Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Soal Jawab Kecantikan
ABOUT ME
Age
Location Malaysia
Zodiac sign Leo
Currently Reading :
Listening to :
Last Movie :
BLOG
Soal Jawab Kecantikan
Soal jawab berhubung produk dan rawatan Zai's Beauty Formula.
LINKS
Petua Herba
ARCHIVE
last days
August 2009
LIKE
DISLIKE
QUOTE
COUNTER
220652 VISITS!
CREDITS
template by:
Template by V4NY

Posted by » wati on » Tuesday, 04 August 2009
Posted at » 04:02

Soalan: (berminyak, berjerawat dan masalah parut) norzaini bahaludin


Saya merupakan seorang pelajar yang mengalami masalah berikut:






  1. Kulit berminyak, masalah akne, jerawat nenasi, dan kesan parutyang ketara selepas jerawat hilang




  2. rambut kelemumur




  3. masalah migrain tetapi tidak serius




  4. saya jugamengalami masalah resdung.




Setelah membaca mengenai produk syarikat tuan melalui majalah mastika, saya berharap agar masalah saya ini dapat diselesaikan.


Hal ini kerana saya telah mencuba pelbagai produk, namun semuanya tidak berkesan. Saya berumur 22 tahun dan telah mengalami masalah diatas sejak berumur 13 tahun.


Saya juga bimbang dengan kandungan bahan dalam produk yang saya gunakan akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan saya.


Oleh itu, saya ingin megetahui, bagaimanakah caranya saya boleh mendapatkan produk yang sesuai dari syarikat tuan.


Memandangkan saya belajar di utara dan agak jauh untuk saya pergi ke Selangor atau KL untuk pergi sendiri ke salun yang membekalkan produk Zai's Cosmetic.


Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dgn ucapan terima kasih.


Sekian


Jawapan.


Terima kasih diatas minat yang ditunjukkan terhadap produk Zai' Beauty Formula (ZBF) dan terima kasih juga kerana sudi membaca artikel – artikel kami di ruangan Majalah Mastika serta melayari laman web kami, diharap saudari berpuas hati.


Daripada apa yang diceritakan, saya turut bersimpati dengan masalah serta situasi yang saudari alami sekarang ini. Walau bagaimanapun usahlah saudari terlalu gusar dan bimbang, kerana setiap masalah tentu ada cara penyelesaiannya. InsyaAllah, semoga dengan kebijaksanaan dan kepakaran yang ada di dalam bidang kecantikan ini, kami dapat membantu menyelesaikan dan mengembalikan kecerian serta keyakinan saudari.


Untuk pengetahuan saudari, Zai's Beauty Formula merupakan satu–satunya produk kecantikan yang tidak menggunakan bahan kimia pengawet untuk proses pengawetan, bahan penyatu (binding agent), pewarna tiruan, pewangi dan bahan memekatkan produk (thickening agent). Proses pembuatannya adalah mengikut ilmu penapaian cara tradisional Rahsia Warisan DiRaja di mana proses penapaian tersebut mengambil masa berbulan-bulan lamanya (sekitar 8-12 bulan). Disebabkan itulah, jika saudari lihat ciri-ciri produk Zai's Beauty Formula, kebanyakkannya berbau masam, ada masanya warnanya tidak sekata (hanya penggunaan warna tiruan sahaja yang memberikan warna yang sekata dari satu batch ke satu batch pengeluaran), kepekatan yang mungkin sedikit berbeza (kerana tidak menggunakan thickening agent) – pun begitu, sama ada kelikatan produk Zai's Beauty Formula berbeza atau tidak berbanding batch sebelumnya, ini tidak bermakna kadar konsentrasi bahan dikurangkan, dan hampir ke semua produk Zai's perlu digoncang atau di kacau (kerana tiada bahan penyatu). Melalui proses penapaian, kadar bahan semulajadi dalam ekstrak-ekstrak yang digunakan dapat dikekalkan, berbanding jika menggunakan bahan-bahan kimia pengawet, pewarna, pewangi, penyatu, mahupun pemekat di mana bahan-bahan kimia ini bukan sahaja 'mematikan' bahan semulajadi dalam ekstrak-ekstrak yang digunakan, malah dalam jangka masa panjang membawa kepada risiko penyakit kanser.


Sememangnya sebagai pengguna, kita harus bijak di dalam memilih produk kecantikan kulit di mana produk yang digunakan itu bukan sahaja memberikan kesan yang kita inginkan, malah yang lebih penting lagi produk tersebut mestilah selamat dan bebas dari bahan – bahan kimia merbahaya dan yang meragukan.


Berbalik kepada masalah saudari, sebenarnya masalah jerawat dan parut bukanlah perkara asing pada seseorang remaja seperti saudari. Ini kerana adalah perkara biasa pada peringkat umur yang masih muda, sesetengah remaja hormonnya tidak seimbang, menyebabkan timbul masalah kulit seperti jerawat. Selain hormon, pemakanan (makanan berminyak, kerang, sotong atau ubat-ubatan) dan penggunaan produk penjagaan muka yang mengandungi bahan kimia atau yang berasaskan minyak (oily based) yang di perbuat daripada Olive Oil, Mineral Oil dan sebagainya, merupakan antara faktor lain penyebab jerawat. Selain itu juga, antara punca kepada masalah jerawat di bahagian dagu adalah disebabkan oleh penggunaan produk kecantikkan kulit yang mengandugi steroid.


Untuk pengetahuan saudari, masalah kulit saudari akan menjadi lebih serius apabila saudari mula memicit jerawat. Sekiranya jerawat di tekan atau di picit, bakteria yang ada di bawah permukaan kulit yang berjerawat akan merebak dan akibatnya jerawat baru akan tumbuh. Di samping itu, tempat yang ditekan atau dipicit sudah pasti akan meninggalkan parut hitam atau berlekuk disebabkan oleh kecederaan pada kulit. Maka, sebab itulah jerawat bukan sahaja bertambah banyak sebenarnya, malah meninggalkan parut pada kulit. Begitu juga halnya, jika melakukan rawatan muka seperti stim, memicit atau mengcungkil jerawat, pun sebenarnya akan hanya menggalakkan pertumbuhan jerawat, meninggalkan parut dan malah menyebabkan pori-pori terbuka.


Berhubung masalah resdung pula, saudari harus faham apa yang dimaksudkan dengan resdung itu terlebih dahulu dan punca kenapa ianya terjadi. Ini kerana, ada sesetengah orang salah tafsir tentang resdung. Sebagai contoh: jika kerap bersin setiap pagi, itu dikatakan dengan resdung. Ini tidak semestinya betul kerana kerap bersin mungkin disebabkan oleh alahan pada cuaca sejuk sebelah pagi, alahan pada udara yang tidak bersih dan sebagainya. Untuk makluman, antara tanda-tanda resdung termasuklah: gatal-gatal hidung, keluar hingus kuning kehijauan, mulut berbau, terasa sakit bila bahagian tulang hidung di bahagian mata dipicit, terasa sakit bila pelipis ditekan, dan kerap sakit kepala di bahagian belakang. Justeru, daripada apa yang saudari ceritakan, tanda-tanda resdung itu memang ada, tetapi disarankan adalah lebih baik saudari membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor bagi mengenalpasti sama ada saudari benar-benar menghadapi resdung. Untuk mengetahui lebih lanjut punca resdung, saudari boleh rujuk dalam artikel kami di laman web di alamat berikut: http://zaisbeautyformula.com iaitu bertajuk cosmetik penyebab resdung isu wanita bulan Julai 2004.


Dinasihatkan agar saudari juga menjaga dari segi pemakanan dimana elakkan mengambil makanan laut seperti kerang, ketam dan sotong kerana makanan – makanan ini boleh menambahkan toksin dalam badan. Ia tidak baik untuk kulit dan tambah – tambah lagi amat sensitif untuk mereka yang ada resdung.


Berkenaan saranan produk untuk kulit muka saudari, sebagai permulaan kami sangat menggalakkan pelanggan mengambil set penuh ZBF yang terdiri daripada 12 item (bernilai RM723.30) bagi mendapat kesan yang terbaik. Untuk makluman, set ini bertahan dalam tempoh 3 bulan (dengan syarat mengikut cara pemakaian yang betul). Set penuh sangat digalakkan ambil pada permulaan bagi tujuan mempercepatkan proses baik pulih kulit. Di kemudian hari (selepas tempoh 3 bulan), setelah kulit yang bermasalah hampir pulih, set penuh tersebut bolehlah sama ada diteruskan atau boleh dikurangkan mengikut masalah kulit yang dihadapi.


Set penuh sangat digalakkan ambil pada permulaan bukan tujuan hendak membebankan, tetapi supaya cepat nampak perubahan dan merasakan kehebatan produk kami. Maklumlah, orang perempuan selalunya tidak sabar untuk menantikan perubahan pada diri.


Senarai produk Zai's Beauty Formula, seperti yang kami terangkan di atas iaitu set penuh yang terdiri daripada 12 item adalah seperti berikut:-






  1. RSUS




  2. Beauty Serum




  3. Flawless




  4. Ageless




  5. LU.ST




  6. White M




  7. Biowhite




  8. Soft Pressed Powder




  9. Perfecting Powder




  10. Jus Tamusari (sebagai pencuci muka dan toner. Selain itu mempunyai pelbagai fungsi lain - sila buka 'attachment' untuk melihat fungsinya)




  11. Botol spray: 3 (digunakan bersama Jus Tamusari, 1 botol = RM3.00)




  12. Span (untuk memakai LU.ST dan Flawless, 1 unit = RM3.00)






Kesemuanya bernilai RM723.30. (tidak termasuk kos penghantaran dan pembungkusan). Seeloknya saudari berhenti memakai produk yang saudari gunakan sekarang ini. Untuk sementara sebelum dapatkan produk ZBF, lebih baik saudari cuci muka menggunakan tepung pulut atau tepung beras sebagai pencuci muka, caranya saudari ambil tepung beras/pulut campurkan dengan air (bancuh macam nak buat cucur), lalu ratakan keseluruh muka dan bilas. Sekurang-kurang dapat membersihkan muka daripa habuk dan debu serta masalah yang saudari hadapi tidak akan bertambah teruk lagi.


Untuk mengatasi masalah rambut pula, terbaik kami sarankan saudari mengambil Babydoll Shampoo Booster (RM45.00) yang berfungsi mengeluarkan oksigen apabila bertindak dengan air. Ini sangat penting kerana dapat merangsang peredaran darah, menambahkan pembuangan oksigen dan membersihkan liang-liang rambut yang tersumbat, Seduce Hair Nutrient (RM65.00) (tonik) membaik pulih kelemumur, radang kulit kepala, dan rambut beruban, merangsang pertumbuhan sel-sel baru dan ini menggalakkan pengeluaran rambut, menguatkan akar rambut, melebatkan rambut serta mengelakkan keguguran rambut. Selain itu, HairCombi (RM70.00) pula berfungsi untuk mengekalkan warna rambut, merangsang sel-sel melanocyte supaya dapat mengawal uban dan menghitamkan serta mengilatkan rambut. Lebih bagus lagi jika turut mengambil Jus Tamusari (RM48.80) (rujuk handout) yang berfungsi sebagai perapi rambut dan digalakkan ambil Jus NilamSani (RM95.50) yang boleh membantu seimbangkan hormon dan baik untuk rambut.


Namun saudari tidak perlu bimbang, jika saudari mempunyai peruntukkan tertentu, sila nyatakan budget yang diperuntukkan kepada kami, maka kami akan syorkan berdasarkan budget dan masalah kulit saudari tersebut. Saudari nyatakan bajet untuk rambut berapa dan untuk muka berapa.


Memandangkan saudari sukar untuk kesalon kami, tidak menjadi masalah untuk mendapatkan produk Zai's Beauty Formula dimana saudari boleh membuat tempahan melalui telefon atau email ke enquiry@zaimal.com . Produk tersebut pihak kami akan poskan kepada saudari.


Pembayaran untuk produk boleh dibuat melalui akaun Maybank. No akaun hanya akan diberi setelah pelanggan betul-betul berminat untuk membeli produk yang disarankan. Untuk makluman, produk akan dihantar hanya setelah pembayaran diterima dan tempoh proses penghantaran adalah 10 hari bekerja dari tarikh kami dimaklumkan bahawa pembayaran telah dibuat dan bayaran tersebut mestilah sudah dijelaskan (clear). Justeru, bagi memudahkan pihak kami, sila maklumkan segera kepada ibu pejabat Zaimal Sdn. Bhd. sebaik sahaja pembayaran telah dibuat agar semakan boleh dibuat.


- Link - comments