahnya.Di rumah besar milik arwah neneknya ini,tinggal hanya Datuk seorang.


Sejak malam pertama berada di rumah atuk azim langsung tidak boleh melelapkan mata.Walau betapa mengantuk dan berat matanya,Azim tetap tidak dapat tidur.Setiap kali mata cuba dilelapkan,terasa seperti ada sesuatu berada dekat dengannya.Dan semakin lama cuba dipejam mata,semakin sesak nafasnya.


Dari sehari ke sehari Azim masih mengalami kejadian serupa.Azli di sebelahnya sudah lama di buai mimpi indah.Hanya dia yang masih berusaha untuk menghilangkan rasa takutnya dengan memejam mata.Namun usahanya sia-sia saja.


Sedang sibuk-sibuk berpusing ke kiri ke kanan meletakkan tubuhnya ke posisi yang membantu tidurnya,mata Azim terlihat pintu bilik kecil berhadapan biliknya terbuka.


Azim tertanya-tanya mengapa satu-satunya bilik yang berpintu dan dimangga rapi selama ini terbuka.Malah,sepanjang dia dan Azli berada di kampung tidak pernah juga pintu itu terbuka.hanya datuknya seorang saja yang mempunyai kuncinya danhanya datuk seorang saja yang boleh memasukinya.


Rasa ingin tahunya begitu kuat hingga memaksa Azim menggagahkan dirinya untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam bilik tersebut.Bilik misteri itu tidak berapa besar dan tidak banyak perabot.Hanya terdapat sebuah katil kayu lapuk,namun masih kuat binaannya.Di lantai,terdapat sehelai tikar mengkuang yang usang dan di sudut kiri bilik tersebut terdapat sebuah kotak kayu yang separa terbuka.Kelihatan beberapa permainan serta peralatan lama disimpan rapi di dalamnya.Sebuah gasing kayu menarik perhatiannya.


Rujukan : Mastika


 

fiszah posted @ 08:30 - Link - comments

Terlihat kelibat gadis misteri


Tanpa melengahkan masa,Irfan menghidupkan enjin kereta untuk pulang ke rumahnya.Terasa begitu penat sekali setelah seharian dia bekerja di pejabat.Dalam perjalanan pulang,Irfan masih terkenang wanita yang di temui tadi di dalam lif..Timbul perasaan ingin menyiasat siapakah wanita tersebut.Jadi keesokan harinya Irfan sengaja pulang lewat.Dia mahu bertemu wanita itu.


Sedang Irfan leka melakukan kerja di biliknya malam itu tiba-tiba dia terhidu bau haruman bunga kasturi sama seperti semalam.Irfan meneruskan kerja tanpa menghiraukan bau wangian tersebut sehinggalah dia terpandang kelibat seorang wanitaberbaju putih melintas di hadapan biliknya yang berpintu kaca.Dia menjenguk tapi malangnya tiada siapa pun kelihatan.


Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang saja. Sewaktu menuju ke keretanya, Irfan dapat merasakan seolah-olah diekori oleh seseorang.Namun ketika berpaling ke belakang sekali lagi dia melihat tiada sesiapa pun.Enggan melayan fikiran yang bukan-bukan dia terus memasuki kereta.Namun setelah duduk dan memandang cermin pandang belakang Irfan terkejut apabila melihat seorang wanita dengan wajah yang mengerikan berada di tempat duduk belakang.


Dia menjerit sekuat hati apabila makhluk tersebut cuba mencekik lehernya.Akibat terlalu takut,Irfan akhirnya pengsan.Ketika membuka matanya,dia lihat rakan sekerjanya berada di sampingnya.Dia di temui oleh pengawal keselamatan di tempat letak kereta seawal pagi.Sejak itu,Irfan tidak berani pulang lewat lagi kalau ada kerja sekali pun,semunya akan di bawa pulang ke rumah untuk disiapkan.


 


Mingguan Wanita 2008










 


 


 


 


 


 



 

fiszah posted @ 08:27 - Link - comments

Di cekik wanita berwajah ngeri


Sudah tiga bulan Irfan terpaksa pulang lewat dari pejabat.Semuanya gara-gara tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikannya melaksanakan projek Mega di syarikat tempat Irfan bekerja sejak lima tahun yang lalu.Kepercayaan yang di beri oleh pihak atasan memberi peluang untuk Irfan menunujukkan bakat dan komitmen bagi menyiapkan projek bernilai Jutaan Ringgit




Akibatnya setiap hari Irfan terpaksa pulang lewat kerana menyiapkan tugasan.Ada kalanya sehingga waktu dinihari barulah Irfan berpeluang untuk pulang ke rumah dan hanya sempat tidur beberapa jam sahaja sebelum masuk semula bekerja.Suatu malam ,Irfan tertidur di pejabatnya akibat terlalu keletihan.Dia hanya terjaga ketika jam menunjukkan ke angka 11 malam.


Tapi pada masa yang sama tidak semena-mena dia terhidu bau yang amat wangi di dalam biliknya.Berdiri bulu roma Irfan apabila bau wangi itu semakin memenuhi ruang biliknya serta menusuk hidung.


Irfan terus mencapai begnya dan terus bergerak ke arah lif untuk pulang.Ketika dalam perjalanan ke lif,tiba-tiba dia terpandang kelibat seorang wanita menuju ke arah tandas wanita. Hairan juga Irfan kerana setahunya,hanya dia seorang sahaja yang pulang lewat pada malam itu.


Sebaik memasuki lif,tiba-tiba pintunya disekat oleh seseorang,rupanya wanita berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam lif.Wajahnya tidak kelihatan.Dia hanya tunduk memandang lantai lif.Irfan cuba memandang wajah wanita misteri itu tapi terlindung dek selendang putih yang menutupi wajahnya.Haruman bunga kasturi semerbak di dalam lif hingga menyebabkan Irfan beberapa kali bersin.


Sampai di tempat parkir kereta,Irfan melangkah keluar menuju ke keretanya.Namun apa yang menghairankan Irfan ialah apabila wanita itu tidak keluar dari pintu lif sebaliknya dia naik atas kembali.Ini membuatkan Irfan semakin curiga.


Rujukan: Mastika

fiszah posted @ 08:22 - Link - comments

Bukan senang nak jumpa...


Malam sudah semakin lewat.Jarum jam menunjukkan pukul 10.00.Dollah menyamping-nyampingkan di muka pintu bengkel tempatnya bekerja di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin,Sungai Besi Kuala Lumpur..hampir setengah jam dia tercangak di situ.Tiba-tiba saja angin berhembus kuat.Dia memandang pokok rendang berhampiran bengkel tersebut.Dahan pokok itu bergoyang-goyang..Tubuh Dollah mula menyejuk.


Dibengkel tersebut Dollah memang selalu ternampak kelibat-kelibat makhluk yang menghuni alam yang satu lagi itu terutamanya selepas maghrib dan tengah-tengah malam buta.


Sejak kecil lagi.Seingat Dollah,sewaktu dia berumur lima atau enam tahun.Sebutlah apa-apa sahaja spesies makhluk dan suku sakatnya,Dollah cukup kenal.Kalau nampak macam bayang-bayang sekalipun,Dollah boleh tahu mana perempuan atau lelaki.bayang-bayang putih adalah perempuan,bayang-bayang hitam lelaki.


Pihak mastika membawa Dollah jalan kononnya nak tengok juga.Pergi ke kubur,bangunan lama tapi tak jumpa langsung.Setelah menunggu begitu lama akhirnya.


“Niat kalau nak cari makhluk itu,memang tak jumpalah.Bukan senang nak jumpa.Lagipun pun macam saya katakan tadi jumpa secara kebetulan.Tak pun terserempak saja,”Katanya lagi.


Shamran Sarahan


Rujukan: Mastika

fiszah posted @ 08:16 - Link - comments

Mereka rogol,liwat.lompat dan pijak gadis itu


Tubuh itu sudah tidak bernyawa lagi.kaku.Terbujur di atas tanah tanpa seurat benang.hanya daun-daun kering yang menutupi sebahagian tubuh itu.Sudah semalaman mayat gadis itu terbiar.Saya lihat wajahnya penuh darah yang sudah kering.Ia nampak di pipi.Bekas-bekas darah itu meleleh dari hidung dan mulutnya semuanya sudah kering.


Saya seluruhi lagi mayat itu.Ia mulai bengkak,tetapi dadanya agak leper.tulang-tulang dadanya kelihatan remuk,dan nampak berbonjol-bonjol di bahagian dada.Ya!itu tandanya gadis ini telah mati dibunuh.


Pada bahagian perut dan pahanya ada tompokan darah.paling banyak di bahagian paha.Lalu saya periksa di celahan peha,terlalu banyak tompokan darah.Pada tompokan darah itu pula ada cecair pekat berwarna putih jernih dan berbuih.Cecair itu adalah air mani.


Itu tandanya gadis itu telah di rogol sebelum di bunuh!!


Pembunuh ini memang kejam.Gadis itu telah di rogol dengan ganas sekali.Sebab itu kemaluan gadis tersebut teruk terkoyak,seperti telah di gunting dan di siat-siat.Amat teruk.


Bukan itu sahaja,Saya dapati gadis ini telah di liwat dengan teruk sekali.Sehingga lubang duburnya turut terkoyak dan tersembul.Macam mana di bunuh masih dalam permikiran lagi untuk mendapatkan jawapan yang tepat,mayat gadis ini telah di hantar ke Unit Patologi untuk di bedah siasat.


Setelah ujian DNA di lakukan.ada lima sampel air mani yang berlainan dalam kemaluan gadis itu.Maknanya lima orang yang terbabit merogol gadis ini.maka mereka juga membunuh secara kejam.Saya di beritahu kematian gadis ini di sebabkan hentakan yang terlalu kuat pada dadanya.banyak tulang yang patah.


Tidak sampai seminggu ,pembunuh ini dapat di jejaki.Sewaktu di soal siasat mereka mengaku membunuh dan merogol gadis berkenaan.Sebagai Ketua Seksyen Tempat Kejadian,makmal Forensik PDRM,saya terlibat secara langsung dalam siasatan kes ini.


Dalam keterangan penjenayah-penjenayah itu,mereka bertemu dengan gadis tersebut di sebuah kawasan perumahan di Gombak.Waktu itu,gadis berkenaan bersama teman lelakinya.Mereka tidak mengenali gadis tersebut..Pembunuhan gadis ini bukan sebab motif dendam.atau pergaduhan,tetapi bermotifkan rogol semata-mata.


Daripada keterangan pemuda-pemuda tersebut ,malam itu,mereka telah perdayakan teman lelaki si gadis dengan melakukan penyamaran sebagai anggota polis.Mereka menangkap teman lelakinya kemudian melarikan gadis itu.Teman lelaki gadis itu telah di bunuh cekik sampai mati.


Mulanya dia bertiga sahaja.Dua orang kawannya lagi bersama teman lelaki gadis itu.Selepas membunuh teman lelakinya barulah mereka datang ke tempat si gadis di keroyok.


Kata anak muda itu lagi,dia bersama dua rakannya merogol dan meliwat gadis itu bergilir-gilir.Ada kala berdua serentak.Sementara menunggu dua orang lagi rakan sampai ,mereka melakukan berulang-ulang kali.Kemudian apabila rakannya yang lain datang,gadis ini di rogol lagi.


Cara gadis ini di bunuh.Mereka memanjat pokok dan terjun ke atas badan gadis itu.Secara bergilir-gilir.Itu yang menyebabkan tulang badan gadis itu patah dengan teruk.


Untuk kes ini saya sentiasa doakan agar roh gadis itu meninggalkan dunia ini dengan aman.Syukur...lelaki yang meragut kesucian dan nyawanya telah di jatuhkan hukuman mandatori,gantung sampai mati!


Rujukan: Mastika

fiszah posted @ 08:10 - Link - comments

Jenazah Kamariah ditumbuhi bulu


Kamariah yang sentiasa memberi cerita sensasi yang menggemparkan penduduk kampung di daerah Beluran,Sandakan Sabah yang menghilangkan diri dari kampung berbulan-bulan pergi menuntut ilmu.Ilmu apa?Saya tak tahu.Apa yang saya tahu Kamariah begitu percaya sungguh pada ilmu-ilmu kecantikan.


Lagipun kamariah memang anak dara yang paling cantik dan manis di dalam kanpung tu.Ramai lelaki yang berkenan tapi tiada seorang pun yang boleh memikat hatinya.Sebab itu kamariah jadi anak dara tua.


Bila adik-beradik yang lain dah kahwin tinggallah kamariah sendirian di kampung.Wajah Kamriah makin cantik dan berseri-seri.Kulitnya halus melepak,susuk tubuh kekal bergetah bak anak dara walhal kawan-kawan sebayanya dah gelebeh sana,gelebeh sini.


Bukan sedikit yang menaruh hati pada Kamariah tetapi ramai,yang bujang sampai laki orang dan ramailah wanita menaruh dendam dengan Kamariah.Setiap hari ada saja kata-kata kesat di lemparkan pada wanita ini.


Dalam diam saya merisik.Akhirnya saya tahu juga apa yang kamariah lakukan.Wanita itu sebenarnya mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan akidah.kamariah percaya pada benda karut-marut.Semua ini berlaku kerana arwah ibunya banyak turunkan ajaran sesat dan syirik pada Kamariah.Ibunyalah yang beria-ia mahukan kamariah mengamalkan perbuatan-perbuatan syirik itu.


Penghujung 2002,saya tinggalkan Beluran dan pulang ke kampung di pekan perancangan Nagoh,Sandakan,Sejak itu saya tak lagi dengar cerita panas tentang Kamriah.


Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Kamariah hinggalah setahun apabila saya terima khabar yang benar-benar mengejutkan,Kamariah meninggal dunia!Saya di minta ke rumahnya untuk menguruskan jenazah.Bila ditanya pada kawan-kawan meninggal di sebabkan apa?Meninggal bukan sakit tetapi amalan-amalan syirik yang di amalkan.


Katikasaya dan empat sahabat yang lain tiba di rumah arwah,saya terkejut lagi melihat suasana rumah si mati.Tiada seorang pun penduduk kampung saya lihat datang menziarahi arwah walhal


banyak lagi perkara yang belum di uruskan.


Kubur pun belum di gali hanya kerana tak puas hati dengan apa yang telah dilakukan jenazah.Saya berjumpa dengan kenalan lama.memberi nasihat dan akhirnya beberapa pemuda membantu menggali kubur.Saya meneruskan manidi jenazah yang masih belum selesai.


Saya bersihkan jenazah dengan kawan saya memandangkan tiada seorang ahli keluarganya yang ingin membantu,kami putuskan melakukannya tanpa mereka.Anehnya sebaik di jirus air ke tubuh jenazah,saya lihat kulir arwah perlahan-lahan jadi mengerepot..Pipinya yang halus dan putih melepak tidak semena-mena bertukar kehitam-hitaman.Kulit nampak hodoh dan kedut seribu.


Semasa saya memegang kulit arwah,saya terasa tajamKetika itu jantung saya mula berdegup kencang.Tapi kami meneruskan juga.habis mandikan jenazah kami mulakan kerja mengapan.Seluruh tubuh arwah akan dibaluti kain putih,kecuali muka.Yang terperanjatnya semasa ingin merenjiskan wangian saya dapat melihat bulu berwarna hitam tumbuh di seluru muka.


Tanpa berlengah lagi urusan jenazah di lakukan secepat mungkin.Rupa-rupanya Allah Maha Besar...sebaik jenazah diturunkan ke liang lahad saya dengar ahli keluarga yang sedang memangku jenazah mengaduh kesakitan.Kata salah seorang daripada mereka,bagai ada jarum menusuk lengan mereka.Jenazah pun terlalu berat seperti mengangkat bongkah batu.Selesai urusan di dalam kubur,tanah pun di kambus menutupi pusara dan ketika itulah air mata saya mengalir.Saya menangis bukan mengingati pemergian kamariah tetapi sedih mengenangkan apa yang telah berlaku ke atas jenazahnya.Di saat itu saya hanya mampu berdoa semoga salah silap Kamariah di ampunkan Allah.




Aninah Janang


Rujukan: Mastika


 




 

fiszah posted @ 08:04 - Link - comments

Hanya Dia yang Selamat


Petir tahu ketiga-tiga suami Dang Bulan mati pada malam pertama.badan mereka dipenuhi kesan gigitan binatang yang berbisa seperti kala jengking,ular,lipan dan pelbagai lagi yang tidak di ketahui namanya.


Kematian tersebut sangat menggemparkan kerana kesemua suami Dang Bulan meninggal dunia cara yang sama.Suaminya hanya sempat meniduri Dang Bulan semalam sahaja.


Petir seorang jejaka di kampung itu juga cair apabila terpandang wajah Dang Bulan.Dia menyampaikan hasrat pada ibunya untuk menjadi suami Dang bulan yang keempat tapi di tentang.


Tentangan ibunya akhirnya Petir membawa diri ke sebuah pulau,dia mengisi dadanya dengan pelbagai ilmu.


“Dia menuntut ilmu persilatan dan juga ilmu kebatinan termasuk ilmu agama dengan seorang kiai di pulau tersebut.Petir benar-banar handal.Dia bukan budak kampung seperti dulu sebaik pulang dari mempelajari ilmu di pulau iti,”Cerita Zakaria Hassan.Petir juga mempelajari petua untuk berhadapan dengan Dang Bulan yang telah mengorbankan tiga orang lelaki.


Sekali lagi dia menyampaikan hajat untuk memperisterikan Dang Bulan.akhirnya emaknya setuju.Pinangan Petir di terima.Penghulu telah mengarahkan supaya menggali kubur sebelah kubur tiga suami Dang Bulan.


Pada malam itu seperti diminta Tok Kiai Petir begitu berhati-hati apabila berhadapan dengan Dang bulan.


Tiba-tiba petir ternampak beberapa ekor ulat tedung keluar dari badan Dang Bulan.diikuti lipan bara,kala jengking dan pelbagai lagi.Semua menghurung tubuh badan Petir yang hanya mamakai seluar pendek sahaja.badannya dipenuhi ribuan binatang berbisa,”Cerita Zaklaria lagi


Petir hanya membaca doa yang di ajar Tok Kiai,perlahan-lahan binatang berbisa itu turun dari badannya.Binatang tersebut semuanya berkumpul pada tubuh Dang Bulan,dia kemudiannya menggeliat sambil mengerang kesakitan.badannya bermandi peluh.Keesokan paginya semua selamat.


Sebenarnya ketika Dang Bulan di lahirkan di dalam gua kerana penghulu Bokar bersembunyi dari tentera Siam ketika itu Dang Bulan telah di hurungi pelbagai jenis binatang berbisa.hal ini di rahsiakan,hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu.


Zakaria


RUJUKAN:MASTIKA

fiszah posted @ 07:57 - Link - comments

Masjid Ranjau Hantu tak berhantu


Masjid Ranjau Hantu yang terletak di kawasan kampung Parit,Kuala Pilah ini sekali pandang memang tidak ada bezanya dengan masjid yang lain.Namun ,ada cerita menarik tentang masjid ini sehingga masih menjadi bualan penduduk setempat.Popular Misteri kebetulan terjumpa Penduduk lama di kawasan kampung terbabit,Nurdin Dato Bodok atau Pak Uteh,72.Beliau adalah penduduk asal kampung berkenaan sudi berkongsi mengenai masjid terbabit.


Menurut Pak Uteh,Masjid Ranjau hantu itu di bina sekitar 1910.Tapak asal masjid ini adalah di kampung Parit Sabarang.


“Namun,pada tahun 1910 masjid berkenaan di pindahkan ke tapak sekarang ini.Kebetulan pula terdapat sebatang pokok,di panggil pokok jolok Hantu di tapak masjid berkenaan.Pokok itu bersaiz besar,berduri di sekelilingnya seperti duri limau.


“jadi ,bila masjid bari dibuat bagi menggantikan masjid sedia ada,iaitu sekitar 1938,maka kata putus di ambil untuk menamakan masjid berkenaan dengan nama Masjid Ranjau hantu.Sempena nama pokok berkenaan,”Katanya pada Popular Misteri.


Namun,jelas beliau lagi,sebelum masjid baru di bina terdapat kejadian aneh berlaku di masjid tersebut.,Iaitu semasaberlaku kejadian banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia sekitar 1917.


Pelik sungguh,masjid ini terletak berhampiran tebing sungai tetapi semasa kejadian air bah itu masjid ini sedikit pun tidak memasuki air.Ia seolah-olah di hadang oleh sesuatu.sedangkan kawasan sekitarnya ditenggelami air.


Kejadian aneh ini sehingga hari ini masih belum di temui jawapan.bagi kami penduduk setempat menganggap ia sebagai kuasa Tuhan.maklumlah masjidkan rumah Allah.Mungkin juga sebagai petunjuk kepada semua akan kebesaran Tuhan dan juga sebagai peringatan agar sentiasa mengunjungi masjid,”katanya penuh insaf.


Rujukan : Mastika

fiszah posted @ 07:49 - Link - comments

Bawa getah seluar dalamnya....


Shahriman mati akal.Sesekali dia tertanya-tanya dayuskah aku?Persoalan ini beku di dalam kepala suami muda yang baru di anugerahi dua orang cahaya mata.Anak sulong lelaki dan seorang lagi perempuan.Anak-anak merekalah penyejuk kemarahan Shahriman.Inilah senjata yang di gunakan ayu,Isteri Shahriman.Dia mengambil kesempatan dari kelemahan suaminya untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki lain bukan seorang tetapi ramai lagi seperti bohsia.


Ikutkan kata hati memang dah lama di ceraikan isterinya tetapi bila di fikirkan anak-anak dan sayangkan isteri,Shariman pekakkan telinga saja apa yang orang nak cakap.


“Ada caranya,bawa getah seluar dalam dia kemari,Saya ikhtiarkan,”Tok Kencana memecah kebuntuan Shahriman.Dia ditemukan dengan pakar minyak pengasih ini oleh seorang rakan baiknya.


Tidak buang masa Shariman menggeledah dan terus jumpa dengan Tok Kencana. “kalau Allah izinkan,biar saya ikat ketujuh-tujuh lapis nafsunya dengan getah seluar dalam ini,sabarlah,”Pesan tok Kencana.


Upacara pun bermula,Tok Kencana terpaksa beramal selama tujuh malam berturut-turut selepas itu satu simpul pada getah di buat.Untuk jadikan tujuh simpul ,dia terpaksa beramal selama 49 malam tanpa henti.


“kalau ketujuh-tujuh nafsunya di kunci,dia hanya teringatkan suaminya sahaja,”Jelas Tok Kencana.


“Selepas 49 malam saya akan pulangkan getah tersebut dan ia mesti di tanam atau di hanyutkan ke sungai,laut dan tasik tetapi kesannya sangat menakjubkan.Memadailah dengan di tanam,”Ujar Tok Kencana.


Shariman nekad membalingkan getah seluar dalam Ayu ke sungai.Ia reput di makan ikan.Tak tau ke mana,getah itu tak di temui lagi.


Dangan kuasa Allah ,genap tiga hari,Isterinya memasak untuk mereka sekeluarga.Selepas tujuh hari.Tak ada dengar deringan telefon lagi.Perubahan tersebut sangat menggembirakan Shahriman yang menderita bertahun-tahun lamanya kerana perbuatan curang Ayu.Kini dia tidak lagi mengulangi perbuatan sumbangnya tetapi menjadi isteri yang baik.


 


Mastika November

fiszah posted @ 07:40 - Link - comments







Selepas solat hajat... Rahim dikejar gadis yang dibunuhnya


Seperti kebiasaanya setiap malam Jumaat kita akan baca surah Yasin atau Al-Quran, tetapi lain pula ceritanya dengan sebuah keluarga ni yang membaca Surah Yasin, siap baca Tahlil lagi. Kenapa agaknya?..... Rupanya ada kehilangan di rumah tersebut iaitu seorang gadis bernama Azalina. Anggaran umur dalam 20-an, bekerja sebagai tukang sapu di sebuah klinik. Tahlil dan solat hajat dilakukan mengharap anak gadis tersebut pulang.


Kemana gadis itu pergi? Kena culik ke? Atau dibawa lari? Atau melarikan diri bersam kekasih hati?


Tapi kalau kena culik mesti ada panggilan telefon mengugut meminta wang tebusan, atau kalau ikut lari bersama kekasih hati, siapa pula kekasih hati gadis ini? Maka, kes ini di bawa ke pihak polis...


Polis pun menjalankan kerja mereka iaitu menyiasat setiap maklumat yang diterima. Sehingga mendapat maklumat mengenai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Pengawal ni kenal dengan gadis ni sebab selalu dilihat sering berbual dengan pengawal ni. Boleh dikatakan rapat jugalah sebab ada juga dia bawa makanan untuk gadis. Usaha mencari lelaki ini diteruskan. Cari punya cari tetap tak jumpa lagi pengawal tersebut.


DI BALAI POLIS, HARI KE-21 KEHILANGAN AZALINA


Rahim tiba-tiba muncul di balai polis. Wajahnya pucat. “Encik, tolong saya, encik. Saya diganggu!” Rahim terketar-ketar memberitahu anggota polis yang bertugas di kaunter.


“Siapa yang ganggu pakcik?” tanya anggota polis tersebut.


“Perempuan!”jawab Rahim.


Daripada raut wajah Rahim, kelihatan dia seperti dalam ketakutan. Dia gelisah, rambutnya kusut. Di tangan dan muka Rahim pula bercalar serta luka-luka kecil.


Setelah itu, Rahim di bawa berjumpa dengan beberapa pegawai polis dan Rahim menceritakan, sudah lima, enam malam dia tidak dapat tidur. Sebab setiap kali dia pejam mata, seorang wanita akan muncul dan mengganggunya. Wajah wanita itu pula menakutkan dan mengejar Rahim mahu membunuhnya.


Polis pun terus bertanya.....


“Awak kenal tak wanita dalam mimpi tu?” tanya seorang anggota polis.


“Kenal.”


“Siapa.”


“Tukang sapu tu!”


“Azalina? Budak yang sudah tiga minggu hilang tu?” tanya polis lagi.


“Ya. Azalina datang ganggu saya. Saya dah tak tahan lagi dah di ganggu sebab tu lah saya datang sini.


Apalagi, polis pula mengesyaki si Rahim ni.Polis tu tanya kenapa calar-calar tangan dengan muka. Si Rahim yang ketakutan ini terus jawab dia lari dari polis. Sebab apa dia lari dari polis? Rupanya, angkara si Rahim inilah yang menyebabkan gadis bernama Azalina mati dibunuh dan dicampakkan ke dalam lubang najis sekolah, tempat si Rahim ni kerja.


Betapa kejamnya, dah lah dibunuh dengan leher terjerut,di campak pula ke dalam tempat najis hanya kerana gadis ini tidak mahu memenuhi nafsu serakahnya. Akhirnya diri sendiri diganggu oleh jelmaan yang menyerupai gadis tersebut...........


 Oleh : Nasaie Ismail


Rujukan : Majalah Mastika Februari 2008 ( m/s : 50-54 )


fiszah posted @ 07:32 - Link - comments
Thursday, 18 December 2008

MANUSIA BODOH ATAU HAIWAN YANG BIJAK 


Haiwan terancam kerana manusia. Tetapi hakikatnya manusia adalah haiwan. Dari sekolah rendah, dalam mata pelajaran sains, kita diajar, benda terbahagi kepada benda hidup dan benda tidak hidup. Benda hidup terbahagi kepada dua, tumbuhan dan haiwan.


Tetapi tidaklah diajar bahawa benda hidup terbahagi kepada tiga iaitu tumbuhan, haiwan dan manusia. Ini kerana manusia adalah haiwan. Haiwan pula terbahagi kepada mamalia, reptilia, burung, ikan dan macam – macam lagi.dalam dunia haiwan, manusia hanya salah satu daripada mamalia. Manusia adalah mamalia istimewa kerana ia menghasilkan teknologi, mendirikan tamadun dan mendominasi planet bumi. Sebab ape? Kerana manusia ada otak? Haiwan lain pun ada otak, tetapi tidaklah sama dengan manusia.


Memang otak manusia adalah istimewa. Tetapi lain – lain haiwan juga mempunyai otak yang istimewanya berbeza daripada manusia. Dalam hal – hal tertentu, otak haiwan lain lebih istimewa daripada manusia, sebab itu spesies tertentu boleh melakukan sesuatu yang manusia tidak boleh buat.


Tetapi kelebihan manusia dengan haiwan lain terletak juga pada tekak, mulut, tangan dan kaki. Hanya manusia yang mempunyai tekak mampu untuk membentuk bahasa. Itu kata sains arus perdana. Sementara mulut manusia pula mampu memakan banyak benda yang mandatangkan khasiat dan zat berbeza, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh haiwan lain. Daripada itu, otak pun memperoleh nutrien istimewa untuk menjana pemikiran, yang tidak dapat dihasilkan oleh haiwan – haiwan lain.


Maka persaingan manusia dengan haiwan – haiwan lain adalah fitrah alam, masing – masing mahu hidup dan menyambung hayat serta zuriat. Tetapi tengok, gayanya tidak seperti haiwan – haiwan lain, manusia dengan menggunakan otak, sama ada kepandaian atau kebodohannya mampu memusnahkan planet ini.


Bermula dengan kemampuan memupuskan spesies – spesies tumbuhan dan haiwan, menyebabkan pemanasan global hinggalah meletupkan planet ini menggunakan senjata nuklear. Maka ketika haiwan – haiwan lain berusaha memanjangkan hayat dan menyambung zuriat masing – masing, manusia pula membunuh dirinya dengan memusnahkan spesies – spesies lain, dan bumi ini sendiri.


 


Rujukan ; mastika/mac2008/ms59


 

fiszah posted @ 05:36 - Link - comments
Saturday, 13 December 2008

MALAM ITU WAJAH ROZI BERTUKAR HITAM


Pukul 2.00 pagi, Fendi terjaga dari tidur. Rasa mahu membuang air kecil mengganggu lenanya. Dia memandang ke sebelah. Isterinya, Rozi sedang lena dibuai mimpi. Fendi melangkah keluar dari kamar tidur menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah teresnya itu.


Selepas mebuang air, sebelum masuk ke kamar tidur, Fendi meninjau ke bilik tidur anaknya. Sepanjang perkahwinannya dengan Rozi, mereka dikurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.


Sebaik sahaja Fendi menyelak pintu bilik anak perempuannya, Fifi, dia terperanjat apabila mendapati katil anaknya itu kosong fendi mengagak, mungkin anak bongsu yang baru berusia empat tahun itu tidur di dalam bilik abang-abangnya.


Fendi kemudiannya menuju ke bilik anak-anak lelakinya. Maklumlah rumah teres yang dibelinya kira-kira lima tahun lepas itu hanya mempunyai tiga bilik. Tetapi, sebaik membuka lampu, lelaki berusia 30-an menjadi lebih terperanjat apabila mendapati katil dua tingkat anaknya juga kosong.


Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan anak-anaknya yang sedang tidur itu. Kesemuanya sedang meniarap fendi memetik suis lampu ruang tamunya.


Eh! Ke mana perginya budak-budak ni?” fendi mula cemas. Dia bergegas ke ruang tamu. Hatinya yang sudah mulai cemas menjadi lega semula apabila melihat keempat-empat anaknya itu ada di ruang tamu. Mereka tidur beriringan sambil ditutupi selimut sehingga ke paras dada.


Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan keadaan anak-anaknya yang sedang tidur itu. Kesemuanya sedang meniarap. Fendi memetik suis lampu ruang tamunya. “Eh!!??” sekali lagi lelaki itu terperanjat sebaik saja cahya menerangi ruang tamu rumahnya itu. Dia melihat ada sesuatu bergerak-gerak di dalam selimut anak-anaknya itu. Ada dua atau tiga 'benda' yang sedang 'bermain-main' di bawah selimut itu, ia bergerak ke sana ke mari.!


Tanpa berlengah Fendi berlari ke dapur dan mengambil sebilah parang panjang yang terletak di sebelah sinki. Kemudiannya, Fendi bergegas semula ke ruang tamu. Dia kemudiannya dengan berhati-hati memegang bucu selimut itu dan...zapp!!dengan pantas, Fendi menarik dan mencampakkan selimut itu ke tepi. Namun sebaik sahaja dia terpandang 'benda' yang bergerak di bawah selimut anaknya itu, jantung Fendi bagaikan terhenti. Lututya merasa lemah. Serasa parang yang dipegangnya hampir terlepas.


Apa yang dilihatnya memang sukar untuk diterima akal, hingga Fendi berasa sangsi apakah ini realiti, atau dia sedang bermimpi. Fendi menyangka benda yang bergerak di dalam selimut anknya itu ialah ular, tetapi....!!!!


Fendi lihat, ada tiga makhluk kecil seperti bayi yang baru berusia lima bulan. Ketiga-tiga budak itu sedang merangkak bermain-main di sekeliling anaknya itu. Apabila menyedari kehadiran mereka dilihat oleh Fendi, makhluk itu terus berdiri. Mata mereka bulat dan berwarna merah, berkilat seperti biji saga. Ketiga-tiga makhluk itu marah kerana Fendi mengganggu mereka bermain.


Beberapa saat kemudian, ketiga-tiga makhluk itu tiba-tiba ghaib! Fendi tergamam. Dia berjalan menuju ke sofa di hadapan anaknya itu, lalu duduk tersandar. Peristiwa itu menguatkan lagi syak Fendi terhadap seseorang, yang dianggap menjadi punca kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya. Anak-anaknya kini turut di ganggu! Dia tidak boleh berdiam diri lagi. Sebelum ini hanya dia sahaja yang kena.


Yang mengganggu Fendi bukan kawan-kawannya. Bukan juga jiran dan saudara-maranya. Tetapi orang yang disyaki oleh Fendi itu ialah keluarga terdekat dan paling rapat dengannya, iaitu isterinya sendiri!! fendi mengesyaki Rozi adalah pewaris saka keturunan keluarganya. Sejak dari mula lagi, dia tahu Rozi sebenarnya mewarisi saka itu, dan kni telahannya semakin jelas. Perkara ini bukan baru, dia sudah mula sedar sejak dari awal perkahwinan mereka lagi.


Ada beberapa perkara pelik yang berlaku sejak10 tahun dia dan Rozi berumah tangga, dan ia terus berlaku sehingga ke hari itu. Fendi masih ingat lagi, suatu malam di awal perkahwinan mereka, ketika mahu bermesra dengan isterinya, tiba-tiba dia melihat wajah Rozi bertukar menjadi wajah makhluk yang amat menggerunkan.!!


Muka Rozi dilihatnya bertukar menjadi hitam dan dia merenung Fendi dengan mata terbeliak kemerahan. Gigi Rozi seolah-olah bersiung sambil air liurnya meleleh-leleh. Fendi hampir terjatuh daripada katil kerana terlalu terkejut. Peristiwa itu Fendi ceritakan kepada isterinya, namun Rozi buat tidak peduli. Kata Rozi, itu semuanya bayangan dan bukannya betul.


Mungkin Fendi terlalu penat, atau terlalu terpengaruh dengan cerita hantu ketika berborak dengan rakan-rakannya di pejabat, hujah Rozi menyangkal cerita Fendi. Beberapa malam selepas itu, Fendi terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi mendesir seperti seekor ular. Kali ini, Fendi benar-benar jatuh dari katilnya apabila melihat Rozi berubah menjadi seekor ular tedung yang bersedia untuk mematuk mangsanya.!!


Satu lagi perkara yang membuatkan Fendi berasa yakin bahawa Rozi merima saka dari keluarganya, apabila Rozi gemar menyimpan tuala wanita yang sudah digunakannya. Untuk apa!!?? adakah darahnya itu untuk diberikan kepada saka tersebut?? apabila ditanya, Rozi menafikannya. Kejadian-kejadian pelik yang berlaku itu membuatkan Fendi bertambah yakin, Rozi ada masalah. Sudah puas Fendi berbincang dari hati ke hati dengan Rozi tentang perkara tersebut, namun isterinya tetap mengatakan bahawa itu hanyalah sangkaan Fendi sahaja.


Sehinggalah sampai pada peristiwa anak-anaknya pula diganggu olek saka isterinya itu. Fendi sudah tidak boleh sabar. Tidak lama selepas itu, Fendi dan isterinya bercerai,” jelas Haji Amli Ebong, peguam syarie yang mewakili Fendi dalam kes penceraian tersebut. Haji Amli sudah berpengalaman selama hampir 13 tahun dalam mengendalikan kes-kes penceraian. Selama menjadi peguam syarie, beliu telah berhadapan dengan pelbagai kes penceraian yang berpunca daripada ilmu hitam. Ada-ada kes-kes yang melibatkan saka dan ada juga punca perbuatan dengki serta khianat orang-orang tertentu terhadap pasangan tersebut.


Malah Haji Amli menceritakan, ketika menjadi peguam mewakili pelanggan dalam kes-kes seumpama ini, dia turut menerima tempiasnya. “pernah ketika saya mengendalikan satu kes penceraian akibat ilmu hitam, ketika saya mahu bertolak dari rumah menuju mahkamah, badan saya tidak semena-mena rasa seram sejuk. Bulu roma saya meremang sepanjang perjalanan saya ke mahkamah. Tapak tangan jadi berpeluh-peluh. Saya kuatkan hati, baca ayat-ayat suci dan syukur alhamdulillah, bila tiba di kawasan mahkamah, semua gangguan itu hilang,” ujar Haji Amli ketika menceritakan pengalaman anehnya itu sewaktu ditemui di Taman Setiawangsa, baru-baru ini.




 


Petikan ; mastika/mac2008/ms 20-23

fiszah posted @ 06:31 - Link - comments

JANGAN KAMU SALAHKAN SESIAPA


Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga dibuat daripada marmar. Para pengunjung yang datang dari seluruh dunia memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut...


Lantai marmar : Patung....ini memang tidak adil!! mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan dan memuji-muji diri kamu? Tak adil!!


Patung marmar : sahabatku..masihkah kamu ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?


Lantai marmat : Ya, aku ingat! Sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza


patung marmar : kalau begitu masihkah kau ingat saat seorang pengukir datang untuk mengukirdiri kamu, tetapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan-peralatan yang digunakannya?


Lantai marmar : Ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu!! dia menikam, mengetuk dan


memecahkan badan aku! Ia sungguh menyakitkan!


Patung marmar : Betul, itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir diri kamu.


Lantai marmar : jadi...??


patung marmar : Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan jadi suatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi, aku relakan diriku untuk dilakukan apa saja olehnya, sekalipun seluruh badanku berasa amat sakit sekali. Sahabatku.... kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kmu itu....


Petikan ; mastika/mac2008/ms19


 


 


 


 

fiszah posted @ 06:28 - Link - comments

CORAT – CORET X – FAIL – INFINITI


 


Pada musim panas 1982, Howard Hewitt bermain golf di sebuah lapangan di New Forest, England. Dan tanpa diduga, hari itu selepas 12 tahun bermain golf, impian Howard untuk melakukan hole in one menjadi kenyataan. Keesokannya, Howard bermain golf di Bramshwaw Club, pula. Dan sekali lagi lelaki yang berasal dari Lyndhurst, Hampshire, itu berjaya melakukan hole in one!


Bukan saja Howard, malah kawan – kawannya juga terkejut. Melakukan dua kali hole in one dalam dua kali berturut – turut, adalah perkara yang amat luar biasa. Tapi kata orang, malang tidak berbau. Ketika Howard dan kawan – kawannya sedang berdiri sambil bercerita tentang kejadian luar biasa itu, tiba -tiba berlaku satu lagi kejadian yang mengejutkan. Sebiji bola golf yang dipukul oleh seurang pemain lain tiba – tiba melayang tinggi, kemudiannya menjunam ke arah Howard dan menghentam bahagian belakang kepala lelaki itu.


Howard jatuh ke tanah dan meninggal dunia!!


Rujukan ; mastika/ogos2008/ms63


 


 

fiszah posted @ 06:26 - Link - comments
Wednesday, 10 December 2008

 KATA-KATA RASULULLAH TENTANG IRAQ JADI KENYATAAN


Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w menudingkan jarinya ke arah Timur lantas bersabda: “Bahawa fitnah akan menimpa orang-orang Islam dari arah ini.” arah timur yang dimaksudkan baginda itu adalah negara Iraq. Apakah segala ramalan rasulullah itu menjadi kenyataan? Ya. Pelbagai peristiwa besar berlaku tidak lama selepas baginda mengucapkan kata-katanya itu. Satu per satu fitnah , peperangan dan pembunuhan terjadi di Iraq. Apakah peristiwa itu berlaku secara kebetulan? TIDAK. Setiap peristiwa yang terjadi, sejak dulu sampai sekarang membuktikan apa yang telah diucapkan baginda itu bukan sekadar ramalan tetapi kebenaran yang pasti terjadi tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Antara peristiwa besar yang menimpa Iraq selepas Nabi Muhammad bersabda ialah:


 


1)pembunuhan Khalifah Umar oleh orang-orang Ajam.


2)Peperangan Jamal dan peperangan Siffin antara Sayidina Ali dan Muawiyah.


3)Perang Karbala.


4)Fitnah oleh Mukhtar.


5)Kezaliman Hajjaj bin Yusof.


6)Penjajahan orang Mongol dan Turki.


 


Sekarang seluruh dunia menyaksikan bahawa bumi Iraq masih belum aman akibat fitnah seperti yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 1400 tahun yang lalu. Peperangan, pembunuhan, penculikan dan sebagainya masih berlaku di negara tersebut akibat pencerobohantentera muyrikin di bawah pakatan Amerika Syarikat.


 


Petikan ; mastika/mac2008/ms 75


 


 

fiszah posted @ 06:11 - Link - comments

TENGKORAK PALING MISTERI


Terdapat sebuah kristal yang di perbuat daripada batu quartz yang terkenal diseluruh dunia.Ia bukan bola kristal yang digunakan para psikik untuk menilik nasib.Tetapi ia adalah kristal quartz yang berbentuk tengkorak! .Tengkorak kristal yang ditemui pada tahun 1972 ini dipercayai berasal daripada zaman Aztec,Maya atau Atlanta.Ia dijumpai ketika sekumpulan ahli kembara nomad yang diketuai oleh F.A Mitchell-Hodges sedang meneroka runtuhan Lubaantun(Kota Batu Runtuhan)dalam hutan British-Honduras.Tanpa diduga setelah tiga tahun menggali di tapak tinggalan purba kaum Maya,Anna,iaitu anak angkat Mitchell-Hodges menjumpai tengkorak kristal tersebut di celah-celah runtuhan altar dan dinding kota berkenaan.Saiznya sama dengan saiz tengkorak manusia.


Tiga bulan kemudiannya,sebiji lagi batu kristal aneh ditemui 25 kaki dari situ.Kali ini berbentuk tulang rahang pula.Melalui satu kajian yang dijalankan oleh makmal Hewlett-Packard,sekurang-kurang 300 tahun diperlukan untuk menghasilakn tengkorak kristal itu.Itu pun jika ia ditangani oleh para artisan yang mahir kerana kristal quartz tersebut mempunyai tahap kekerasan yang tinggi,sedikit sahaja bezanya dengan berlian.Yang menjadi misteri ialah apakah kepentingan tengkorak kristal itu kepada pembuat dan pemiliknya sedangkan mereka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga kurun untuk menghasilkannya?Satu lagi misteri timbul.Apabila rahang kristal diletakkan betul-betul pada tengkorak itu,ia amat padan.Rahang itu boleh di buka dan dikatup seperti mulut manusia.


Bahagian ubun-ubunnya juga kadang-kadang bertukar ''suram'' menjadi warna putih susu.Pada ketika yang lain ia mengeluarkan aura menakutkan bewarna kekuningan dan berbentuk gegelang serta terapung membulat diatas tengkorak berkenaan.Selain itu mereka yang pernah menyimpan tengkorak kristal berkenaan dihantui kejadian-kejadian pelik damn menakutkan.Antaranya ialah bunyi-bunyi dan bau yang aneh.Yang lain pula didatangi lembaga menyeramkan.


Adakah tengkorak kristal itu dibuat kerana dipercayai mempunyai kuasa pelindung?Mungkin, kerana selama 30 tahun menyimpannya,Mitchell-Hodges pernah di ancam dengan serangan senjata tajam dan 18 tembakan.Namun dia bernasib baik kerana selamat.Mitchell-Hodges meninggal dunia pada 12 jun 1949 ketika usianya 75 tahun,tapi sebelum pergi dia telah memberi hak pewarisan kepada Anna, anak angkatnya.Tengkorak yang dianggaarka AS$250,000 itu kini berada dalam tangan orang yang mula-mula menjumpainya.


 


petikan : mastika / disember2005

fiszah posted @ 06:08 - Link - comments

 


SUSU IBU TEWASKAN BISA ULAR TEDUNG


Kenneth Hampson sedang memandu di sebuah belukar di Bulawayo,Zimbabwe,pada 2 November 1982, apabila keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan.Lelaki itu turun lalu membuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan.Tetapi sebaik penutup bonet terbuka,dia terkejut apabila seekor ular tedung selar muncul dari celah-celah enjin kenderaannya.Ular tersebut tidak memagut Kenneth ,sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu.Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas.Penglihatannya juga menjadi kabur.


Kenneth bernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melalui kawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan.Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Kenneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi.Kemudian ,Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua belah mata lelaki itu.Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan,doktor memberitahu sesutu yang amat mengejutkannya.Kata doktor,tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadi buta.Menurut doktor tersebut ,semburan bisa dari ular tedung amat berbahaya.Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?Jelas doktor,ini terjadi kerana susu ibu boleh


meneutralkan neurotoxin,mencairkan racun serta melegakan kesakitan


 


(MASTIKA OGOS,2008)


 

fiszah posted @ 06:03 - Link - comments
Thursday, 04 December 2008

 


TANGISAN DARI KATIL SI MATI


 


Ruang legar di wad unit rawatan rapi (ICU) pada malam itu, sunyi sepi. Tiada orang lalu-lalang. Malam itu merupakan malam pertama saya ditugaskan bekerja syif malam. Hanya saya dan seorang lagi jururawat bertugas pada malam itu.


Pertama kali bekerja malam, membuatkan saya jadi begitu mengantuk. Bosan. Semua pesakit sedang tidur.


Jam menunjukkan 4.00 pagi. Kelopak mata menjadi terlalu berat untuk dibuka. Bagi menghilangkan kebosanan dan mengantuk, saya berulang-alik di kawasan kaunter, melihat keadaan sekeliling. Kemudian, saya duduk di kerusi tidak jauh dari situ sambil mendengar lagu dari walkman. Saya pejamkan mata, fikiran mula melayang dan beberapa minit kemudian.....


PAANNGG!! Tiba-tiba pipi saya ditampar oleh seorang jururawat Cina. “Bangun! Jangan tidur di sini!” marah jururawat itu, kemudian terus berlalu.


Saya terpinga-pinga. Sudahlah kena marah, kemudian di tampar pula. Tapi...... “Siapa jururawat ini?” saya bertanya di dalam hati.


Saya segera mendapatkan teman setugas saya di kaunter. “Siapa jururawat Cina tu?” soal saya padanya. Kawan saya tercengang. Dia memandang kiri dan kanan. Katanya dia tidak nampak sesiapa pun yang lalu di hadapan kaunter. Kalau ada orang lalu, tentu dia akan perasan. Tambahan pula, hanya kami berdua sahaja yang bekerja pada malam itu.


Saya terkejut. Ah, kalau tidak ada orang, siapa yang menampar pipi saya?


“Betul, aku nampak dia lalu sini tadi. Pipi aku ni masih sakit lagi,” kata saya, lalu memberitahu, saya melihat sendiri jururawat berbangsa Cina itu berjalan ke arah kaunter.


“Tak ada sesiapa. Mungkin kau mengigau, ATAU....!!!” kata kawan saya itu tanpa menghabiskan kata-katanya. Kami saling berpandangan.......


Esoknya, saya ceritakan apa yang berlaku itu kepada kawan-kawan yang lebih senior. Mereka semua tersenyum dan berpesan, jangan tidur ketika bekerja syif malam. Kalau tertidur, 'benda itu' akan datang mengganggu.


Kawan-kawan saya yang lebih senior itu juga berpesan, jangan lupa untuk menyimpan gunting dalam poket apabila bekerja malam. Sebabnya 'benda itu' takut pada benda-benda tajam.


Disebabkan saya baru bekerja di hospital tersebut, kawan-kawan sering mengingatkan, kalau terlihat seseorang yang agak pelik, diamkan saja. Kata mereka, mungkin apa yang saya lihat itu adalah jelmaan pesakit yang telah meninggal dunia.


Pada mulanya saya ragu dengan cerita-cerita sebegini. Mungkin ia mainan perasaan saja, hinggalah suatu malam apabila saya terdengar suara orang menangis. Suara itu begitu sayu, dan yang menakutkan, ia datangnya dari katil seorang wanita yang membunuh diri akibat putus cinta! Di katil itulah dia menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari terlantar akibat meminum racun.


Pada hari yang lain, saya melihat pula bayang-bayang tubuh seorang lelaki yang baru meninggal dunia. Pukul 3.00 pagi hari yang lain, saya melihat seorang kanak-kanak berjalan seorang diri di luar wad. Kanak-kanak perempuan itu bersendirian, mundar-mandir di tepi pintu dan ruang legar, kemudian hilang entah ke mana. Keesokannya, kanak-kanak itu muncul lagi, kali ini berhampiran sebuah katil.


Daripada bentuk badannya, baru saya sedar, bayangan itu adalah jelmaan kanak-kanak yang baru meninggal dunia akibat barah otak. Kanak-kanak berusia 10 tahun itu meninggal selepas tiga minggu dimasukkan ke wad dan yang sedihnya, sepanjang dirawat, dia sering saja menangis kerana tidak tahan menanggung kesakitan di kepalanya.


Selepas 15 tahun berkhidmat sebagai jururawat, akhirnya jelmaan – jelmaan itu tidak lagi menakutkan saya. Bagi saya, ia sudah menjadi perkara biasa. Mungkin ia menjelma kerana si mati belum bersedia untuk meninggal dunia. Mungkin juga kerana ada sesuatu yang ingin dinyatakan oleh si mati, tetapi tidak dapat dilakukan kerana nyawanya sudah dicabut terlebih dahulu.


Oleh sebab itulah mereka menangis, menjerit dan berlegar di katil tempat mereka menghembuskan nafas terakhir. Malah, ada yang terlampau marah hingga menggoyang katil berkenaan atau memegang tangan saya..


Apabila ada waktu terluang, saya ceritakan kisah-kisah ini kepada kawan-kawan. Bagaimanapun, kata mereka, apa yang saya alami itu tidak sengeri yang dialami oleh seorang doktor.


Menurut kawan-kawan, sejak bertugas di hospital itu, doktor tersebut lebih suka menggunakan tangga kerana lif lambat. Suatu malam, doktor tersebut terjumpa seorang wanita sedang menangis di tangga yang sering di gunakannya.


“Kenapa menangis di sini? Pergi bilik awak, nanti jururawat cari, tak jumpa,” kata doktor tersebut. Bagaimanapun, pesakit wanita itu tidak menjawab. Dia terus menangis tersedu-sedu. Malah, pesakit itu tidak langsung mengagkat mukanya. Bimbang wanita tersebut mengalami tekanan perasaan, doktor berkenaan memujuknya supaya segera balik ke katil. Tapi usaha itu tidak berhasil.


Lantas, doktor tersebut memanggil dua orang jururawat supaya pergi mendapatkan wanita tersebut sebelum dia membunuh diri atau melarikan diri dari hospital. Jururawat yang diarahkan oleh doktor itu pergi ke tangga, tapi..... anda tahu apa yang berlaku, kan? Ya, tiada siapa di tangga itu!


Untuk pengetahuan anda, doktor itu tidak percaya pada kewujudan jelmaan-jelmaan misteri dan 'hantu'. Lantas, apabila jururawat berkenaan memberitahu mereka tidak menjumpai sesiapa yang sedang menangis di tepi tangga, doktor berkenaan tidak percaya.


Dia pergi ketangga tersebut, dan....... !!!!! Ya, tangga itu kosong. Selepas kejadian itu, doktor tersebut tidak lagi menggunakan tangga sampailah sekarang. Jika dahulu dia membenci lif, sekarang dia membenci tangga. 


 


Petikan : Mastika/Ogos2008/muka surat 121 – 123


 

fiszah posted @ 05:21 - Link - comments

 


APABILA ANJING MELOLONG.....


 


"PERTENGAHAN 1990-AN...."


 Tepat pukul 11.00 malam, warden menutup semua lampu di asrama kami. Selimut ditarik, kami memejamkan mata. Suasana begitu nyaman kerana asrama kami merupakan rumah papan, terletak jauh di pedalaman negeri Pahang. Bandar yang paling hampir pun letaknya nun 25 km dari asrama.


Sekolah agama tempat kami belajar itu asalnya bekas pejabat orang-orang Inggeris yang melakukan perlombongan bijih di sekitar kaki bukit. Asrama kami pula yang terletak bertentangan dengan sekolah, adalah bekas rumah kakitangan Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun, ia terbiar kosong selama beberapa tahun sebelum ditukar menjadi asrama. Selain saya, ada 23 pelajar lagi menginap di asrama itu dan kami ditempatkan dalam dua buah bilik besar. Semasa hanyut dibuai mimpi, tiba-tiba saya terjaga. Saya genyeh-genyehkan mata yang terasa pedih dan masih mengantuk. Saya lihat lampu bilik semuanya terpasang manakala teman-teman sebilik seperti biasa, ada yang mengemas katil dan ada juga yang menukar baju untuk mandi.


Saya tanpa berlengah , segera bangun lantas mencapai tuala dan berjalan ke bilik air. Saya tolak pintunya yang sedikit renggang. Ketika mahu mengambil bekas peralatan mandi, saya lihat teman-teman lain hanya mengambil sabun basuh dan berus, kemudian ke pintu untuk membasuh di pelantar yang telah disediakan di luar bilik air. Saya perhatikan, hanya saya seorang saja yang berada di dalam bilik itu.


Tanpa mempedulikan sesiapa, saya terus masuk ke dalam bilik mandi. Bunyi mereka memberus dan membilas pakaian cukup jelas kedengaran kerana pelantar itu letaknya betul-betul di belakang bilik mandi yang sedang saya gunakan.


Tiba-tiba kerancakan bunyi orang membasuh dan memberus, terhenti serta-merta. Yang terdengar hanya sayup-sayup suara lolongan anjing bersahut-sahutan. Lolongan itu memanjang dan menyeramkan.


Saya mula kehairanan. Dengan segera saya sudahkan mandian dan mengambil wuduk untik bersolat subuh. Ketika meletakkan bekas mandian, saya memaling ke arah pintu bilik air kami. Hairan, pintu tertutup rapat. Malah berkunci dari dalam. Berus dan sabun basuh itu kering. Tiada tanda-tanda ia dibasahi air. Badan saya mula menggigil. Saya terus keluar dari bilik air tersebut dan bergegas menuju ke bilik tidur.


Langkah saya terhenti. Sekali lagi saya terkejut kerana ruang tamu yang menempatkan almari, kerusi dan meja, kelihatan gelap. Lampunya tertutup. Yang menyala ketika itu hanya lampu bilik air yang saya gunakan sebentar tadi. Saya tolak pintu bilik kami yang sedikit renggang. Gelap gelita. Suis ditekan dan, paappp....lampu terpasang.


Saya tergamam, kawan-kawan saya semuanya sedang nyenyak tidur. Salah seorang daripada mereka terjaga apabila bilik kami diterangi lampu yang saya buka tadi. Dia terus bertanya, kenapa saya berkemban. Saya tidak menjawab pertanyaanya. Sebaliknya saya bertanya semula, bukankah dia sudah bangun tadi, kemudian membasuh di pelantar. Dia tercengang.


kau ni mengigau ke??” soalnya kembali. Mengigau? Tidak! Saya tidak mengigau!


Disebabkan bilik kami terang, kawan-kawan yang lain mula terjaga. Masing-masing kehairanan, malah ada yang marah kerana menyangka saya mengulang kaji pelajaran hingga dinihari.


Saya berusaha meyakinkan mereka bahawa saya tidak mengigau, tetapi baru saja selesai mandi. Saya juga beritahu bahawa saya lihat mereka semua sudah bangun dan kemudian membasuh pakaian.


Tiba-tiba terlintas di fikiran saya untuk melihat jam di tepi katil. Baru pukul 2.35 pagi! Badan saya menggeletar, kaki saya terasa kebas. Ketika itu baru saya terfikir sesuatu yang menakutkan. Patutlah tadi, sewaktu saya tiba-tiba terjaga dari tidur, saya lihat semua kawan-kawan saya langsung tidak bercakap semasa mengemas katil masing-masing. Mereka juga, langsung tidak bersuara sewaktu membasuh pakaian di pelantar, sedangkan selama ini kawan-kawan saya itu pasti akan berbual-bual semasa mengemas bilik dan membasuh pakaian. Rupa-rupanya...!!!


Tiba-tiba pandangan saya menjadi kabur. Seketika kemudian saya pengsan. Akibat kejadian itu, saya bercuti selama seminggu untuk memulihkan semangat....


 


 


petikan : mastika / disember2007 / m/s 114-115

fiszah posted @ 05:02 - Link - comments