|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
003016
Visits
SEMESTER 1
Masa aku belajar dulu di sebuah universiti di selatan terjadi satu kisah misteri. Kisah yang melibatkan sorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan........................
Melangkah ke alam belajar di institut pengajian seperti ini merupakan dunia baru bagi pelajar-pelajar semester satu. Jauh dari keluarga memberikan ruang kebebasan kepada mereka. Minggu orientasi merupakan minggu yang sangat mengembirakan bagi pelajar-pelajar ini. Di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan masing-masing mengambil kesempatan menukar nombor telefon.
Selesai minggu orientasi, sesi pembelajaran pun bermula. Ada yang ke jabatan elektrik, ada yang ke jabatan perhotelan dan sebagainya. Dan setiap pelajar semester satu ditempatkan di asrama yang terletak di dalam kawasan universiti itu juga.
Aku merupakan pelajar semester kedua dan setiap malam aku kerap mengunjungi kawasan asrama untuk makan makanan kegemaran aku di kafe tersebut. Setiap kali aku mengunjungi kafe tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki duduk di hujung kafe dan sedang berbual dengan seorang wanita tetapi malangnya aku tak dapat tengok wajah wanita tersebut . Ceria wajah lelaki tersebut...
Hampir setiap malam mereka berbual, masih di sudut yang sama, masih aku tak nampak wajah wanita tersebut. “Aahhh...biarkan lah, bukan urusan aku”, bisik aku sendirian. Tetapi perasaan ingin tahu tetap mendalam. Hari demi hari berlalu, masuk minggu peperiksaan dan masing-masing bertungkus lumus mengulangkaji sama seperti pasangan 'pelik' yang aku temui di kafe. Selesai 'exam', bermakna tamat satu semester dan semua pelajar pulang ke kampung halaman untuk berehat sebelum memulakan semester yang seterusnya.
SEMESTER 2
Pendaftaran bermula dan pelajar-pelajar yang lulus terus ke semester yang seterusnya. Sama seperti pelajar lelaki tersebut. Terdetik hati aku ingin berkenalan dengan pelajar tersebut dan dengan mesra dia menyambut salam perkenalan aku. Namanya Haiqal. Malam tu aku ajak dia makan di kafe asrama memandangkan dia pun tak lagi tinggal di asrama tetapi beliau menolak kerana katanya ingin berjumpa dengan 'kekasihnya' yang sekian lama tak jumpa semenjak cuti semester.
Seperti biasa, aku dah lama tak 'pekena' kuew teow 'feberet' aku. Tengah sedap aku makan aku ternampak Haiqal sedang terpinga-pinga mencari sesuatu.
“Apa kena kau ni Haiqal”? tanya aku.
“Aku tengah tunggu 'awek' aku ni, dah lama aku tunggu. Biasanya waktu camni dia dah tunggu aku.
“Kau ada hubungi dia ke”?
“Aku dah SMS dia”, balas Haiqal.
“Nape tak call je”, tanya aku.
“Dia takkan jawab kalau aku call, memang itu syaratnya masa aku kenal dengan dia dulu. Tapi sebelum cuti ari tu aku dah 'konfemkan' dengan dia lepas cuti, hari pendaftaran kami akan jumpa di sini. Waktu yang sama kami akan jumpa.” jawab Haiqal.
“Kejap lagi sampai lah tu”, aku sedapkan hati Haiqal.
Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam. Kafe pun hampir tutup. Karim setia menunggu dan sedang Haiqal berSMS, tiba-tiba aku ternampak gambar seorang wanita. Nampak macam aku kenal. Dan aku cuba bertanya, “Awek kau ke tu”?.
“Haah.. inilah dia orangnya, gambar ni pun aku ambil dari kad pelajar dia sebab dia tak suka ambil gambar”, jawab Haiqal. Lama aku tenung gambar tu.
“ Kalau aku bagitau kau, jangan plak kau terkejut atau marah aku, tapi niat aku baik dan nak tolong kau”, terang aku.
“Perempuan yang kau anggap 'kekasih' tu sebenarnya dah lama meninggal dunia. Dia mati kerana terjun bangunan asrama akibat putus cinta. Masa tu aku semester pertama. Dia satu jurusan dengan aku. Kalau kau tak percaya kau boleh pergi ke bahagian pentadbiran universiti”, terang aku dengan panjang lebarnya.
“Aku tak percaya!!!!!!!!!!!!!!!..........................”
Akhirnya...... Haiqal menjadi gila kerana tidak dapat menerima kenyataan yang selama ini dia bercinta dengan 'jelmaan' sahaja.
Moral of the story : Bercinta berpada-pada dan jangan sampai lupa pada Allah S.W.T
'Jangan pandang belakang' adalah sebuah filem yang mencatat jualan tertinggi. Aku tak sempat nak 'join' tengok kat wayang tapi aku beli CD je. Original tau...
Malam tu lepas balik kerja aku tak sabar-sabar nak tengok citer yang orang kata seram ni. Aku tinggal sorang kat rumah, mak ayah aku balik kampung...... Apalagi, aku buat macam ala-ala panggung wayang la......
Tengah seram menghayati adegan tok bomoh.......... Tiba-tiba di hujung cerita tepat pukul 12 malam aku rasa seperti ada sesuatu duk dekat ngan aku dan serta merta angin bertiup kencang kat luar rumah. Habis terbang langsir-langsir tingkap. Meremang bulu roma aku, ikutkan aku nak selubung je dengan selimut tapi aku memberanikan diri membuka lampu, dan angin tu perlahan-lahan reda dan 'benda' yang duk dekat ngan aku pun hilang......................
Moral of the story: jangan lah tengok cerita-cerita seram malam-malam kalau anda seorang yang tak kuat semangat

Pada satu malam, aku balik dari kerja lewat sangat. Jam menunjukkan kira-kira pukul 3.00 pagi. Kat tepi rumah aku ada sebatang pokok besar, pokok tu dah lama sangat duk kat situ. Tapi takde masalah pun dengan aku sebab tu sebatang pokok. Tiba-tiba aku ternampak ada api rokok muncul dari pokok tersebut. Camne aku tahu tu api rokok sebab memang macam api merokok sebab aku ni pun merokok gak.
aku terfikir jap,.....
lama gak aku fikir.................
tak boleh fikir,....
aku fikir lagi ...
dan lagi.....
dan fikir lagi...
dan lagi.................
Dan..........................
Sebenarnya itu adalah tempat bakar sampah, dan bila sampah di bakar maka sisa-sia pembakaran tu tertinggal dan bila angin bertiup terbakarlah semula ranting-ranting pokok tu. Itulah dia cerita rokok yang 'membahayakan kesihatan'.
Satu malam, mak aku suruh pergi kedai beli garam. Masa tu dah pukul 8.30 malam, aku naik motor sorang-sorang. Takut punyer pasal, aku bawak motor laju-laju...
Sampai ke destinasi, aku cepat-cepat beli apa yang mak aku suruh. Kemudian,aku memecut balik...
Prengggg.......Prengggg....Prengggg.........Sambil laju tu sempat lagi aku menoleh ke arah stesen bas dan kelihatan ada seoarang perempuan melambai-lambai seperti menahan teksi atau bas. Dia ingat aku ni public transport ke....
Dari jauh aku tengok cantik...........
Baju putih, rambut panjang mengurai, dengan sopan melambaikan-lambaikan tangannya......
“Cun gak awek ni, boleh aku ayat sikit. He..he
Sampai dekat, aku tengok mukanya..Arrrrgghhhh...........................................ann...annn..tuuuuu......
Hodoh sangat muka dia sampai berulat-ulat,.
Menggeletar lutut aku, tak toleh kiri kanan terus je memecut..


Pada satu malam, keluarga aku mendapat khabar berita saudara terdekat meninggal dunia. Memandangkan adik aku yang baru berumur 4 tahun, mak aku putuskan tidak pergi hanya ayah aku sebagai wakil.
Bukan apa, sewaktu umur aku 8 tahun, mak aku pernah mengalami satu peristiwa kira ngeri jugaklah.. Jiran rumah kami yang dulu meninggal akibat barah otak. Selepas beberapa hari, barulah mak aku melawat kaum keluarganya, disebabkan tiada siapa boleh menjaga aku mak aku pun bawak aku sekali..
Malam tu, ayah aku syift malam. Tinggallah aku dengan mak aku. Masa dulu tidur dalam kelambu, elakkan nyamuk. Sebelum tidur...
"Jangan lupa baca doa", pesan mak
"Bismillaaah................ Mak siapa yang duduk kat cermin makeup tu mak?", tanya aku
"Baca doa tak habis, cakap yang bukan-bukan". tegas mak
Aku ulang lagi "Mak, dia pandang sini", dia nak apa? adik takutlah mak......." . "Seram sejuk mak masa tu. Mak tak nampak apa-apa tapi rasa cam ada satu benda memerhati. Meremang bulu mak masa tu", cerita mak.
Aku cakap lagi, "Kepala dia botak mak, takde rambut. Siapa dia tu, takutlah mak. mak suruhlah dia pergi...."
Mak baca ayat kursi sebagai pelindung sambil memeluk aku. Lama kelamaan 'orang botak' tu hilang dan aku pun terlena.
Benar ke itu 'badi' orang yang meninggal dunia yang ikut pulang sesiapa saja yang disukainya????
Jawablah sendiri ye.......
Rujukan : Website yang tidak dapat dikenalpasti

Suatu pagi semasa aku tengah mengemas katil aku ternampak sesuatu atas katil. Nampak bersinar-sinar macam kristal dan bila aku angkat rupa-rupanya kalung. Cantik kalung tu, bersinar-sinar....
"Cantikkan..." tanya aku pada Su. "Waaauuu....cantiknya, mana kau beli ni. Peminat kau kepala botak tu bagi kat kau ye?"... Su buat andaian
"Tolong sikit ye, takde maknenya..." jawab aku. "Aku dapat dari 'KAYANGAN'.....
"Kau ni, main-mainlah..... Cakap lah cepat". desak Su
"Ini hadiah dari orang misterilah, kau tak payah tahu...." (malas aku nak cerita macamana aku jumpa kalung tu)
Aku pun melaramlah dengan rantai misteri tu... Semua kawan-kawan aku suka sangat dengan kalung tu. Ada yang nak pinjamlah, ada yang nak tengoklah, termasuklah budak-budak lelaki berkenan kat kalung tu. Aku bangga sangat ada kalung tu. Pastu ramai yang kata aku nampak berseri..... Lagilah 'kembang' beb....He..he
"Simpanlah rantai ni.. Nanti cikgu nampak habis dia rampasnya. Sampai rumah aku melaram lagi dengan kalung tu sampai bawa tidur... Keesokannya, aku rasa aku hilang sesuatu. Rupanya kalung yang aku pakai dah hilang.....
Aku tertanya-tanya, mana pergi rantai tu.. Aku kemas-kemas katil tapi tak jumpa.. Satu rumah aku cari tapi tak jumpa. Aku tanya kat mak aku tapi mak aku pun tak tahu aku ada rantai tu..
Mana perginya rantai tu....
Takkan lah 'orang' tu ambil balik...???
Buruk sikulah kalau macam tu......
Tapi kesimpulannya memang kalung tu dah hilang. Hampir 10 tahun peristiwa tu berlaku. Aku tak putus asa. Aku tak pernah ubahsuai kedudukan katil aku. Dan setiap pagi aku bangun aku akan cari 'kalung misteri' tu, mana tau terjumpa... Sehinggalah hari ini.................................
Rujukan : Pengalaman Sendiri
Malam tu, aku baru balik dari tuisyen. Almaklumlah...PMR nak dekat. Aku sampai rumah lewat sebab basikal aku terlucut rantai. Terpaksalah 'menapak' nak sampai rumah, nasib baiklah kawan aku ni duk sebelah rumah je. Ada gak lah teman. "Kalau naik motor tak lah macam ni". rungut aku. Dalam kul 11.00pm baru sampai rumah. Mata dah mengantuk, badan dah letih, esok nak kena bangun awal pagi maka aku terus panjat katil dan zzzzzzzzzzz......
"Seronoknya kalau hari-hari naik motor. Boleh sampai awal, tak penat nak kayuh basikal". Ada hikmahnya basikal aku rosak malam tadi.
"Memang bes, aku pun tak penat nak temankan kau jalan kaki kalau basikal kau rosak. Bawa laju sikit lah Milah...." Jeni bagitau.
"Aku kan baru belaja bawak moto, takutlah nak bawak laju-laju" aku cakap dengan Jeni
"Kalau camni lagi laju aku bawak basikal"....Jeni perli aku
Rasa tercabar gaklah aku, jadi aku pun pulas minyak......
Broooommmm....... "amacam laju kannnn!!!!!" aku jerit
"Yee....aaahhh..... Camni barulah bes..." seronok Jeni
Arrrrgghhhhh......"Brek, brek....Milah, depan tu selekoh", Jeni menjerit
Aku jadi gelabah, bukan brek tapi lagi aku pulas minyak. "Woi...breklah....!!!!"
"Aaaaaaaaa........Booommm.....dush...Adoi, sakitnya.. rasa macam tulang aku patah semuanya
Perlahan-perlahan aku buka mata, aku tak nampak Jeni tapi aku nampak mak aku kat sebelah. Aku tertanya-tanya aku kat mana. Rupanya tadi aku mimpi sampai jatuh katil.... dan akibatnya mulut aku berdarah.
Dalam kabur-kabur mata aku, aku ternampak 3 lelaki berjubah dan berserban di hujung kaki memandang aku sambil tersenyum. Dalam fikiran aku mereka datang melawat sebab aku sakit jatuh katil... tapi kenapa pakai camtu.
Keesokan hari, aku tanya kat mak aku. "Mak, siapa yang datang semalam masa akak jatuh katil?. "Mak lah, tu lap mulut kamu tu yang berdarah tu. Apalah yang dimimpinya tu sampai jatuh katil". rungut mak. "Tak..mak, ada orang lain. Pakai jubah putih, handsome-handsome mak. Dia senyum kat akak mak...
"Kamu tu banyak berangan, mak yang datang bila dengar kamu menjerit. Tengok-tengok dah terjelepuk kat lantai..Tak habis-habis tidur, pastu mengingau". mak ceritakan apa yang berlaku malam tadi.
"Dah-dah gi sekolah cepat. Naik moto arwah pakcik Derus tu. Tapi hati-hati, jangan kamu langgar batang pokok kat selekoh depan tu". pesan mak.
He..he..hee.. Baru aku faham, malam tadi aku berangan dapat naik motor sebab basikal aku rosak sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Lelaki yang aku nampak malam tadi tu agaknya pakcik Derus aku yang meninggal akibat barah paru-paru... Motor tu adalah peninggalan dia. Agaknya dia suka kot aku nak guna moto kesayangan dia ni dari terbiar kat belakang rumah..
Tapi siapa plak 2 orang lelaki tu?????
Kawan dia kot???......
Jeng...Jeng....Jeng....
Rujukan : Pengalaman sendiri...
Sedang Halim dlm perjalanan plg pukul 12 mlm,dia terserempak ngan sorang awek tepi jln,dia pun berhenti kat situ.Tiba-tiba dia rasa seram dan bau wangi semacam,tapi dia berani kan tanya awek tu nk gi mane....
Halim : Nk gi mane ni?
Awek : Blik umah
Halim : Biar abng antarkan
Awek : owk....
Dia pun pecut motor dia laju-laju lepas tu dia berhenti kat simpang dia tngk blkng dia tngk awek dah takde dia pun pecut moto dia laju-laju.Dia deman seminggu.
Smuanya kekal misteri krne citer ni tjuknya pun misteri.
Kah kah kah. jgn biarkan hdup anda diselubungi misteri alam. kuang3


Khnizir kepala manusia? Itulah yang dapat disimpulkan oleh penduduk sekitar. Orang ramai yang tinggal berdekatan dan tidak kurang juga yang datang dari jauh mula membanjiri rumah pemilik haiwan aneh itu bagi melihat dengan lebih dekat lagi setelah berita mengenainya digempar gempurkan oleh orang ramai dan penduduk sekitar. Ada di antara mereka pada mulanya tidak mempercayainya tetapi setelah diamati dan dilihat dengan lebih dekat lagi memang jelas haiwan tersebut mempunyai bentuk muka yang agak aneh iaitu mirip manusia.
Hidup ni macam-macam boleh berlaku, takdir kadang-kadang tak selalu menyebelahi kita. Ajal dan pertemuan sudah ditentukan dari awal. Ketika kita belum dilahirkan kita telah setuju dengan pencipta kita bagaimana tentang ajal dan pertemuan kita. Memanglah kita tak pernah ingat pun tapi itu memang sebuah perjanjian. Tetapi ada yang masih salahkan takdir, sama ada dia tak dapat terima pemergian orang tersayang atau yang pergi itu sendiri tak bersedia untuk meninggalkan dunia. nilah aku nak kasi tahu, kita kat dunia ni kalau tak boleh terima kematian seseorang paling teruk jadi tak siuman tapi kalau yang dah pergi tak boleh terima dia dah mati, kes naya ni !!!!!!!!
"La takde letrik lagi. Ally kau kat mana?" Katie menjerit. "Kat depan ni, ambillah torchlight kat meja tepi tu."Kata aku. "Gelaplah, aku tak nampak apa-apa ni. Ally bangunlah." Suara Katie aku rasa satu kampung dengar. "Apalah, kau ni, Handphone tu kan ada lampu. Tekan jelah." Aku ke meja tepi tu dengan bantuan lampu handphone. "Jom, kita pasang lilin dulu." Aku pergi kat Katie.
Aku tengok Katie berpeluh, takutlah tu. Dia kata macam-macam boleh nampak dalam gelap. Aku? Tak payah tunggu gelap, terang benderang pun kekadang ada je yang nak menayang diri. "Eh kau perasan tak, dah beberapa malam dah letrik rumah kita terputus. Cuba kau telefon TNB, komplen." Katie merungut. Tu bunyi lori tu, jom tengok. Cekap betul TNB ni belum telefon dah datang. Ally, semalam pun macam tu. Tengok budak-budak keluar. Suka betul anak jiran kita tu." Katie mengintai dari pintu sliding. "Mana? Yelah. Semalam pun macam tu juga. Dia sorang je yang buat kerja. Aku rasa orang yang sama. Dia ni macam hero cerita kartun tu kan. Cerita Higgly Town Hero." Aku tergelak kecil. Tapi aku rasa macam lain je mamat ni. Entahlah....Dalam beberapa minit, letrik ada semula. Budak-budak kat luar tu bertepuk tangan tanda terima kasih kat orang yang baiki letrik tu. Barulah dia macam hero. Kitorang pun buka kipas dan landing atas katil.
Sedang lena tidur tiba-tiba malam tu rasa panas sangat. Aku pusing kiri salah, ke kana salah. "Ally, kenapa kau off kipas, panaslah." Rungut Katie. "Aku pulak, a'aalah....kipas tak jalan. Lampu tidur kita ni pun tak nyala. Takde letrik lagilah." Aku bangun dan mengintai di luar. Aku nampak lori TNB dan mamat tadi baru sampai tapi yang peliknya lori TNB tu tiba-tiba muncul kat jalan depan tu, macam biskut....sekejap ada, sekejap takde. Aku dah syak sesuatu. Mana ada lori yang tak berjalan. Mamat ni nak glamour ni.
Dari dalam aku baca bebrapa ayat al-Quran. Dan aku tujukan pada hero TNB tu. Mamat tu berpusing-pusing macam orang mabuk, lepas tu dia pandang ke arah rumah aku. Dia tahu akau yang kenakan dia. Aku dah berdebar dah, dia tenung kat tingkap bilik aku. Dari dalam bilik aku, aku nampak mata dia merah menyala. "Orang TNB dah datang ke?" Tanya Katie yang malas bangun. "Syyyytt..." Aku melarang Katie bising. "Apa syysts...syysts, kau tengok apa tu?" tanya Katie.

Mamat tu tiba-tiba terbang ke arah rumah aku dan kini betul-betul berapa depan tingkap rumah aku. Ya Rasul! Punyalah aku terkejut. Muka dia memang macam marah giler. Aku tutup kain langsir, tak sanggup tengok muka dia. Tiba-tiba mamat tu berada depan aku, dalam bilik aku.
Aaaaaaaa...hannn...tu!!! Katie menekup muka dia dengan bantal. Aaaaaa.... aku pun menjerit terkejut. Mamat tu datang dan terkam aku. Aku terjatuh, berat betul dia ni. Nampak je cikedeng. Aku cuba tolak dia. aku rasa dah sesak nafas sebab dia tindih aku. aku cepat-cepat baca ayat al-Quran. Lampu bilik aku sekejap ada, sekejap takde. Lepas tu satu-satu lampu rumah aku meletup. Aku cuba menolak lagi sambil membaca ayat-ayat al-quran. Kuat betul hantu ni.
"Aaaaarggghhhh!!!" Aku tolak dia dengan sedaya upaya. "Kenapa kacau aku buat kerja?!" Lelaki tu dah berdiri semula. "Aku tak kacau kau tapi tempat kau bukan kat sini. BAlik ke alam kau." Kali ni aku tekad nak hapuskan dia. "Tak nak!!!" Suara dia garau dan nyaring. Dalam kepekatan malam tu dia hilang. "Ally, senyap je. Hantu tu dah pergi ke?" Katie masih menekup muka dia. " Dah, tapi memang takde lerik. Besok kena tunggu orang TNB betul datang." Kata aku. Esok aku tanya orang TNB yang datang. Dia kata memang orang yang aku cerita tu pekerja TNB tapi dia baru meninggal semasa kerka kat atas tiang letrik tak lama dulu.
Itulah dia kisah seoarng pekerja TNB, tapi apapun dalam segala bidang kerja pun perlulah berhati-hati kerana malang tak berbau.......
Walaupun anda mempunyai deria bau yang kuat.......he..he...he....
Ujang September 2007 (m/s : 52-53)