Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Resepi Masakan
About me
Age
Location Malaysia
Zodiac Sign Virgo
Currently Reading :
Listening to :
Last Movie :

Blog
Resepi Masakan
Pelbagai resepi dan petua masakan yang istimewa & mudah untuk dicuba.


Like


Dislike


Links
Petua Kecantikan Muka


Archive
last days
March 2010
January 2010
December 2009
October 2009
September 2009
August 2009
July 2009
June 2009
May 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
November 2008


Counter
042018 VISITS!


Quote


Credits
template by :
Template by V4NY
Postato by :: amie on :: Wednesday, 29 April 2009
Posted at :: 07:38

Telur Dadar Melaka


Telur dadar yang berwarna-warni yang menarik perhatian anak-anak di rumah. Tak percaya cubalah...pasti habis punyalah


 



Bahan-bahan:


*3biji telur


*2 tangkai kacang panjang(hiris halus)


*1 labu bawang besar(hiris)


*3 sudu besar cincaluk


*Sedikit serbuk lada hitam



Cara menyediakan:


1.Pecahkan telur dan masukkan kacang panjang,bawang besar,


cincaluk dan serbuk lada hitam. Pukul sehingga sebati.


2.Titiskan sedikit minyak di atas kuali leper. Kemudian dadarkan telur


dan goreng sehingga masak.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:35

RINDUKAN MASAKAN KAMPUNG....???EMMM....CUBALAH RESEPI INI...   


Bahan-bahannya:


*1 ekor ikan patin(sederhana besar)


*2 liter air


*20 gm bawang merah(kisar)


*200 gm cili merah(kisar)


Cara menyediakannya:


Ikan patin dipotong tiga dan dihiris nipis.


Panaskan air,masukkan bahan-bahan kisar dan tempoyak


Apabila mendidih masukkan daun kunyit dan daun kesum


Gaul hingga pekat,masukkan ikan. Tambahkan garam dan serbuk perasa


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:34

Ayam tak berbau hanyir




Adakah anda seorang yang peka dari segi permakanan yang di ambil ataupun di masak. Kadang-kadang bila rasa lapar mesti tak perasan bau atau rasanya semacam. Kali ini kita berjumpa lagi untuk menolong anda yang sedang bermasalah dari segi ayam yang berbau tidak menyenangkan. Cara-caranya untuk kita memastikan ayam yang di masak tidak berbau hanyir, rendam ayam dengan daun pisang. Biarkan selama beberapa minit dan cuci seperti biasa. Pastinya, ayam tidak lagi berbau malah lebih sedap bila dimasak.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:14

Pulut Mangga(Kaoniew Mamuang)



Bahan-bahan:


1/2kg beras pulut


250gm santan


200gm gula


3sudu kecil garam


2sudu kecil tepung jagung


 


cara memasak:


1.Rendam beras pulut sekurang-kurangnya selama tiga jam atau semalaman.


2.Kukus pulut selama 20minit dan letakkan di dalam bekas berasingan.


3.panaskan santan,gula dan garam dengan api perlahan. Biarkan seketika


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:13

Lepat Pulut Berinti Pisang(Kaotommad) [kadang-kadang bolehlah selalu jangan ...nanti badan masuk angin...]


*1/2 kg pulut


*300 gm santan


*150 gm gula


*3 sudu kecil garam


*10 biji pisang awak


*Daun Pisang secukupnya


Cara memasak :


*Pulut yang telah direndam dikukus selama 20minit atau sehingga masak.


*Setelah itu, letakkan pulut di atas daun pisang bersama pisang awak yang telah dipotong kecil


*Bungkus dan ikatkan dengan kemas di bahagian hujung dan tengahnya


*Kemudian, kukuskan selama sepuluh minit dengan api perlahan.



 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:11

Kek Coklat Semarak Beradu  (Bila tekanan sangatlah bagus bila di makan)


Bahan A:


*7 biji telur


*250 gm gula


Bahan B:


*300 gm coklat cair


*250 gm minyak jagung


*250 ml susu segar


Bahan C:


*5 gm serbuk penaik


*5 gm soda bikarbonat


*225 gm tepung gandum


*40 gm serbuk koko


Cara menyediakan:


1. Pukul bahan A hingga kembang.


2. Cairkan coklat dengan kaedah doubler boiler dan satukan minyak jagung


3. Ayakkan bahan-bahan C dan campurkan dengan bahan A tadi.


4. Kemudian masukkan bahan B


5. Masukkan susu. Gaul sebati.


6. Bakar hingga suhu 160C selama 30minit



 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:10

Cendol 



Hilangkan dahaga akibat panas terik Minumlah...cendol kegemaran


Bahan-bahan:


*100 gm cendol


*300 ml santan


*1 sudu nata de coco


*1 sudu biji sagu hijau }rendam kembang


*1 sudu kacang merah


*1 sudu jagung manis


*1 sudu cincau


*Air gula melaka }Secukupnya


Cara menyediakan:


1.Bubuhkan biji sagu hijau di bahagian bawah.


2.Tuangkan air gula melaka


3.Bubuhkan pula nata de coco, jagung manis dan kacang merah.


4.Akhir sekali, bubuhkan santan dan cendol.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on :: Saturday, 11 April 2009
Posted at :: 03:39

 


Tiramisu Strawberi


Bahan-bahan:


*200 ml SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD


*100 ml Jus Oren


*5 gm Gelatin


*450 gm krim Keju


*150 gm Gula Halus


*1 Kulit Oren Yang Digesek sehingga Halus


*150 ml Jus Oren


*200 gm Biskut 'itali ladyfinger'


*300 gm Strawberi yang dipotong setengah / empat


Cara Penyajian :


1. Panaskan 100ml jus oren dan cairkan gelatin.


2. Pukul krim keju bersama gula halus sampai sempurna. Masukkan SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD dan gelatin. Pukul selama 2 minit.


3. Kemudian masukkan kulit oren yang telah digesek halus.


4. Celupkan biskut dalam 150ml jus Oren dan aturkan biskut dalam satu gelas.


5. Tuangkan setengah campuran keju keatas dan masukkan strawberi.


6. Kemudian, tuangkan campuran keju yang selebihnya.


7. Hancurkan biskut lebihan dan taburkan jus Oren.


8. Kemudian Sejukkan ia.



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 03:38

Mi Sos Soya Cepat Masak



Bahan-bahan:


*150 gm mi kuning dibersihkan dan ditoskan


*2 keping tauhu dipotong kiub dan digoreng ½ masak


*½ cawan tauge dibersihkan dan ditoskan


*100 gm isi ayam dipotong kecil dan dikukus


*2 ulas bawang merah


*3 ulas bawang putih


*2 sudu besar kicap cair


*Sedikit serbuk lada hitam


Cara membuatnya :


1. Panaskan bekas menggoreng dan letak minyak zaitun


2. Masukkan bahan kisar dan biar sehingga garing.Masukkan kicap ,isi ayam ,tauge dan tauhu dan kacau rata


3. Masukkan serbuk lada hitam dan mi dan kaup balikkan dan biar suam


4. Hidang panas dan hiaskan terlebih dahulu


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 03:36

Nak badan putih... makanlah Sup Lobak Putih



Bahan-bahannya:


*½ ekor rangka ayam


*1 batang lobak putih


*2 biji bawang merah


*2 ulas bawang putih


*Halia


*½ sudu kecil serbuk pati ayam


*garam


Cara nak membuatnya:


1- Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis menggunakan minyak yang sedikit sahaja.


2- Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam


3- Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam


4- Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat


5- Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan


6- Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 03:35

Sup Pasta dimakan panas-panas, melecur lidah....


Bahan-bahanya ialah:


300gm pasta , rebus hingga lembut dan gaul dengan sedikit minyak


1 keping dada ayam dipotong dadu


½ camca teh serbuk lada hitam (di perap bersama ayam selama 15 min)


½ camca teh garam (di perap bersama ayam selama 15 min)


10 biji cendawan butang dibelah empat setiap satu


1 biji ubi kentang di potong dadu


2 liter air


2 kiub ayam


1 camca teh serbuk lada hitam


garam secukup rasa


Bahan untuk menumis:


1 inci kulit kayu manis


1 kuntum bunga lawang


4 kuntum bunga cengkih


2 biji pelaga


4 biji bawang merah, dihiris halus


3 ulas bawang putih diketuk


1 inci halia, diketuk


 


Bahan Hiasan:


Bawang goreng


Hirisan daun sup/bawang


Hirisan cili padi (kalau rasa nak pedas la...)


 


Cara membuatnya:


1-Dalam periuk panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan-bahan tumis dan tumis sehingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau dan goreng 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang ¾ empuk.


2-Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan memdidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk


3-PENYEDIAAN PASTA :- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya. Tuang kuah dengan isi-isinya sekali dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 03:34

Nasi Gereng Istimewa Bersama Lauk yang Menjilat Jari 


Nak Buat nasi, kena ada bahannya:


3 ulas bawang putih di ketuk


3 sudu sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang peas)


1 sudu the serbuk kunyit


1 mangkuk nasi putih


1 sudu sos tiram


sedikit garam dan ajinomoto


sedikit minyak


Ini pula cara nak membuatnya:


 


1- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, kemudian masukkan sos tiram, serbuk kunyit, garam , sayur campur dan ajinomoto.


2-Selepastu masukkan nasi putih dan gaul bersama bahan yang ditumis tadi


3-Nak sedap lagi. Goreng telur mata kerbau hidangkan bersama nasi goreng ni...


Bahan nak buat lauknya pulak:


2 ekor sotong telah direbus


5 ekor udang telah direbus


3 keping daging yang telah direbus (potong nipis)


3 ulas bawang putih yang telah diketuk


3 sudu sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang peas)


2 sudu sos tiram


2 sudu sos cili


sedikit garam dan ajinomoto


caranya:


1- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, garam dan ajinomoto sehingga sebati


2- Masukkan sotong, udang dagingdan sayur campur tadi.


3- Gaulkan sehingga masak dan sedia untuk dimakan.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on :: Wednesday, 08 April 2009
Posted at :: 07:16

Cegah Kanser Prostat Dengan Brokoli


Memakan sayuran hijau seperti brokoli bukan sahaja memberi nutrisi dan vitamin penting kepada tubuh tetapi ia juga dapat melindungi anda daripada kanser prostat, pembunuh kedua tertinggi kaum lelaki.


Ahli biologi daripada Institut Penyelidikan Makanan, Richard Mithen, menjelaskan brokoli berpotensi menjadi makanan pencegah kanser kerana mamiliki mekanisme unik untuk melawan penyakit berbahaya itu.


Mekanisme itu dapat memicu perubahan genetik di dalam tubuh, mengaktifkan gen-gen yang menggalakkan perkembangan tumor.


Mithen menjalankan kajian itu ke atas puluhan lelaki yang berpotensi untuk mendapat kanser prostat. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan brokoli manakala satu kumpulan lagi diber kacang. Hasilnya, kumpulan lelaki yang memakan brokoli menunjukkan perubahan gen yang berperanan penting dalam melawan kanser.




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:12

Bubur Caca Melaka


Macam-macam keledek boleh di rasa hm....memang nikmat.



Bahan A:


150gm keledek oren


150gm keledek putih


150gm keledek ungu


150gm keladi


 


Bahan B:


500ml air


1liter santan pekat


3helai daun pandan


200gm gula batu


 


Cara menyediakan:


1.Potong dadu ke semua keledek dan keladi. Kukus sehingga empuk.


2.Kemudian satukan kesemua bahan B dan masak sehingga sebati.


3.Setelah masak,masukkan keledek dan keladi yang telah dikukus tadi ke dalam bubur.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:05

Telur Dadar Melaka


Telur dadar yang berwarna-warni yang menarik perhatian anak-anak di rumah. Tak percaya cubalah...pasti habis punyalah



Bahan-bahan:


*3 biji telur


*2 tangkai kacang panjang(hiris halus)


*1 labu bawang besar(hiris)


*3 sudu besar cincaluk


*Sedikit serbuk lada hitam


 


Cara menyediakan:


 


1. Pecahkan telur dan masukkan kacang panjang,bawang besar,


   cincaluk dan serbuk lada hitam. Pukul sehingga sebati.


2. Titiskan sedikit minyak di atas kuali leper. Kemudian dadarkan telur


   dan goreng sehingga masak.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on :: Tuesday, 07 April 2009
Posted at :: 09:29

Otak-otak Baba Nyonya (Hidangan untuk 5 orang)


Mewah 2....huhuhuhuhu


Bahan A :


500 gm isi ikan (sama ada tenggiri, kurau atau siakap)


300 ml pati santan


100 ml air suam


15 helai daun kaduk


5 helai daun limau purut (dihiris halus)


Garam dan serbuk perasa secukupnya



Bahan B :


10 keping daun pisang (direbus dengan air mendidih selama 5 minit, dituskan dan lap hingga kering) 


Beberapa batang lidi tajam



Bahan C :


1 sudu besar tepung beras (digoreng hingga menjadi kekuningan)


10 tangkai cili kering (dibuang biji dan dipotong 1 sm panjang)


5 tangkai cili merah (dibuang biji dan dipotong 1 sm panjang)


2 sm lengkuas muda (dihiris nipis)


3 batang serai (dihiris nipis) 


1 sudu kecil serbuk kunyit


20 ulas bawang merah


4 ulas bawang putih


1/2 sudu kecil serbuk lada sulah


5 biji buah keras


2.5 sm belacan (dibakar hingga wangi)



Bahan D :


5 biji telur (dipukul hingga kembang bersama pati santan dan garam)



Cara Menyediakan :


1. Potong isi ikan mengikut cita rasa dan bersihkan.


2. Kisar kesemua bahan C bersama 100 ml air suam sehingga ia menjadi halus.


3. Kemudian, campurkan bahan C bersama bahan D dan perap ia bersama isi ikan. Biarkan selama 1/2 jam. Jika adunan terlalu pekat, campurkan dengan sedikit air.


4. Selepas itu, bungkus bahan perap tadi bersama daun kaduk dan hirisan limau purut di atas daun pisang. Sematkan dengan lidi.


5. Panaskan periuk pengukus dan apabila airnya mendidih, kukuslah otak-otak ini selama 20 minit.


6. Otak-otak ini enak dimakan panas. 



 



- Link - comments