|
Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
|
![]() |
Kisah Mistik |
002997
Visits
http://khidmatzbf.zaisbeautyformula.com/ATutor/browse.php
http://khidmatzbf.zaisbeautyformula.com/moodle/index.php

Ahmad Thomson di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahawa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini (terutama sejak hampir satu abad yang lalu) telah menggunakan Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Semakin hari semakin jelas bahawa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematik mengalami gangguan ke arah pembenterasan.
Sedemikian liciknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson apabila waktu terdekat Dajjal muncul di tengah umat manusia dan akan dinobatkan menjadi pemimpin sistem yang dijulang itu melalui sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat kompleks dengan karakteristik Dajjal. Pelbagai bentuk kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar sesuia dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap lingkungan kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari diennullah atau nilai-nilai Islam. Sehingga aspek entertainment juga diarahkan menyambut kedatangan Dajjal.
Sebagaimana kini filem yang menjadi primadona dalam bentuk hiburan di abad moden yang menjadi filem box office yang dewasa ini sedang diberikan perhatian sebahagian besar penduduk dunia iaitu filem berjudul 2012. Apakah agenda Barat di sebalik penayangan filem ini? Ana cuba melihat dari kaca mata ana sendiri, dan moga-moga kita sekaliannya berfikir bahawa banyak unsur yang menjahanamkan ummat manusia terutamanya kepada Ummat Islam.
Pertama, filem ini meletakkan umat manusia untuk meyakini bahawa the end of time atau apocolypse atau Hari Kiamat bakal terjadi pada tarikh tertentu yang sudah boleh dianggarkan iaitu pada 21 Disember 2012. Ini merupakan suatu ramalan yang sangat berbahaya dari sudut pandang Aqidah Islam. Mengapa? Kerana Islam mengajarkan setiap kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang tahu bilakah berlakunya Hari Kiamat. sesungguhnya Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam juga tidak tahu bilakah tibanya Hari Kiamat itu.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّيلَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِلَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَاقُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
”Mereka bertanyakan kepadamu tentang Kamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah di sisi Tuhanku. Tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (QS Al-A’raaf ayat 187)
Satu-satunya isyarat soal kedatangan Hari Kiamat dari Rasulullah alallahu Alaihi Wasallam hanyalah bahawa ianya bakal terjadi pada Hari Jumaat. Namun jumaat tanggal, bulan dan tahun berapa? Tidaklah dikhabarkan. Allahu `alam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Rasulullah alallahu Alaihi Wasallam bersabda:
وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
“Dan tidak akan terjadi Hari Kiamat kecuali pada Hari Jum’at.” (HR Muslim)
Maka sesiapa yang sudah mahupun belum menonton filem ini meyakini bahawa hari Kiamat pasti bakal terjadi pada 21 Disember tahun 2012, bererti dia telah mempertaruhkan kualiti aqidahnya kerana seorang muslim senantiasa meyakini bahawa hanya Allah Yang Maha Tahu perkara nyata mahupun ghaib. Jika ada pihak selain Allah yang layak memberi tahu kita soal perkara ghaib seperti perkhabaran Kiamat, maka itu sepatutnya adalah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam utusan Allah yang seringkali memang diberitahu Allah perkara ghaib. Namun dalam hal ini kita tidak mendapati satu hadith pun yang menjelaskan bilakah kejadian hari Kiamat. Sikap mempercayai adanya pihak selain Allah yang mengetahui perkara ghaib boleh menjerumuskan kepada dosa syirik.! Kerana dia mengalihkan kepercayaannya dalam perkara ghaib kepada pihak selain Allah.
Kedua, filem 2012 ini berakhir dengan masih adanya segelintir manusia yang dapat survive atau bertahan hidup sesudah peristiwa dasyat Hari Kiamat. Padahal dalam keimanan Islam, kita diajarkan bahawa pada saat Malaikat Israfil meniup sangkakala pertama kali sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah. Bukti bahawa semua dimatikan ialah bahawa kemudian Malaikat Israfil akan meniup sangkakala kedua kalinya sebagai pertanda berlangsungnya hari Berbangkit, iaitu hari dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya masing-masing untuk hidup kembali.
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْض
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُون
”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikhendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusan masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)
Ertinya, kita dapat menyimpulkan bahawa idea di sebalik filem ini sungguh mengerikan, kerana mengajak penonton mengingkari adanya Kiamat dalam pengertian Aqidah Islam.
Islam mengajarkan bahawa Hari Kiamat merupakan the day of total destruction of the whole universe by Allah the Al-Mighty Creator (Hari Penghancuran keseluruhan alam semesta atas kehendak Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah Subhanahu wa ta’la). Hari Kiamat merupakan berakhirnya kehidupan fana dunia dan selanjutnya akan hadir kehidupan abadi akhirat yang sangat berbeza dengan dunia fana ini.
Sedangkan Kiamat menurut prengarah filem peradaban Sistem Dajjal hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga setelah berlangsungnya 'apocolypse' masih ada segelintir manusia yang sanggup terus hidup melewati dahsyatnya Hari Kehancuran tersebut. Lalu tentunya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di muka bumi. Selanjutnya, siapakah yang bakal memimpin dan berkuasa di dunia sesudah 2012?
Ketiga, jika kita buka laman (KLIK SINI) yang merupakan 2012 - Official Movie Site, maka apabila kita klik di tajuk 'The Experience', maka akan ditemukan salah satu kotak pilihan lagi dengan judul Vote For The Leader of the Post 2012 World (Pilihlah Pemimpin Dunia Pasca 2012). Apakah gerangan maksudnya?
Sungguh ana risau sekiranya gagasan yang diketengahkan di sebalik filem ini ialah keinginan produsernya untuk secara tersurat mempromosikan kehadiran Seorang Penyelamat Dunia Palsu iaitu Dajjal. Dajjal akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung para survivors (orang-orang yang berjaya selamat melepasi bencana 2012).
Sungguh, mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai figur pemilik syurga dan neraka atau dialah Tuhan. Barangsiapa mematuhinya dan merasa memerlukan kepadanya bakal diberikan syurga kepadanya. Dan barangsiapa yang mengingkarinya dan merasa tidak perlu kepadanya bakal dimasukkan ke dalam neraka Dajjal. Sehingga Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda:
وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya dajjal memiliki suyrga dan neraka. Maka nerakanya adalah syurga (Allah) dan syurganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah)
Maka sudah tiba masanya bagi setiap muslim untuk mempersiapkan diri dan keluarganya dari fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman, iaitu fitnah dajjal. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam mengajarkan beberapa doa untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal, di antaranya:
Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah pada ketika duduk solat tahiyyat akhir, sebelum memberi salam kanan dan kiri:
اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)
Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau Hari Jumat sesuai hadith berikut :
من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك
الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak mampu menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)
Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadith berikut :
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, dia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Daud)
Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadith berikut :
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ
وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ
مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya dia berusaha menjauh darinya, kerana -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang dia mengira bahawa Dajjal tersebut mukmin kemudian dia mengikutinya kerana faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)
Kelima, menetap di Mekah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadith berikut :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dijejak (dilanda) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)
Oleh : Atriza
Rujukan : http://blog-misteri.blogspot.com

DARIPADA semua semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam.
Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.
Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound.
Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.
Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan.

Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.
Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.
Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian.
Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.
Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.
Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.
Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.
Rujukan : Berita Harian
urm....percayakah anda?anda sendiri yang akan menentukannya...
Di pulau Metoma, berdekatan dengan negara Papua New Guinea, terdapat spesies ketam gergasi yang paling besar di dunia, hidup di daratan. Ketam yang bersaiz sebesar bayi itu mampu membelah buah kelapa dengan penyepitnya. Setiap minggu, lebih kurang dua ribu kilogram ketam ini dieksport ke seluruh dunia. Ketam yang diberi nama 'Coconut Crab ' ini juga boleh memanjat pokok dan menggunting ranting dan daun pokok. Malah tabiatnya yang gemar menjadikan pokok sebagai sarang, menjadikan ia bernilai kepada aktiviti perburuan. Dikatakan , setiap minggu ramai pemburu datang ke pulau Metoma hanya semata-mata untuk bertarung dengan ketam gergasi ini.
Rujukan : Majalah Infiniti/Jun 2009
Besar Punya....hehehehe..

Di Colorado, Amerika Syarikat pakar bedah otak, Dr. Paul Grabb, terkejut dengan penemuan sepasang kaki yang hampir sempurna dalam otak seorang kanak-kanak yang bernama Sam Equible, tiga tahun. Pada peringkat awal, Paul Grabb mengandaikan objek pelik pada filem X-ray yang dibuat keatas Esquible menunjukkan tumor yang jarang-jarang berlaku. Tapi selepas ujian MRI, andaian Paul Grabb meleset. Objek yang disangkanya tumor itu rupa-rupanya sepasang kaki. Bukan itu saja, ketika melakukan pembedahan pada 3 Oktober 2008, Dr. Grabb megeluarkan kaki kecil di otak Esquible, turut ditemui juga beberapa bahagian tubuh lain seperti sepotong tangan dan paha. Menurut Grabb, kejadian ini berlaku disebabkan janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Pada kes Sam, janin kembarnya tumbuh di otaknya dan ia adalah kes pertama di dunia selepas kes lelaki mengandungkan kembarnya di dalam perut selama 30 tahun yang berlaku di India.
Rujukan : Majalah Infiniti/Jun 2009

Pelikkan..
.renung2kan lah ya....
Claudia Pinto, 48 dapat membuat kedua-dua matanya melolot hingga 4 sentimeter atau mengeluarkan 95 peratus daripada keseluruhan kedua-dua bola matanya. Sehubungan itu, Pinto telah diuji berulang kali dan semua doktor mengatakan mereka tidak pernah melihat bahawa adanya orang yang boleh melolot mata sehebat Pinto. Dia yang berasal dari Belo Horizontal, Brazil berkata, melolot mata adalah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Dakwa Pinto kebolehan melolot mata sehingga 4 sentimeter ini adalah hadiah dari tuhan yang memberkatinya.
Rujukan : Majalah Infiniti/ Jun 2009


Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya. Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya. Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya. Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.
Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis. Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.
Peperiksaan semestar telah pun berakhir. Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.
Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan. Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan. Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum hawa. Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu. Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.
Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.
"Bosannya malam ni. Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan. Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi. Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.
Sambil mendengar alunan muzik, Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya. Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.
"Ini sudah bagus. Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.
"Abang boleh tumpangkan saya tak. Saya terlepas bas. Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.
"Boleh apa salahnya. Cepatlah naik. Lagipun hari nak hujan. Nanti kalau kena hujan, demam pula." Zakuan sempat menjeling pada gadis itu. Wah, seksi jugak gadisni. Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.
"SAudari ni dari mana sebernarnya. Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni." "Saya dari kelas tuisyen. Tapi saya keluar agak lewat malam ni. Sebab tu saya terlepas bus. Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan. Emmm...ini sudah bagus. Respon baik nampaknya awek sorang ni.
Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan. Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.
Kalau aku dapat awek ni, memang bagus. Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan gadis itu. Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu. Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya. Anehmya, gadis itu tidak membantah. Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan. Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.
Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan. Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.
Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar. Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam. tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah. Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.
Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa. Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.
Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan. Zakuan seolah olah sesak nafas. Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya. Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu bertukar wajah ,enjadi hodoh. Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.
Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri. Zakuan ketakutan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu. Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu. Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu. Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan. Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.
Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah. Zakuan cuba menjerit meminta tolong. Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong. Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya. Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam. Zakuan semakin sukar untuk bernafas. Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.
Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai. Menurut ibunya, Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu. Zakuan pengsan selama 3 hari. Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya. Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita. Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.
Rujukan : www.kisahseram.blogdrive.com
"Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua. Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar," ujar Amil kepada isterinya, Niza.
"Rumah kat mana bang. Senang ke saya nak pergi kerja," tanya Niza membalas cakap suaminya. "Di kampung seberang. Sewanya pun murah, RM400 sebulan. Rumah ters dua tingkat. Masa pusing pusing di kampung seberang, abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Tuan rumah pun tak banyak tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa. Malah dia tak minta pun dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah dududk dirumah mak. Sekurang kurangnya kita perlu berdikari," jelas Amil bersungguh sungguh.
Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya apabila tinggal bersama. Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif. Cukup bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah. Biarpun keluarga mertuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab sebabnya, mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk untuk sekerap mungkin balik menjenguk keluarga mertua.

Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya keletihan malam itu. Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak juga mahu lelap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa berdebar debar yang alang kepalang. Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangundari perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya. Semamsa dia mahu meneguk air, serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi. Dia menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memangdang kiri dan kanan. Puas hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada angin yang bertiup. Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik ke tingkat atas. Suaminya masih lagi tidur selena lenanya. Malam itu sepicing pun dia tidak dapat melelapkan matanya.
"Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak lena tidur ke dududk rumah baru," gurau suaminya.
"Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat. Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun kebawah untuk minum air. Tak semena mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini," jelasnya.
"Ada ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang ayang rasa. agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal dirumah baru. Hah! Kalau ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia," gurau Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.
"Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang. Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu diluar negara lah," gurau amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.
"Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat."
"Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik cepat," guraunya lagi. Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat bawah, dia nampak bayang bayang seorang kanak kanak kecil sedang melompat lompat ruang tengah rumah. Gementar hatinya. Mana ada budak kecil tinggal disini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan pantas berlari mengunci bilik tidurnya.
Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga Niza jatuh sakit. Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak kanak melompat lompat diruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan itu terus memandang dirinya. Niza meracau racau apabila terpandang wajah hodoh itu. Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras. Seorang kawan memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran. Tiga hari tiga malam ustaz Amran mengubati isreinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz amran, roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut kerana membunuh diri disebab kan tidak tahan didera suaminya. Dia telah nmengelar pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan dengan sikap suami yang main kayu tiga.
Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada Amil tanpa banyak soal. rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum ini.
Rujukan : www.kisahseram.blogdrive.com
Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.
Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.
"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.
"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.
Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.
"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.
"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.
"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?
Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.
"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.
"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.
"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.
Rujukan : Majalah Seri Dewi & keluarga

Aku ingat lagi masa aku duduk menyewa kat rumah lama. Masa first time masuk rumah tu. Bila kaki aku melangkah masuk je rumah tu bulu roma aku berdiri. Ini bukan berdiri perlahan tapi dia punya seriau tu memang zupp naik ke atas tengkuk terus ke kepala tapi aku tebalkan jiwa dan kuatkan semangat untuk tinggal kat rumah tu sebab aku fikir biasalah tempat baru mestilah takut sikit. Jadi aku tak nak ikutkan perasaan aku.
“Ally, kau tak rasa rumah ni semacam ke?” Katie juga merupakan housemate aku dulu.
“Hish! Kau ni ada-ada aje.” Kata aku yang memang dah takut. “Ally, Ally, Katie, Katie.” Ada suara memanggil kitaorang. Aku dan Katie berpendangan. Ada orang memanggil kitaorang dari dapur, pintu belakang. Siapa pula yang nak datang maghrib-maghrib ni? Lagipun kitaorang tak kenal jiran-jiran lagi. Katie dan pegang tangan aku.
“Kau pergilah tengok,” Kata Katie.
“Hish! Tak mahulah, lain macam je suara orang tu. Perasan tak macam sayup-sayup.” Kata aku.
“Katie, Katie, Ally, Ally.” Suara tu makin mendayu-dayu memanggil nama aku dan Katie.
iMak!!!!i Katie terus merangkul lengan aku.
“Jauhlah, jom kita pergi tengok sama-sama. Kita intai kat tingkap je. Manalah tahu jiran sebelah tu dia tahu nama kita dan panggil sebab nak cakap sesuatu.” Telahan aku memang tak logik sebab kitaorang memang tak kenal lagi dengan jiran sebelah.
Perlahan-lahan aku dan Katie ke dapur untuk mengintai siapa yang memanggil kami. Bila aku menjengah dan tengok, memang takde sesiapa pun. Aku dan Katie apa lagi, Start enjin dan keluar. Memang amat menyeramkan. Kitaorang tidur rumah kawan, siang baru balik. Lepas tu dua tiga hari kemudian takde apa-apa. Masuk hari ketiga pula bila aku nak bagun subuh, aku tak boleh bangun. Macam ada benda hempap aku. Aku pun sukar nak bernafas. Aku nak jerit tak boleh. Masa tu tuhan jelah tahu betapa aku takut. Aku nak baca bismillah pun berat mulut aku nak sebut. Akhirnya tekeluar juga perkataan auzubillahiminasyaitannirrajim, itu pun aku menjerit. Lepas tu nasib baik aku boleh bangun.
“Eh! Ally kenapa kau jerit-jerit baca auzubillah tu?” Katie kehairanan.
Aku malas nak cerita kat Katie nanti dia takutlah pulak. Sebab aku tak boleh ingat macam mana aku kena hempap dan tak boleh bergerak. Aku pun cadang hujung bulan tu nak cau dan cari rumah lain. Petang tu bila kami balik kerja sekali lagi ada orang memanggil-memanggil nama kami. Waktu tu memang nak maghrib.
“Ally, Ally, Katie, Katie...” Suara perempuan tu mendayu-dayu.
Ya Allah!!! Aku dan Katie punyalah takut. Mana taknya suara tu mendayu-dayudan meleret-leret. Aku dan Katie dah berpegangan tangan.
“Ally, aku nampak ada kelibat putih kat belakang.” Kaite terus tutupkan muka dia.
Alamak! Pintu belakang kitaorang tak tutup lepas masak tadi.
“Katie...Ally...” Suara tu memanggil-memanggil.
Nak tak nak aku kena bangun untuk menutup pintu belakang. Masa nak tutup tu mata aku ni berani sangat nak tengok. Aku memang terkejut gila bila nampak ada perempuan pakai baju putih, rambut panjang kusut masai dan berwarna putih dan bergayut kat pagar memandang ke arah aku. Aku pegang dada aku. Jantung aku berdegup laju tak terkata. Aku tutup cepat-cepat pintu tu.
“Jom kita keluar dari rumah ni, aku takut sangatlah Ally. Aku tak boleh muka perempuan tu. Jomlah!” Ajak Katie.
Aku pun takut sangat, aku rasa macam dah lemah semngat tapi masa tu aku teringat kata mak aku supaya membaca ayat kursi untuk pelindung diri. Aku baca banyak kali sehingga aku berani bangun dan keluar dari rumah tu.
Tak sampai sebulan kitaorang cari rumah lain dan pindah. Rupanya kata jiran sebelah rumah tu tanah dia memang keras, tempat laluan kaum kerabat dialah. Jadi benda tu saja nak mengacau aku dan Katie.
Rujukan : Majalah Ujang/September 2007