Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Kisah Mistik
Kisah Mistik
About Me
Age:
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Pisces
Blog Description
Memaparkan kisah dan peristiwa mistik.
What I like...
What I hate...
Archive
last days
March 2010
February 2010
January 2010
December 2009
August 2009
July 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
Link
Petua Kecantikan Rambut & Badan
Reading...
Currently listening to...
Last Movie seen...
Quote


003011
Visits

Saturday, 08 August 2009

Perut Amy Kian Membusung



Amy gadis periang. Sikap ramahnya membuatkan dia begitu disenangi di kalangan teman sekerja. Boleh dikatakan satu kilang mengenalinya apatah lagi dia kerap menghulur bantuan tanpa mengira masa jika kawan-kawan memerlukan khidmatnya. Cemerlang dan komited dalam tugas membuatkan majikannya menaikkan pangkat gadis manis berasal dari Kelantan ini. Bermula sebagai operator pengeluaran, masuk tahun ketiga bekerja, dia dinaikkan pangkat terus ke jawatan Line Leader.


Dia cukup bersyukur kerana dengan kenaikan pangkat, gajinya turut dinaikkan sedikit. Bolehla dia membantu meringankan beban keluarga. Sebelum ini dia hanya mampu menghantar RM 150 sebulan kepada keluarga di kampung tapi bila sudah naik gaji, dia boleh beri RM 250 sebulan. Sekurang-kurangnya wang itu dapat menampung keperluan adik-adiknya. Maklumlah ayahnya hanya bekerja kampung manakala ibunya pula menjual kuih sedikit-sedikit.


Amy masih ingat benar, sejak kecil, kehidupan mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah dia dan sembilan beradiknya pernah makan berlauk kicap sahaja. Itu pun cukup sedap dari tidak menjamah makanan langsung. Melihat kemiskinan keluarganya, dia nekad belajar setinggi mungkin. Tapi benarlah kata orang, nasib anak sulong selalu beralah demi adik-adik yang masih kecil untuk meneruskan alam persekolahan.


Tapi Amy tidak kisah, asalkan adik-adiknya dapat meneruskan alam persekolahan sekali gus menjadi orang yang berguna. Walaupun dia beralah, ada juga di antara adik-adiknya terpaksa berhenti sekolah. Ada setakat PMR sahaja. Maklumlah mereka bukan keluarga yang senang.


Sebaik habis SPM, dia berhijrah ke ibu kota. Tujuannya memang murni. Mahu mencari kerja mengurangkan bebanan keluarga. Awalnya keluarga menghalang kehendaknya, mereka takut anak gadis mereka terpesona dengan keasyikan duniawi. Seperti janji Amy, dia mahu berhijrah kerana mahu membantu keluarga. Setelah melihat dirinya begitu bersungguh-sungguh, keluarga membenarkan dia pergi mencari rezeki. Dengan kelulusan setakat SPM sahaja, apa kerja yang dia mampu lakukan kecuali dengan bekerja di kilang. Alhamdulillah, dengan sekali temuduga, dia diterima bekerja sebagai operator. Biarpun gajinya RM 400 sebulan, itu pun belum campur kerja lebih masa dia masih mampu menghantar sedikit kepada keluarganya.


Sejak memulakan kerja, Amy begitu komited dengan tugasnya. Biarpun kawan-kawan asyik memperlinya kerana bekerja keras dan tidak tahu bersosial tetapi Amy tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu terus memburuk-burukkan imej pekerja kilang yang dianggap sebagai gadis yang tidak bermoral.


Sesekali, bila bercuti panjang, dia akan balik Kelantan. Kepulangannya memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh adik-adiknya kerana mereka tahu kakaknya akan bawa balik bermacam-macam hadiah yang jarang mereka temui di kampung.


Entah kenapa, kepulangannya ke kampung kali ini setelah enam bulan pulang sebelum ini, agak merisaukan keluarganya. Dia gemar menyendiri dan tiada lagi gelak ketawa yang keluar dari mulutnya. Bila ditanya, katanya dia tidak sakit cuma sedikit letih kerana banyak kerja yang perlu disiapkan apatah lagi sejak dia dinaikkan jawatan sebagai line leader. Jika sebelum ini dia cuma mengambil cuti seminggu, kali ini kepulangan Amy lebih lama. Ini kerana dia telah dia telah memohon cuti tiga bulan tanpa gaji daripada pihak majikan dengan alasan kesihatannya agak merosot. Badannya sering sakit-sakit dan perutnya makin membesar. Tapi dia tidak memberitahu hal sebenar kepada majikannya. Disebabkan dia pekerja cemerlang, majikannya memberi kebenaran. Jika pekerja lain, entahla mungkin akan dibuang kerja.


Semakin hari perut Amy semakin membesar malah dia agak monyok. Kedua ibu bapanya agak runsing apatah lagi jiran-jiran sekampung sering bertanyakan kepada dirinya. Maklumlah, kata mereka perutnya nampak besar seakan orang mengandung sedangkan di belum berkahwin lagi. Malah ada yang menuduh dia mengandungkan anak luar nikah. Puas Amy nafikan, katanya dia masih suci. Bagaimana dia berzina, kekasihnya pun tidak ada. Keluarganya memang sudah tidak dapat menerima alasannya, malah mereka sama seperti orang kampung yang menuduhnya mengandungkan anak luar nikah.


Setiap hari Amy menangis sendirian, keluarga sendiri tidak mempercayainya. Hinggalah suatu hari dia pengsan, keluarga membawanya berubat dengan seorang bomoh. Dari pengamatan bomoh tersebut, Amy terkena ilmu hitam yang dilakukan orang yang sakit hati kepadanya. Ini kerana berkali-kali teman sekerjanya menyatakan rasa cinta tapi ditolak mentah-mentah oleh Amy kerana dia lebih pentingkan keluarga. Benarlah kata orang, kuasa cinta mengakibatkan mengakibatkan orang sanggup melakukan apa sahaja biarpun salah di sisi agama dan undang-undang.


 


Mingguan Wanita


Julai 2009

fiszah posted @ 05:02 - Link - comments
Tuesday, 04 August 2009

Disampuk hantu ketika berkhemah


Maria sudah lama merancang untuk berkelah di kawasan air terjun di pinggir bandar bersama dengan empat orang rakan-rakannya. Namun kesibukan dengan kerja menyebabkan masing-masing tidak berkesempatan. Hubungan Maria bersama empat lagi rakan memang akhrab sejak di bangku sekolah sehinggalah mereka semua bekerja.


Walaupun bekerja di tempat berbeza namun mereka tetap berhubung antara satu sama lain. Akhirnya setelah beberapa kali tertunda, rancangan Maria terlaksana juga pada satu hujung minggu. Lima sahabat ini menuju ke kawasan air terjun yang memang terjadi 'port' mereka setiap sekali punya kelapangan.


Mereka berhajat bermalam di situ biarpun pada awalnya rakannya Farah agak keberatan memandangkan tempat itu agak tersorok dan tak ramai orang yang datang berkunjung ke situ. Namun setelah dipujuk oleh rakan-rakan, Farah akur. Setelah segala persiapan di lakukan, mereka kemudian bergerak. Sampai di sana, Farah mecadangkan supaya niat untuk bermalam diberitahu oleh pihak berkuasa di kawasan tersebut. Namun, Alia menegah dan berkata tiada apa yang akan berlaku. Lagipun mereka sudah biasa bermalam di sana sebelum ini.



Maria dan rakan-rakan membawa barang-barang keperluan untuk berkhemah dan juga sedikit makanan selama dua hari di sana. Sepanjang perjalanan ke situ, Maria sebenarnya berasa tidak sedap hati tetapi ia dipendamkan saja kerana tidak mahu rakan yang lain syak yang bukan-bukan.


Setibanya di sana, masing-masing diberi tugas. Alia dan Farah ditugaskan untuk mencari kayu untuk dibuat unggun api, manakala Maria, Zana dan Rita mula memasang khemah. Mereka kemudian terus melakukan tugas akan tetapi suasana yang tenang-tenang tiba-tiba bertukar riuh rendah dengan jeritan Alia yang memarahi Farah kerana mencampakkan sampah tepi semak ketika sedang membersihkan tapak khemah.


Sangka rakan yang lain, ia cuma perkara kecil tapi tiba-tiba saja Alia mula bertindak kasar. Rakan-rakan yang lain bergegas menuju ke arah dua lagi rakan tadi. Farah yang kelihatan tergamam cuba menyelamatkan diri dari terus dipukul tetapi tidak berjaya. Tambahan pula, tubuh Alia lebih besar dari Farah membuatkan dia tidak berupaya melawan. Lama jugalah Farah meronta dan menjerit-jerit sehinggalah Maria, Zana dan Rina datang untuk meleraikan mereka. Namun begitu usaha mereka tidak berjaya. Kekuatan Alia lebih dari mereka semua. Sesekali suaranya terdengar garau hingga membuatkan Maria dan rakan lain risau. Melihat keadaan semakin serius, Maria mengambil keputusan untuk keluar daripada kawasan tersebut untuk meminta pertolongan.


Semasa bergegas mencari bantuan Maria yang ditemani Zana bertembung dengan seorang lelaki yang bernama Pak Yeop yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Setelah memperkenalkan diri memberitahu keadaan Alia. Pak Yeop bersetuju untuk membantu. Apabila tiba di kawasan perkemahan Alia dilihat sudah tidak terkawal. Melihat keadaan tersebut Pak Yeop dilihat terkumat-kamit membacakan sesuatu. Smabil itu dia pantas meminta Maria dan rakan lain memgang Alia kerana bimbang dia melakukan sesuatu di luar kawalan.


Sebaik dipegang, Alia mula meronta-ronta. Hampir setengah jam begitu, barulah Alia mula keletihan dan akhirnya jatuh pengsan. Setelah itu, Pak Yeop memberitahu Alia sebenarnya disampuk hantu ketika mencari kayu. Mendengar kata-kat Pak Yeop, mereka kemudian jadi takut dan mula bersiap-siap untuk keluar dari tempat tersebut kerana bimbang berlaku perkara yang tak diingini. Bagi Maria ini adalah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan. Tidak pernah berlaku kejadian seperti ini. Mujurlah ada Pak Yeop yang kebetulan berada di kawasan berhampiran. Walupun begitu, kejadian tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus ke sana, cuma kali ini mereka tidak lagi akan bermalam di sana. Bimbang berlaku lagi perkara yang tak diingini.

fiszah posted @ 04:30 - Link - comments